AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

[ULASAN] Lawak, Pelawak dan Islam
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: [ULASAN] Lawak, Pelawak dan Islam

[ULASAN] Lawak, Pelawak dan Islam 29 May 2012 16:22 #1

  • Adou_Fr
  • OFFLINE
  • Panel Hadith
  • Posts: 460
[ULASAN] Lawak, Pelawak dan Islam


Salam,

1- Senario semasa menyaksikan lawak telah menjadi suatu perkara yang dicari dan dikomersilkan.

2- Lantas, lahirlah ramai pelawak dan penjenaka yang menjadikan lawak dan jenaka sebagai sumber pendapatan mereka.

3- Dalam Islam, tiada hukum yang primer dalam menjadi pelawak, tetapi ada beberapa hukum terbitan/ sekunder yang akan menentukan hukum final/ akhirnya.

4- Boleh menjadi pelawak dan sah pendapatannya, JIKA:

a) Tidak berbohong/ menipu dalam lawaknya, atau untuk tujuan lawak.

b) Tidak mencederakan/ menyakitkan/ menyusahkan mana-mana muslim dengan lisannya/ lawaknya.

c) Tidak mengumpat/ ghibah/ menceritakan keburukan/ menghina/ membuat fitnah terhadap sesiapa dalam lawaknya.

d) Tidak menyeru kepada kejahatan/ kezaliman/ maksiat dalam apa yang dilawakkannya.

e) Tidak menyerupaï wanita dalam pakaiannya/ perwatakannya/ sifat kelakuannya dalam lawaknya.

f) Tidak mempunyaï kandungan lawak yang bercanggah dengan ajaran atau prinsip Islam, walaupun hanya sekadar untuk suka-suka.

g) Tidak memakai rambut palsu, atau pakaian yang mendedahkan `aurat dalam lawaknya.

h) Tidak bercampur secara bebas lelaki-perempuan dalam lawaknya.

i) Tidak menyebut hal yang lucah/ menaikkan syahwat dalam lawaknya.


5- Adalah tidak boleh, haram, dan tidak halal pendapatannya JIKA mempunyaï unsur-unsur yang disebutkan di atas.

6- NOTA dan RENUNGAN:

i. Bolehkah anda melawak tanpa berbohong?
Contoh: Pagi tadi kan, saya... (Adakah benar ia berlaku pagi tadi?)

ii. Bolehkah anda melawak tanpa mencederakan orang lain dengan lisan anda?
Contoh: Dia terjatuh sampai koyak seluarnya. Apa lagi, nampaklah... (Tidakkah ini mencederakan maruah orang itu?)

iii. Bolehkah anda melawak tanpa tidak menceritakan keburukan orang lain?
Contoh: Muka dia senget sebelah, hidung dia, ... (Tidakkah ini `aib dan keburukan?)


7- Jika seseorang boleh mematuhi kriteria ini, maka al-hamdu liLlah, teruskanlah kerjaya itu. Jika tidak, maka takutlah kepada Allah dan `azab-Nya.

8- Kata Nabi:
ويل للذي يحدث بالحديث ليضحك به القوم فيكذب ويل له ويل له
«Celakalah untuk orang-orang yang bercerita dengan suatu cerita - untuk dia menyebabkan sesuatu kaum ketawa dengannya - dan dia menipu. Celakalah baginya. Celakalah baginya» [At-Tirmizi/ 2315, dan dia berkata: Hasan]


WaLlahu a`lam.

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
14/03/2010 16:09H dikemaskini 28/11/2011 10:53
ad-diyari.com/

Rangkai Facebook:
www.facebook.com/notes/ad%C3%B6ulin%C3%A9-lacharouphe/ulasan-lawak-pelawak-dan-islam/316088345068764
Facebook: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Twitter: @Adou_Fr
The following user(s) said Thank You: najib76
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.29 seconds
You are here: