AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Apakah benar kedalaman kubur berbeza bagi lelaki wanita ?
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Apakah benar kedalaman kubur berbeza bagi lelaki wanita ?

Apakah benar kedalaman kubur berbeza bagi lelaki wanita ? 17 Feb 2012 02:13 #1



Saya lihat banyak status berikut, mohon pencerahan.

KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ? Isteri : Abang, boleh sayang tanya? Suami : Ye sayang. Nak tanya apa? Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki? Suami : Ooo...InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). "Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita." Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang. Suami : (hanya tersenyum) Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak. SubhanaAllah ! Allahuakhbar ! cantikkan aturan Allah S.W.T
Manhajku adalah Manhaj Rasulullah saw dan para salafussoleh yang mengikuti sunnah baginda saw. Bukan manhaj selainnya~

Re: Apakah benar kedalaman kubur berbeza bagi lelaki wanita ? 17 Feb 2012 02:37 #2

  • najib76
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1050


saya juga tertanya kenapa ada jenis2 liang lahad yang berbeza ? kenapa ia berbeza ? ada kaitan dengan struktur tanah ke ?

Re: Apakah benar kedalaman kubur berbeza bagi lelaki wanita ? 17 Feb 2012 15:14 #3

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Bila masa Rasulullah ajar ukur kubur guna kaki?
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Apakah benar kedalaman kubur berbeza bagi lelaki wanita ? 29 Feb 2012 07:27 #4

  • Ad-Dien
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • عقيدة السلف اصحاب الحديث
  • Posts: 653
UP

Jika mengikut sunnah bagaimana? ada kedalaman yang dikhususkan atau bagaimana?

jika di tempat saya nilainya diukur 5 dan 7 kaki juga, bagaimana pandangan antum semua? minta bawakan dalil jika ditemui, insyaAllah
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل

Re: Apakah benar kedalaman kubur berbeza bagi lelaki wanita ? 01 Mar 2012 09:53 #5

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Ada jumpa petikan hadis,"Jenazah dibaringkan miring ke dalam liang kubur,setelah digali setinggi tubuh ditambah ukuran tangan.Yakni,batas kedalaman kubur yang dimaksudkan adalah setinggi orang berdiri sambil mengangkat kedua tangan ke atas.Abu Daud(3215).Tirmizi(1713) dan ia berkata,"Hadis ini hasan sahih-dari Hisyam bin Amir r.a. bahawanya Rasulullah bersabda tentang syuhada perang uhud bermaksud"Carilah lubang,luaskanlah dan buatlah yang bagus"...w.a.

Rujukan buku:Al-Qadhi Abu Syuja'Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad Al-Asfahani"Fikh Sunnah Imam Syafie Pedoman dalam Kehidupan Islam".Tahqiq:syaikh Dr.Mustafa Dieb al-Bugha.m/s 129...
Last Edit: 01 Mar 2012 09:53 by Nadim.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.35 seconds
You are here: