AFN V2

Pendirian AFN

User Rating: / 9
PoorBest 

Pendirian AFN 1
[1] AFN ialah forum yang bermanhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah. Namun AFN mengalu-alukan penyertaan dan perbincangan positif daripada semua individu, kumpulan atau jamaah.

Pendirian AFN 2
[2] AFN berpendirian tidak wujud perbezaan yang ketara (no significant difference) dalam manhaj penilaian hadis di sisi mutaqaddimun, mutaakhirun dan mu`asirun. Justeru AFN menerima semua bentuk penilaian hadis tokoh-tokoh hadis Ahlus Sunnah daripada mana-mana daripada tiga kumpulan di atas.

Pendirian AFN 3
[3] AFN menerima Muhammad ibnu Ishaq sebagai salah seorang perawi hadis dan sejarah, kecuali dalam riwayat yang berbentuk mengunggulkan Syiah.

Pendirian AFN 4
[4] AFN menerima perbezaan pendapat dalam penilaian kekuatan darjat hadis. Setiap ahli bebas memilih penilaian daripada tokoh yang diyakininya dan pada waktu yang sama menghormati pilihan ahli yang lain.

Pendirian AFN 5
[5] AFN menerima perbezaan pendapat dalam hukum-hukum fiqh selagi mana setiap hukum memiliki dalil dan hujah di sebaliknya. Setiap ahli bebas memilih hukum yang diyakininya dan pada waktu yang sama menghormati pilihan ahli yang lain.

Pendirian AFN 6
[6] AFN menahan diri daripada menghukum kafir, sesat, fasiq atau apa-apa celaan lain terhadap mana-mana individu, aliran dan parti. AFN hanya bersandar kepada keputusan majlis fatwa alim ulama` yang diiktiraf dalam persoalan ini.

Pendirian AFN 7
[7] AFN tidak mengulas isu perbalahan jamaah.

Pendirian AFN 8
[8] AFN tetap berpaksi pada manhaj ASWJ dalam bab usul aqidah.

Pendirian AFN 9
[9] AFN adalah sebuah forum bicara & diskusi. Sebarang perdebatan melampau berbentuk provokasi tidak digalakkan bagi mengelak pertelingkahan. AFN mementingkan suasana aman harmoni agar ilmu dapat disampaikan dengan efisien.

**** - harap maklum.

You are here: Mengenai Kami Pendirian