AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok?
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok?

Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 03:09 #1

Ketika berborak dengan seorang pakcik tua, beliau mengadu akan perangai anaknya yang asyik membuang masa melayari internet dan bermain games di depan komputernya drp pagi sampai ke malam, berhenti untuk solat dan makan je.

Pakcik ni yang juga seorang perokok memberitahu melalui pengalamannya, merokok lebih baik drp bermain computer games, sebab sekurang-kurangnya, sambil merokok beliau boleh membaca buku dan menajamkan minda bermain catur (beliau antara peserta catur peringkat akhir yang bertarung untuk mewakili Malaysia lama dahulu, dan juga juara catur untuk sebuah organisasi keselamatan malaysia).

Melihat kepada betapa teruknya adik-adik saya sendiri yang addicted menatap skrin komputer saban hari, saya agak bersetuju dengan pendapatnya. Membuang masa di hadapan skrin komputer adalah lebih teruk daripada menghisap rokok.
When cognition is not enough

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 03:55 #2

  • ZulQ
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 204
Bahaya rokok lebih segera kerana bahan-bahan yang ada di dalamnya. Rokok juga mendedahkan orang disekitarnya kepada bahaya. Game komputer kesan negatifnya bergantung kepada banyak faktor dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada game komputer sahaja (Contoh: Individu yang bermain computer sehingga sakit jantung lalu mati, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kejadian ini selain dari games seperti tidak makan dan minum). Ketagihan computer games lain dari ketagihan rokok yang bersifat clinical/medical, computer games boleh dihentikan serta merta manakala rokok mempunyai nikotin yang menyebabkan kemahuan untuk mengulanginya.

Kesimpulannya rokok membahayakan diri sendiri dan orang lain (bayi, orang yang tidak ingin merokok). Manakala kecenderungan untuk menghabiskan masa dengan games hanya akan memberi kesan kepada si perilaku sahaja.

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 07:13 #3

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Aku tidak setuju pendapat al-anwar dan pakcik tersebut. haha

Aku salah seorang bekas perokok tegar. Dan jugak salah seorang gamerz.

Pada aku rokok lebih merbahaya kerana:

1. Hisap rokok takde pekdah langsung. Pak cik tu dakwa sambil hisap rokok boleh baca buku. Rokok dan buku takde kena mengena. Orang makan gula getah pun boleh sambil baca buku & main chess. Sambil gigit pen pun boleh baca buku & main chess . Sambil berak pun boleh baca buku cuma tak leh la main chess. Takkan dalam jamban berdua pulak.

2. 'Membakar' duit.

3. Ketagih

4. Bahayakan orang sekeliling.

5. Lebih² teruk merbahayakn kesihatan.


Memang tak dinafikan bermain games ada keburukannya seperti pernah dilaporkan seorang remaja pengsan kerana kekurangan tidur dan makan di sebabkan bermain online games. Tetapi percaya la, semakin meningkat dewasa, ianya takkan setagih seperti alam remaja. Mungkin kalau tak di kawal akan menjadi lagho jer la. Games boleh dikawal oleh parents kerana ianya tak boleh bawak keluar rumah. Tidak seperti rokok. Silap² isap lain.


Apa yg baiknya games berbanding rokok?

1. Dulu masa sekolah aku bukanlah seorang yang faham bahasa English tapi sebab games (seperti game RPG) sangat memerlukan kita faham jalan cerita dan keperluan untuk menjadi lebih kuat. terpaksa bukak kamus. Hasilnya sekarang aku dah faham tulisan english. dan boleh la cakap english sikit². hehe

2. Game jugak buat otak kita lebih kreatif. Banyak games yang boleh buat otak kita ligat berpusing. Kreatif yg mcm mana, aku tak nak cerita panjang.

3. Game buat kita bertambah pengetahuan. Tentang kereta, tentang bisnes, tentang nama² alatan. dan banyak lagi.

4. Game boleh buat kita dapat side income bebbbb.... ini lebih kepada Online game. bukan game judi tapi jenis game MMROPG. ini kerana item dalam game yang sangat bernilai, orang akan jual cash di alam nyata. hingga mencecar ribuan ringgit beb. huhuhu..


Yang nampak sangat tak elok ni bila main game online. Untuk menjadikan karakter kita power, kita kena banyak duduk depan pc. Aku dah lama tinggalkan alam ni. Dulu bujang lagho boleh la... tapiii... sekarang dah ada games yg tak memerlukan player duduk depan pc as long as pc terbukak dan games berjalan.
The following user(s) said Thank You: yugimudo

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 08:22 #4

3. Ketagih
al-jawab : sama teruk dengan ketagih main game, waktu kerja pun main game sampai kerja terjejas.

5. Lebih² teruk merbahayakn kesihatan.
al-jawab : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah bersumpah dengan masa untuk menunjukkan betapa tingginya nilai masa itu untuk dibuang dengan bermain game seharian (atau menonton EPL atau World Cup) .

6. Apa yg baiknya games berbanding rokok?
Tak de baiknya, elok pergi memanah ke, paintball atau main badminton kan?

Antara sebab saya sendiri tidak berpegang kepada haramnya rokok adalah sebab hujjah yang didatangkan semuanya bersifat subjektif.

Dan antara hikmah Arak diharamkan adalah kerana orang yg minum arak tu hilang kewarasannya sekejap, betapa tingginya nilai akal - maka kiasannya kepada penyalahgunaan Dadah, Ubat Batuk dan sewaktu dengannya adalah tepat. Tahukah anda orang yang sedang bermain game selalunya dalam keadaan yang hampir-hampir kehilangan kewarasannya, kalau nak tau cuba panggil member tu masa dia tengah nak skit lagi nak buat high score, atau nak menang lawan boss terakhir.

Peace yo
When cognition is not enough
Last Edit: 30 Jan 2013 09:55 by al-anwar.

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 09:10 #5

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Ala...mana aci bandingkan dgn yang lain.

kan kita bandingkan antara games dan rokok. kalau nak bandingkan dgn yang lain, aku tak nak tulis pun tadi..

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 09:56 #6

kayrollz wrote:
Ala...mana aci bandingkan dgn yang lain.

kan kita bandingkan antara games dan rokok. kalau nak bandingkan dgn yang lain, aku tak nak tulis pun tadi..


Ok aku silap, aku dah ubah mana yg patut
When cognition is not enough
The following user(s) said Thank You: kayrollz

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 10:00 #7

kayrollz wrote:

2. Game jugak buat otak kita lebih kreatif. Banyak games yang boleh buat otak kita ligat berpusing. Kreatif yg mcm mana, aku tak nak cerita panjang.


apa-apa permainan pun akan memaksa otak kita supaya lebih kreatif dan berfikir untuk menang, tapi bijak sampai tara tu je la, tak de la boleh jadi pandai sangat sampai boleh, contohnya membantu seseorang tu mahir bahasa 'arab dalam masa sehari dua je kan
When cognition is not enough

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 10:10 #8

Tahukah anda, bahawa anda boleh merokok sambil membaca kitab arab, but you're completely useless when you're in front of the computer/ tab/ smartphone playing games
When cognition is not enough

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 14:49 #9

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
al-anwar wrote:
kayrollz wrote:

2. Game jugak buat otak kita lebih kreatif. Banyak games yang boleh buat otak kita ligat berpusing. Kreatif yg mcm mana, aku tak nak cerita panjang.


apa-apa permainan pun akan memaksa otak kita supaya lebih kreatif dan berfikir untuk menang, tapi bijak sampai tara tu je la, tak de la boleh jadi pandai sangat sampai boleh, contohnya membantu seseorang tu mahir bahasa 'arab dalam masa sehari dua je kan


Betul!.

kalau nak kata game takde pekdah langsung. at least nampak ada pekdah jugak walau tak sehebat mana. game hanya sebagai hiburan sampingan.

sebenarnya games ni sebagai pengganti permainan zaman kita kecik2 dulu. kelebihan dia, anak selamat depan mata. sedangkan dulu, anak hilang entah kemana bermain di hutan dan sungai.

keburukan games. badan jadi tak fit atau tak bertenaga. duduk terperap depan pc. berbanding zaman dulu punya permainan panjat pokok, daki bukit, main bola dan lain2.



iklan: dulu aku kecik2 mmg selalu main badminton. ada la pernah main lastik kat hutan tapi kejap jer, (tobat tgk burung mati), dah besar gian main paintball .

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 30 Jan 2013 14:50 #10

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
al-anwar wrote:
Tahukah anda, bahawa anda boleh merokok sambil membaca kitab arab, but you're completely useless when you're in front of the computer/ tab/ smartphone playing games


hahaha... agree...

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 31 Jan 2013 01:59 #11

  • yugimudo
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 480


Saya berpendapat rokok lagi bahaya dari computer games. Permulaan remaja merokok selalunya berpunca dari budaya lepak. Remaja yg bermain computer games pula sbb mak bapak tk bagi melepak, maka duduk rumah main computer games.

Kalo nk buat perbandingan, pemboleh ubah umur kena dimalarkan. Alam remaja tak sama dgn alam dewasa. Orang dewasa nak merokok ker, main nombor ekor ker, clubbing ker tu semua di bawah tanggungjawab masing2. Remaja dibawah tanggungjawab ibu bapa, kalo remaja merokok maka ada masalah.

Bagi remaja, sudah tentu merokok lebih berbahaya, atas faktor kesihatan, kewangan dan masalah disiplin.

Bagi orang dewasa, over-gaming lagi berbahaya sbb pengurusan masa lari.

P/S: Merokok mmg tak haram tapi perangai tu mcm h****. Ada ke buang abu rokok kat lantai, putung rokok campak merata-rata. Tahu lar duit hang tapi bukan hang yang sapu lantai tu. WA.

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 31 Jan 2013 04:58 #12

  • abulweena
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 810
Cukuplah bagi saya bukti dari saintis menyatakan rokok adalah merbahayakan kesihatan sendiri dan orang lain.

dari cdc.org
Lung cancer is the leading cause of cancer deaths in both men and women. Smoking causes 80 to 90 percent of cases of lung cancer. Don't smoke, and avoid secondhand smoke.


computer games macam pisau...boleh jadi baik dan tak baik. Contoh yang baik kanak2 boleh belajar math dan language dari education games..

والله أعلم
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتْوبُ إِلَيْكَ

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 31 Jan 2013 09:57 #13

rokok : bahayanya memang dah terbukti yakni menjejaskan kesihatan & mengganggu org lain
main games : bahayanya cuma bergantung kpd keadaan (extreme case)

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 31 Jan 2013 15:36 #14

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Ni kira "ahwanu dharrurayn" ke? Hehe... Bukankah ada option yang lebih baik = berhenti merokok, main game berpada-pada.



Wallahua'lam...

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 01 Feb 2013 01:49 #15

  • mokhtar
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 182
Apapun orang beriman bukan sahaja meninggalkan perkara mudharat, perkara tahap sia-sia pun akan ditinggalkan untuk buat benda yang banyak lebih manfaat.

Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 01 Feb 2013 02:15 #16

  • sil
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 352
xlah.. rokok lebih memudaratkan fizikal dan mental berbanding bermain game yg salah satu sudut baiknya ialah meningkatkan fokus dan konsentrasi, meningkatkan keligatan otak berfikir, meningkatkan semangat juang dan sebagainya..

game berevolusi yg mana pada masa depan saintis berlumba2 nak cipta game yg lebih kepada fizikal friendly yg mana bermain game tersebut sama seperti berjogging atau melakukan senaman2 fizikal yg lainnya..

kalau rokok? apa yg revolusinya? semakin hari semakin ramai org2 muda yg terlantar kat spital akibat kanser, darah tinggi dan lain2 penyakit yg berkaitan dgn kimia rokok.. itu tak termasuk lagi kanak2 yg meninggal akibat asap rokok yg dihidu hari2 kat rumah dan disekeliling dia..

cuba cari dan bandingkan statistik kematian disebabkan game dan disebabkan rokok..yg mana lagi besar jelas terang dan nyata impaknya?


Re: Computer Games lebih berbahaya daripada Rokok? 01 Feb 2013 03:05 #17

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Lupa lagi 1 evolusi game. tapi bukan pc la.

Xbox 360 kinect. Kalau main game sukan lumba lari. kompem menjejeh peluh.




Rokok boleh ?
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.56 seconds
You are here: