AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam

Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 21 Sep 2012 17:06 #1

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Panji-panji Islam (ar-Rayah) dan bendera Islam (al-Liwaa) telah kelihatan berkibaran dalam unjuk rasa dan juga rapat umum membantah penerbitan Innocence of Muslims baru-baru ini di beberapa negara kaum Muslimin.

Ar-Rayah merupakan panji-panji Islam yang memaparkan kalimah syahadatain dan berlatarbelakangkan warna hitam. Panji-panji ini telah digunakan semenjak zaman salafussoleh bagi mewakili ketumbukan tentera Muslim di medan perang. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda,

"Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali."
.

Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan,

[b[i]]"Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan." [/i]
[/b]
Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz,

"Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat."

Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas,

"Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam."
The following user(s) said Thank You: Abu Hirzan

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 21 Sep 2012 17:07 #2

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
Manakala al-Liwaa pula berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Dari Jabir,

"Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih."
.


An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.
The following user(s) said Thank You: Abu Hirzan

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 21 Sep 2012 17:08 #3

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Ar-Rayah dikibarkan dalam demo di Masjid Kg Baru

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 21 Sep 2012 17:11 #4

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Bendera Amerika Syarikat diturunkan dan ditukar dengan ar-Rayah di Tunis.

Disclaimer: Saya tidak bersetuju dengan serangan kedutaan Amerika di negara Muslim. Islam memberikan imuniti kepada duta-duta asing dan menjamin keselamatan mereka. Perbuatan menyerang dan membunuh duta adalah dilarang dalam Islam... Wallahua'lam...

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 21 Sep 2012 17:12 #5

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Ar-Rayah dan al-Liwaa dikibarkan di kedutaan USA di Tunis

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 21 Sep 2012 17:13 #6

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Ar-Rayah dikibarkan di kedutaan USA di Mesir

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 21 Sep 2012 17:16 #7

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Kibaran ar-Rayah dan al-Liwaa di Kementah Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 21 Sep 2012 17:24 #8

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
Saya berpandangan bahawa ar-Rayah dan al-Liwaa berpotensi menjadi simbol atau syiar kepada penyatuan umat Islam yang bakal mengorak langkah kepada penyatuan yang hakiki...

Sayang sekali kedua-duanya telah diberikan konotasi negatif dan cuba dikaitkan dengan keganasan khasnya panji ar-Rayah - lantara panji tersebut turut digunakan oleh kumpulan militan mujahideen Islam seperti al-Qaeda dan juga pejuang Islam Chechen/Dagestan.

Sedangkan hakikatnya kedua-dua al-Liwaa dan ar-Rayah merupakan bendera milik umat Islam dan bukan hak milik ekslusif mana-mana kumpulan.

Kita tak sewajarnya berasa malu untuk mengibarkannya. Mengibarkannya tidak menjadikan kita pengganas juga tidak merosakkan jatidiri kita. Bahkan dengan mengibarkannya sebenarnya kita turut menghidupkan semula sunnah Rasulullah dan para sahabat radhiallahu 'anhum yang telah sekian lama tenggelam di sebalik kibaran bendera-bendera nasionalisme yang memecah-belahkan umat Islam...

Wallahua'lam...



Ar-Rayah



Bendera KSA - variant yang berasaskan panji Rasulullah

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 25 Sep 2012 15:24 #9

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Panji hitam adalah lambang kebesaran Daulah Abbasiyah. Yang mula-mula menjulangnya ialah Abu Muslim al-Khurasani, panglima mereka yang paling masyhur.

Banyak juga hadith mengenai panji hitam yang dikaitkan dengan al-Mahdi, namun semuanya tidak sahih.

Teria kasih kepada saudara Mfauzy kerana perkongsian hadith panji hitam di zaman Rasulullah. Ia satu bacaan yang menarik dan membantu.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
The following user(s) said Thank You: mfauzy, Abu Hirzan

Re: Ar-Rayah dan al-Liwaa - syiar/simbolik penyatuan umat Islam 28 Sep 2012 18:08 #10

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


tuan khadem atas respon yang diberikan. Bagaimana pula dengan status hadis-hadis yang dipaparkan di awal thread ini pula?

Berkenaan hadis panji hitam yang dikaitkan dengan al-Mahdi tu seingat saya memang pernah dibincangkan tetapi saya tak pasti sama ada di AFN atau di forum lain....

Sewaktu saya sedang mencari pembekal panji tersebut, saya dimaklumkan oleh seorang kenalan terdapat sebuah kumpulan "Panji Hitam dari timur" yang begitu 'fanatik' dengan "hadis" panji hitam dari timur. Mereka sedang giat mencari panji hitam untuk memenuhi "prophecy" sebagai mereka yang terpilih menjadi pembawa panji hitam dari timur. Menurut mereka, timur yang dimaksudkan merujuk kepada Nusantara. Saya pun tak pasti dari mana mereka dapat tafsiran/pemahaman tersebut. Setelah diberitahu tentang status 'hadis' tersebut mereka masih enggan menerima hakikatnya dan tetap dengan pendirian mereka.

Apapun, sekadar nak maklumkan bahawa saya bukan sebahagian daripada mereka...

Wallahua'lam...
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.34 seconds
You are here: