AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Bacaan Iktidal Makmum dan Imam
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Bacaan Iktidal Makmum dan Imam

Bacaan Iktidal Makmum dan Imam 15 Feb 2012 12:34 #1

  • talfiq
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 17


Apabila Imam bangun dari bangun dari rukuk dan iktidal baca "Sami'allahu liman hamidah"

Kita baca bacaan "Sami'allahu liman hamidah" tu serentak dgn imam, atau baca lepas imam tau tak payah baca langsung cuma sahut "rabbana walakal hamd" sahaja?

Mohon kepastian.
jzkk

Re: Bacaan Iktidal Makmum dan Imam 06 Feb 2013 13:10 #2

  • talfiq
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 17
bump soalan lama..

Re: Bacaan Iktidal Makmum dan Imam 06 Feb 2013 14:05 #3

  • mdazam54
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 14
depa x minat soalan fiqh,,,,,,,

hang try pase politik tengok

Salam

Re: Bacaan Iktidal Makmum dan Imam 06 Feb 2013 14:32 #4

  • M_Haneef
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 96
Secara ringkas, berlaku khilaf atas hal ini.
Pendapat pertama mengatakan makmum membaca
اللَّهُمَّ رَبَّنا وَلَكَ الْحَمْدُ sahaja.
Manakala yang lain mengatakan makmum membaca kedua-dua bacaan.

Hal ini berputar sekitar pemahaman beberapa hadith sahih antaranya riwayat Abu Hurairah r.a. dll.
Kena tunggu panel kalau hendak tarjih.

Saya sendiri memilih untuk membaca kedua-dua bacaan berdasarkan beberapa hadith lain dan nukilan daripada Ibnu Hajar dalam Fathul Bari.

Selalunya bukan perkara mudah nak memberi jawapan kepada soalan yang diberikan. Saya sendiri tak sanggup hendak membuka kitab untuk mencari kalam ulama' dalam hal ini. Harap forumers dapat bersabar.

Re: Bacaan Iktidal Makmum dan Imam 07 Feb 2013 00:46 #5

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
mdazam54 wrote:
depa x minat soalan fiqh,,,,,,,

hang try pase politik tengok

Salam




Biar ahlinya berbicara.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Bacaan Iktidal Makmum dan Imam 09 Feb 2013 07:57 #6

talfiq wrote:


Apabila Imam bangun dari bangun dari rukuk dan iktidal baca "Sami'allahu liman hamidah"

Kita baca bacaan "Sami'allahu liman hamidah" tu serentak dgn imam, atau baca lepas imam tau tak payah baca langsung cuma sahut "rabbana walakal hamd" sahaja?

Mohon kepastian.
jzkk


Selepas meriwayatkan hadits #267 (menurut penomboran At-Albani) / #266 (menurut penomboran Syu'aib Al-Arna'uth), At-Tirmidzi mengatakan bahawa para ulama' berbeza pendapat dalam masalah ini. Menurut Ahmad, ma'mum hanya menjawab "Rabbana lakalhamd". Sedangkan menurut lbnu Sirin, Asy-Syafi'i dan Ishaq, ma'mum hendaklah mengulang Iafaz "Sami'allahu liman hamidah", diikuti dengan jawapan "Rabbana lakalhamd".

Wallahu a'lam.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.22 seconds
You are here: