AFN V2

Kajian

Kajian daripada panel-panel AFN

e-buku: Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at: Satu Kajian Terperinci

User Rating: / 41
PoorBest 


alt Download disini: 
http://ansarul-hadis.blogspot.com/2012/02/hadith-hadith-fadhilat-pengkhususan.html

Tajuk: Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at: Satu Kajian Terperinci

Kajian oleh: Muhammad Fathi bin Ali (ansarul-hadis.blogspot.com)
 
Editor:
Mohd `Adlan bin Mohd Shariffuddin (ad-diyari.com)
Ahmad Saifuddin Yusof (kembaramakna.blogspot.com)
 
Edisi: Rabi’ al-Awwal 1433H / Februari 2012M

Jumlah Halaman: 82 termasuk kulit

Hak Cipta: 
Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak cipta mana-mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih dahulu.

Kenapa Imam Ahmad Membenci Sedekap Di Dada : Satu Analisis

User Rating: / 19
PoorBest 

KENAPA IMAM AHMAD MEMBENCI SEDEKAP DI DADA : SATU ANALISIS
Ditulis oleh: Muhammad Fathi Ali
Disemak oleh: Ahmad Saifuddin Yusof (kawakib_duriyah)


Pendahuluan : Penjelasan Wujud Khilaf dan Pendapat yang Dipilih

Sebagai mana yang telah kita maklum, dalam bab dimanakah tempat sedekap ketika Solat ini telah berlaku perselisihan yang agak banyak antara ilmuan Islam, ada yang menyatakan bahawa bersedekap di dada itu sajalah yang sunnah, ada yang menyatakan bersedekap di dada bukan sunnah dan lain-lainnya sunnah, ada yang menyatakan kesemuanya sebagai sunnah, bahkan ada yang menyatakan bahawa kesemuanya tidak disyariatkan langsung.

Dan penulis lebih cenderung berpendapat bahawa sedekap di dada ketika qiyam solat adalah bukan sunnah Salaf, bahkan ia adalah makruh , sesuai dengan qaul (pendapat) Imam Ahmad bin Hanbal. Hal ini akan dibentangkan selepas ini.

Apa yang sunnah ialah samada di bawah pusat atau di atas pusat, keduanya itu luas iaitu sama atas atau bawah pusat. (Luas = samada atas pusat atau bawah pusat). Namun, penulis tidak menyatakan bahawa cara-cara lainnya adalah terlarang secara multak, bagi mereka yang berpegang bahawa hadith bersedekap di dada itu sahih, maka tiada masalah jika mereka ingin menyatakan bahawa ia sunnah. Namun, pendapat ini bagi penulis adalah amat lemah.


You are here: Projek AFN Kajian