AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith!
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith!

Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 15 Jun 2012 08:27 #1

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Melihatkan kepada fenomena hadith palsu yang semakin menular dari hari ke hari, saya mencadangkan supaya diadakan Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith agar ia menjadi kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di mahkamah.

Saya sangat tidak memahami ketagihan memalsukan hadith Rasulullah yang semakin menjadi apatah lagi setelah medium massa seperti Facebook, Twitter dan blog menjadi popular di kalangan masyarakat.

Kita dapat lihat usaha menyebarkan hadith-hadith yang sahih, hasan dan dhaif yang ringan bagi tujuan dakwah namun kelihatan sambutan terhadap hadith-hadith palsu masih hangat.

Berdusta dan menipu atas nama Nabi adalah satu dosa besar tanpa syak, dan seperti dosa-dosa besar lain seperti zina dan minum arak, kita sepatutnya meletakkan mekanisme hukuman sebagai salah satu cara menanganinya.

Hukuman yang saya cadangkan bagi pemalsu hadith;

1. Bertaubat nasuha

2. Menghafaz Al-Quran

3. Menghafaz 50 hadith sahih bagi setiap 1 hadith yang dipalsukan

4. Penjara 3 tahun

5. Denda RM10,000

6. Disebat 40 kali

Semoga ini dapat membantu membanteras penyebaran hadith palsu yang keji lagi durjana.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
Last Edit: 15 Jun 2012 08:31 by Mustaqill.
The following user(s) said Thank You: abuariffin

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 15 Jun 2012 08:50 #2

  • birudamai
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 562
Amat setuju!
Harap cadangan ini dapat melepasi Parlimen!

Sebagai info,saya pernah review satu buku kecil tapi isinya amat besar.



klik sini
mimpi2020.blogspot.com/
JANGAN PERGI KE BLOG NI,'BAHAYA'!
Last Edit: 15 Jun 2012 08:51 by birudamai.
The following user(s) said Thank You: abuariffin

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 15 Jun 2012 10:00 #3

saya lihat perkara ini perlu dimulakan dengan pendidikan...

masyarakat kita tidak didedahkan dengan bahaya penyebaran hadith palsu...

mereka hanya didedahkan dengan hadith "sampaikanlah dariku walau satu ayat"....

Seolah2 mereka telah mendapat lesen besar untuk sebarkan segala apa yang mereka dengar bermula dengan "sabda nabi", "diriwayatkan", dan "nabi pernah berkata"....

Mereka merasakan satu "tanggungjawab" untuk menyebarkannya dan mereka merasakan akan mendapat pahala dengan berbuat demikian....

Tiada langsung didikan yang mengajak untuk memastikan kesahihan sesuatu berita itu, ini juga berlaku bukan pada hadith tetapi berita2 yang cepat disensasikan oleh media....

Usaha pendidikan menyelidiki sesuatu hadith dan khabar berita ni perlu dilakukan oleh semua pihak yang cintakan kebenaran, malangnya orang2 terpercaya dan berpelajaran yang menjadi role model dalam menyebarkan hadith2 palsu...

Masyarakat akan beralasan ni ustaz yang cakap, tak kan ustaz berbohong?
Sebaik-baik kurun manusia adalah kurunku, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka.
{Diriwayatkan antaranya oleh Al-Bukhari (no. 3561) dan Muslim (no.2533)}
The following user(s) said Thank You: abuariffin

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 17 Jun 2012 09:37 #4

  • elhakim
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Aku bukan ustaz.Aku keje kilang jer..
  • Posts: 116
Salam,
Keprihatinan Tuan Mustaqill amatlah dihargai namun ada beberapa hal yang perlu diteliti.

1.Zaman salaf dulu sudah ada ramai pemalsu hadis,tetapi adakah mereka dihukum sebegitu?

2.Zaman salaf dulu sudah ada ramai pemalsu hadis,tetapi mereka hanya di kritik dan perbuatan mereka direkodkan,hadis palsu mereka dikumpulkan sebagai rujukan / i'tibar / peringatan.

3.Jika mahu melaksanakan sesuatu hukum mestilah ada dalil yg jelas.Apakah dalil yg ada dalam bab ini?

4.Nabi SAW hanya berkata :"Barangsiapa berdusta ke atasku dengan sengaja maka siapkanlah ia tempat duduknya dalam neraka".
Baginda SAW tidak pernah berkata begini :"Barangsiapa berdusta ke atasku dengan sengaja maka sebatlah ia 40 kali".

5.Ditakuti nanti kita pula yg termasuk dalam amaran Nabi SAW ini :
"Barangsiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami yang tiada (asal) darinya maka ia tertolak".

Justeru,apa yg boleh kita buat?

1.Kena banyakkan didikan dan kesedaran tentang bahaya penyebaran hadis palsu.

2.Kumpul dan buat satu ensiklopedia khas,misalnya "Himpunan hadis-hadis palsu dari internet" (Jami' al-maudhu'aat minal internet).

3.Saya nampak usaha Ust. Adou dalam hal ini baru-baru ini sangat baik dan perlu diteruskan.

Sekadar pandangan..Wallahua'lam...
أبو العالية لقمان حكيم بن مد سعد بن مد حسَين
The following user(s) said Thank You: Mustaqill, Ad-Dien

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 17 Jun 2012 14:53 #5

  • Razmin78
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 149


Pernah ada dalam sejarah Islam 2 org pemalsu hadith yg pernah dijatukan hukuman bunuh (mungkin ada yang lain). Mereka ialah Abd al-Karim bin Abi al-'Auja' dan Muhammad bin Sa'id al-Maslub.

Adapun Abd al-Karim bin Abi al-'Auja' dihukum bunuh (atau diperintahkan) oleh Khalifah al-Mahdi di Basrah. Ketika hukuman hendak dijatuhkan dia berkata: "Aku telah memalsukan dalam kalangan kalian 4,000 hadith yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal."

Manakala Muhammad bin Sa'id al-Maslub dihukum oleh Khalifah Abu Ja'far al-Mansur. Hadith palsunya ialah hadith marfu' daripada Anas: "Aku ialah penutup segala nabi, tiada nabi selepas aku melainkan dikehendaki Allah!"

Saya tak pasti sama ada mereka dihukum atas sebab yang lain atau atas sebab hadith yang dipalsukan mereka begitu dahsyat keburukannya dalam masyarakat............

P/S: Kisah mereka mahsyur dalam kitab-kitab musthalah hadith.

Allahu a'lam.......
Last Edit: 17 Jun 2012 15:14 by Razmin78.
The following user(s) said Thank You: Mustaqill, Ad-Dien

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 17 Jun 2012 15:17 #6

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Hukuman Lebih Keras untuk Pemalsuan Kitab Hadits

Rabu, 08 Februari 2012

Hidayatullah.com--Lajnah Ad Diniyah (Komite Keagamaan) parlemen Mesir mengusulkan hukuman lebih berat atas pemalsuan Al Qur`an dan kitab hadits juga kesalahan cetak atas keduanya, demikian lansir ikhwanonline.com (7/2/2012).

Disamping itu dalam sidangnya kemarin, komite sepakat untuk meninjau ulang undang-undang yang mengatur percetakan Al Qur`an dan Hadits, dalam rangka memberikan sangsi yang lebih berat bagi pemalsuan dan kesalahan cetak.

Kominte Keagamaan dalam parlemen Mesir yang diketuai oleh As Syeikh As Sayyid Askari juga meminta adanya peninjauan ulang atas gaji para imam masjid dan khatib, guna memperbaiki taraf hidup mereka.

Komite juga mengusulkan pembahasan mengenai dukungan terhadap lembaga keagamaan termasuk Al Azhar serta pembentukan organisasi yang memayungi para imam dan dai.*


Rep: Thoriq
Red: Cholis Akbar

hidayatullah.com/read/21049/08/02/2012/hukuman-lebih-keras-untuk-pemalsuan-kitab-hadits.html

Link asal; www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=100820&SecID=0
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 18 Jun 2012 14:04 #7

  • Razmin78
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 149
Mustaqill wrote:

Hukuman yang saya cadangkan bagi pemalsu hadith;

1. Bertaubat nasuha

2. Menghafaz Al-Quran

3. Menghafaz 50 hadith sahih bagi setiap 1 hadith yang dipalsukan

4. Penjara 3 tahun

5. Denda RM10,000

6. Disebat 40 kali

Semoga ini dapat membantu membanteras penyebaran hadith palsu yang keji lagi durjana.


Menasihati agar penyebar hadith palsu untuk bertaubat adalah lebih praktikal dan tidak perlu pada undang-undang.

سَمِعْت أَحْمَدَ بْنَ الْحَسَنِ يَقُولُ كُنَّا عِنْدَ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ فَذَكَرُوا عَلَى مَنْ تَجِبُ الْجُمُعَةُ فَلَمْ يَذْكُرْ أَحْمَدُ فِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا قَالَ أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ فَقُلْتُ لِأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ فِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَحْمَدُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ نُصَيْرٍ حَدَّثَنَا مُعَارِكُ بْنُ عَبَّادٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْجُمُعَةُ عَلَى مَنْ آوَاهُ اللَّيْلُ إِلَى أَهْلِهِ قَالَ فَغَضِبَ عَلَيَّ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَقَالَ لِي اسْتَغْفِرْ رَبَّكَ اسْتَغْفِرْ رَبَّكَ قَالَ أَبُو عِيسَى إِنَّمَا فَعَلَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ هَذَا لِأَنَّهُ لَمْ يَعُدَّ هَذَا الْحَدِيثَ شَيْئًا وَضَعَّفَهُ لِحَالِ إِسْنَادِهِ


Aku (Imam al-Tarmidzi) telah mendengar Ahmad bin al-Hasan berkata: Kami bersama (Imam) Ahmad bin Hanbal. Lalu disebut tentang siapa yang wajib (solat) Juma'at. Imam Ahmad tidak menyebut sesuatu pun mengenainya (hadith) daripada Nabi . Telah berkata Ahmad bin al-Hasan: Aku berkata kepada (Imam) Ahmad bin Hanbal: "Tentang ini (ada hadith) daripada Nabi ."
Kata (Imam) Ahmad: "Daripada Nabi !!!?"
Aku berkata: "Ya!" Telah berkata Ahmad bin al-Hasan, telah disampaikan kepada kami Hajjaj bin Nushair, telah disampaikan kepada kami Mu'arik bin Abbad daripada 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi daripada bapanya daripada Abi Hurairah daripada Nabi , Baginda bersabda: "(Solat) Juma'at (wajib) atas sesiapa yang pulang (pada sebelah ) malam kepada keluarganya."
(Ahmad bin al-Hasan) berkata: Telah marah atasku (Imam) Ahmad bin Hanbal dan beliau berkata kepadaku: "Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu! Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu!"

Telah berkata Abu 'Isa (Imam al-Tirmidzi): "Hanyasanya (Imam) Ahmad bin Hanbal telah berbuat demikian (marah dan menyuruh bertaubat) kerana beliau tidak mengira bahawa ini adalah suatu hadith dan beliau mendha'ifkannya lantaran keadaan sanadnya."

[Al-Tirmidzi (502 - Dr. Basysyar 'Awwad)]

Tambahan
Dalam sanad hadith ini terdapat tiga perawi dha'if secara berturut-turut iaitu yang dimerahkan.

Allahu a'lam......
Last Edit: 18 Jun 2012 14:05 by Razmin78.
The following user(s) said Thank You: Mustaqill, Abu_Bunyameen

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 19 Jun 2012 02:57 #8

  • el.ilmy
  • OFFLINE
  • IT Admin
  • 1AQIDAH: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan
  • Posts: 335
Saya menunggu peruntukan undang-undang untuk jenayah sihir dan perbomohan. Dulu ada disebut akan diwartakan, tapi masih belum dengar lagi hingga sekarang kesudahannya.
وقلت، والله أعلم بالصواب

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 19 Jun 2012 05:18 #9

  • Fathi
  • OFFLINE
  • Panel Hadith
  • Iskandariah, Mesir
  • Posts: 369
Razmin78 wrote:


Pernah ada dalam sejarah Islam 2 org pemalsu hadith yg pernah dijatukan hukuman bunuh (mungkin ada yang lain). Mereka ialah Abd al-Karim bin Abi al-'Auja' dan Muhammad bin Sa'id al-Maslub.

Adapun Abd al-Karim bin Abi al-'Auja' dihukum bunuh (atau diperintahkan) oleh Khalifah al-Mahdi di Basrah. Ketika hukuman hendak dijatuhkan dia berkata: "Aku telah memalsukan dalam kalangan kalian 4,000 hadith yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal."

Manakala Muhammad bin Sa'id al-Maslub dihukum oleh Khalifah Abu Ja'far al-Mansur. Hadith palsunya ialah hadith marfu' daripada Anas: "Aku ialah penutup segala nabi, tiada nabi selepas aku melainkan dikehendaki Allah!"

Saya tak pasti sama ada mereka dihukum atas sebab yang lain atau atas sebab hadith yang dipalsukan mereka begitu dahsyat keburukannya dalam masyarakat............

P/S: Kisah mereka mahsyur dalam kitab-kitab musthalah hadith.

Allahu a'lam.......


setuju dihukum bunuh
Imam Abu Zur'ah pernah ditanya akan satu hadith, beliau menjawab "ia hadith Munkar", ditanya lagi adakah beliau mengetahui akan cacatnya (illatnya)? jawab Abu Zur'ah: "tidak" [Lanjut rujuk: 'Ilal al-Hadith, no. 1462]
Last Edit: 19 Jun 2012 05:20 by Fathi.

Re: Rang Undang-undang Anti-Pemalsuan Hadith! 20 Jun 2012 02:54 #10

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
Semalam Ust Adlan ada ceritakan tentang kisah seorang tokoh jarh wa taqdil yg mengugut seorang rawi yg bnyk melakukan tadlis ( aku ingat² lupa ) , jika dia buat lagi, dia akan laporkan kepada gabenor.

kena dengar balik rakaman ni...hehe...maaf sekadar selingan.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.57 seconds
You are here: