AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Perodua Alza Advance Version
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Perodua Alza Advance Version

Perodua Alza Advance Version 16 Mar 2012 14:24 #1



Sedang mempertimbangkan Perodua Alza Advance Version.

Ciri yang disukai:

- Besar, sesuai untuk saya yang besar (walau pun bukan saya yang akan pandu).

- Versatile, sesuai untuk pelbagai kegunaan.

- Advance version ada built in GPS, reverse camera, 2 airbag, kerusi kulit dan tinted windows. Body kit bagi nampak cantik sikit.

Harga: RM70K.

Ada apa-apa kekurangan atau kelemahan pada Perodua Alza Advance Version ini yang perlu saya ketahui?

Apa-apa info tambahan berkenaan model ini dialu-alukan.
The following user(s) said Thank You: Abu Hirzan

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Mar 2012 03:51 #2

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Maaf cerita. Bagi saya Alza so called versi "Advance" ini tidak lebih sebagai penipuan besar ke atas pengguna. Perkataan "advance" sepatutnya digunakan apabila ada penambahan yg ketara di mana ianya tidak mampu dilakukan oleh pengguna itu sendiri. Kalau setakat tambah GPS, tambah spoiler dan skirt, tambah tinted yg Perodua claim mcm2, minta maaf lah memang penipu namanya! Sepatutnya mereka pertingkat ciri2 keselamatan seperti ABS, airbags, EBD dan TCS. Buat apa spoiler dan skirt bodykit tu semua sedangkan benda tu tak ada efek pun pada kelajuan bawah 180 km/j! Nak tambah downforce ke. Come on Perodua! Your Alza is still an Alza. Tak kan boleh jadi Veyron!

Note: saya rasa kapten better look for other options. Look for safety first if it is for your FAMILY
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Mar 2012 14:15 #3

Sir wrote:

Note: saya rasa kapten better look for other options. Look for safety first if it is for your FAMILY


Syukran jazilan akhi Siraj.

Safety memang menjadi prioriti saya.

Akan tetapi MPV ini untuk mak mertua saya dan beliau tidak suka kenderaan yang besar-besar. Bimbang kalau beli yang lain beliau tidak mahu guna pula.

Antara MVP lain yang saya pertimbangkan ialah Proton Exora Turbo, Toyota Avanza dan Honda Freed.

Re: Perodua Alza Advance Version 12 Apr 2012 15:15 #4

Perutdua Alza "safety reduced".. Dah kena kutuk gila2 kat forum auto.. igt untung je.. nyawa org jadi taruhan..

Re: Perodua Alza Advance Version 13 Apr 2012 01:15 #5

anuarlela wrote:
Perutdua Alza "safety reduced".. Dah kena kutuk gila2 kat forum auto.. igt untung je.. nyawa org jadi taruhan..


Terima kasi atas makluman ini.

Ya, saya pun ada baca banyak maklumbalas negatif di beberapa forum.

Hanya ketika membacanya, saya bezakan antara pengkritik yang memang arif dalam hal kereta atau orang biasa yang suka pandang rendah kereta tempatan, baik Perodua mahu pun Proton.

Re: Perodua Alza Advance Version 14 Apr 2012 16:36 #6

anuarlela wrote:
Perutdua Alza "safety reduced".. Dah kena kutuk gila2 kat forum auto.. igt untung je.. nyawa org jadi taruhan..


setuju...National car jual harga yg x berbaloi pd ciri2 keselamatan. sya pernah bawa alza adik saya, dgn kelajuan 100km/j memotong..mcm kene absorb..melayang2... sejak tu sya x brani nk henjut laju2 sgt...sbab dah tau mmg melayang kalau time kene potong atau memotong... skadar berkongsi pengalaman.. tp.. bentuk dia mmg cun~
"Maafkanku sekira kata-kataku mengguris hati...aku menyayangi kamu semua saudara seaqidah"

Re: Perodua Alza Advance Version 16 Apr 2012 11:16 #7

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Pendapat saya,Tuan Kapten ambil kereta besar sikit sebab orang kat malaysia ni tengok kecik je kereta kita diorang nak buli...cuba ambil innova ke...lagi besar lagi bagus...cadangan jer...

Re: Perodua Alza Advance Version 16 Apr 2012 12:14 #8

Exora turbo jauh lebih stabil dan yakin dipandu berbanding alza atau avanza.
Kalau nak kecik sikit....grand livina ataupun x-gear. Grand livina lebih mesra pengguna. Steering pun pakai EPS. Parking pun mudah. Dan lebih penting...mempunyai score NCAP lebih drpd 4 bintang.
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Apr 2012 02:32 #9

Terima kasih atas pandangan semua.

Selepas berbincang-bincang dengan isteri, kami sudah cancel plan Perodua Alza ini.

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Apr 2012 07:51 #10

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Sejak akhir-akhir ni saya banyak kali jumpa kereta yg terbabas. 99% ketika hujan renyai-renyai atau pun hujan baru selesai (baru sidang). Tempat terbabas biasanya di roundabout, selekoh yang panjang, selekoh yg tajam dan di lopak air. Saya rasa, elok pilih kereta yg ada ciri-ciri keselamatan untuk menghadapi keadaan seperti ini. Contoh - traction control, ABS, EBD dan kalau tak keterlaluan AWD
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Apr 2012 09:17 #11

Kapten....kalau x perlukan MPV sila consider prius-C
7 airbag, EBD, BA, VSC, TCS, ABS.

1000km per full tank senang2 boleh dapat.

rm60 per full tank. itupun dah melimpah.
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Apr 2012 09:19 #12

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
Kereta hybrid ni mencemarkan alam sekitar anak cucu cicit nanti!!
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Apr 2012 09:51 #13

betul ke sir?..dari mana dpt sumber tu?
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Apr 2012 12:02 #14

Kajang_Boy wrote:
Kapten....kalau x perlukan MPV sila consider prius-C
7 airbag, EBD, BA, VSC, TCS, ABS.

1000km per full tank senang2 boleh dapat.

rm60 per full tank. itupun dah melimpah.


Wah! Power sungguh kasyaf akhi Siraj.

Alhamdulillah ana telah belikan Toyota Prius kepada is3. Waiting time 1-2 months insya-Allah.

Prius C waiting time 6-7 months. Ia agak kecil, muat-muat saja untuk saya yang besar comel ni.

PS: Rasa kekok beli kereta tiada turbo setelah semua kereta sebelum ini berkuasa turbo. Akan tetapi kereta hybrid memang menjadi pilihan is3 sejak awal.

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Apr 2012 12:03 #15

Kajang_Boy wrote:
betul ke sir?..dari mana dpt sumber tu?


Saya rasa ini merujuk kepada bateri kereta hybrid yang besar tu...

Re: Perodua Alza Advance Version 17 Apr 2012 14:45 #16

sasa agak tidak adil menyalahkan bateri hybrid. Sebab selama ini semua bateri2 HP, kamera, tablet, barang elektrik dibuang begitu sahaja n berjumlah berzillion2 banyaknya. Mungkin sementara menunggu bateri2 pd kereta hybrid ini sampai jangka hayatnya nanti sudah ada teknologi utk menghapuskan bateri2 tersebut beserta undang2 ketat.
BBM Pin : 2A6B8E31
Twitter : @jumbonismo

Re: Perodua Alza Advance Version 18 Apr 2012 02:06 #17

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
hafizfirdaus wrote:
Kajang_Boy wrote:
betul ke sir?..dari mana dpt sumber tu?


Saya rasa ini merujuk kepada bateri kereta hybrid yang besar tu...


Kesalahan dari segi marketing promotion. Org marketing (yg tak beriman) dia peduli apa. Kereta2 hybrid selalu dipromosikan/dikaitkan dgn teknologi hijau sedangkan penghasilan bateri daripada proses permulaan (perlombongan bahan2 radioaktif) hinggalah ke mana bateri-bateri ini akan dilupuskan amat mencemarkan alam sekitar. Antara arguments yg patut kita fikirkan bersama:-

1) Bagaimanakah kita menghitung tahap pencemaran yg dihasilkan oleh kenderaan? Adakah berdasarkan jarak, mass atau teknologi?
2) Pembuatn kenderaan itu sendiri memerlukan tenaga termasuklah pembuatan kenderaan hybrid. Adakah kita pernah menghitungnya?
3) Kenderaan hybrid masih membakar hydrocarbon, maka mereka masih mencemarkan alam.
4) Chemical materials untuk membuat semua bateri kereta adalah toksik! Bagaimana sekiranya kesemua kenderaan di jalanraya menggunakan kenderaan hybrid? Adakah mereka tidak mencemarkan alam?
5) Ada 3 jenis bateri iaitu lead asid, nickel dan lithium dan kesemuanya adalah menghasilkan toksik! Proses perlombongan mereka itu sendiripun adalah sangat hazard!
6) Bagaimana proses perlupusan/disposal kesemua bateri kenderaan hybrid ini? Bateri2 ini boleh recycle tetapi akhirnya mereka juga perlu dilupuskan. Setakat ini proses perlupusan ialah dgn tanam dlm tanah serta buang di lautan dalam. Bahan2 radioaktif ini mempunyai jangkahayat (halflife) yg sangat lama iaitu sekitar 30 tahun ke 1000 tahun


Rujukan:-

- Environmental Defense Fund. "Time to Cut Pollution From America's Autos." Sept. 7, 2007. (May 11, 2009) www.edf.org/page.cfm?tagID=1135
- Gleick, Dr. Peter H. "Hummer versus Prius: "Dust to Dust" Report Misleads the Media and Public with Bad Science." Pacific Institute. May 2007. (May 11, 2009) www.pacinst.org/topics/integrity_of_science/case_studies/hummer_vs_prius.pdf
- HybridCars.com. "Hybrid Battery Toxicity." April 8, 2006. (May 11, 2009) www.hybridcars.com/battery-toxicity.html
- Pullen, K. "Hybrid vehicle emissions." LoveToKnow.com. Aug. 11, 2007. (May 11, 2009) greenliving.lovetoknow.com/Hybrid_Vehicle_Emissions
- Sierra Club. "Prius Versus Hummer: A Nickel for Your Thoughts." Nov. 1, 2007. (May 11, 2009) www.sierraclub.org/sierra/200711/mrgreen_mailbag.asp#headaches
- Sierra Club. "Smog and Ozone Pollution." July 2, 2007. (May 11, 2009) www.sierraclub.org/cleanair/sips/Ozone.PDF
- Toyota.com. "Hybrid Synergy View Newsletter: Heard the one about the Hummer?"September 2007. (May 11, 2009) www.toyota.com/html/dyncon/2007/september/hummervprius.html
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.42 seconds
You are here: