AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Cucian DRY CLEAN
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Cucian DRY CLEAN

Cucian DRY CLEAN 06 Aug 2012 16:55 #1

ada mana2 ulama mengeluarkan fatwa mengenai cucian DRY CLEAN???

alasan yg mereka guna utk tidak membolehkan DRY CLEAN,

"kebanyakan kedai cucian kering atau dry cleaning di negara ini masih menggunakan bahan yang dipanggil solvent perchloroethylene (Perc).

” Perc tersebut biasanya digunakan berkali-kali bagi mencuci baju dengan dikitar semula. Hanya setelah Perc didapati kotor, proses penyulingan atau distillation digunakan bagi membuang kotoran.

” Perc yang dikitar semula itu akan menyebabkan ia berubah menjadi mutanajis atau sekurang-kurangnya mustaqmal, sedangkan dalam Islam untuk mencuci kita hanya dibenarkan menggunakan air mutlak"

adakah benar? air dgn bahan kimia ada kaitan?

Re: Cucian DRY CLEAN 06 Aug 2012 23:31 #2

abu_ishak wrote:

Salam.

Saya tak dapat nak jawab soalan anda. Cuma nak komen part yang saya merahkan.

Menurut mazhab Al-Malikiyyah, air musta`mal suci dan menyucikan. Al-Bukhari juga cenderung terhadap pendapat ini, sila rujuk Fathu Al-Bari ketika Al-Hafiz Ibnu Hajar mensyarahkan hadits yang menceritakan tentang para sahabat radhiyallahu `anhum berwudhu' dengan sisa air wudhu' Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam.

Jadi penggunaan kalimah "Islam" dalam ayat tersebut amat tidak sesuai. Kita tak boleh guna sifir: Islam = Mazhab Asy-Syafi`iyyah. Islam lebih luas daripada mazhab Asy-Syafi`iyyah.

Wallahu a`lam.
The following user(s) said Thank You: abuadam

Re: Cucian DRY CLEAN 07 Aug 2012 00:24 #3

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
abu_ishak wrote:

ada mana2 ulama mengeluarkan fatwa mengenai cucian DRY CLEAN???

alasan yg mereka guna utk tidak membolehkan DRY CLEAN,

"kebanyakan kedai cucian kering atau dry cleaning di negara ini masih menggunakan bahan yang dipanggil solvent perchloroethylene (Perc).

” Perc tersebut biasanya digunakan berkali-kali bagi mencuci baju dengan dikitar semula. Hanya setelah Perc didapati kotor, proses penyulingan atau distillation digunakan bagi membuang kotoran.

” Perc yang dikitar semula itu akan menyebabkan ia berubah menjadi mutanajis atau sekurang-kurangnya mustaqmal, sedangkan dalam Islam untuk mencuci kita hanya dibenarkan menggunakan air mutlak"

adakah benar? air dgn bahan kimia ada kaitan?

Persoalan tentang yg di'bold'kan.

Mencuci dalam ayat tersebut adalah untuk menyucikan apa? Agak musykil, bukankah yang menjadi khilaf adalah berkenaan bersuci iaitu berwudhuk atau mandi janabah. ?

Re: Cucian DRY CLEAN 07 Aug 2012 04:05 #4

1.As-Syafie berpendapat, najis tidak dapat dihilangkan kecuali dengan air.

Namun, menurut mazhab Abu Hanifah, najis dapat dihilangkan dengan semua jenis cecair dan solid.

2. Air itu suci, tidak menjadi najis melainkan ia berubah bentuk.

Namun untuk pencuci selain air, jumhur ahli ilmu mengatakan, hukum semua pencuci berbeza dengan hukum air. Pencuci selain air menjadi najis, sekiranya terkena najis, tidak kira ia berubah bentuk atau tidak.

3. Kesimpulannya, jika PERC terkena najis, ia telah menjadi najis walaupun tidak berubah bentuk.

*Cuma, kena pastikan, betul ke PERC yang digunakan tu dia recycle yang sebelum ni punya. Dan, kena pastikan, betul ke basuhan sebelum ni bernajis.

Wallahu A'lam.

Rujukan: Ibn Taimiyyah, al-Qawaid al-Nuraniyyah al-Fiqhiyyah

english.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?bk_no=128&ID=1&idfrom=1&idto=125&bookid=128&startno=5

Salih al-Munajjid, rakaman audio مسائل كتاب الطهارة - المائعات غير الماء إن وقعت فيها نجاسة

ar.islamway.com/lesson/113689
Last Edit: 07 Aug 2012 04:11 by aku_hambaNya. Reason: typo

Re: Cucian DRY CLEAN 07 Aug 2012 14:05 #5

yup mmg dlm machine dry cleaning, guna solvent

dan solvent ni boleh di recycle, cuma ikut standard... setahun sekali solvent kene tukar.

kene tanya otai2 dobi....sy br baca2 mcm tu ja.....

Re: Cucian DRY CLEAN 07 Aug 2012 14:30 #6

abu_ishak wrote:
yup mmg dlm machine dry cleaning, guna solvent

dan solvent ni boleh di recycle, cuma ikut standard... setahun sekali solvent kene tukar.

kene tanya otai2 dobi....sy br baca2 mcm tu ja.....

Owh, tukar setahun sekali ke?

Tinggi kemungkinan terkena najis tu, sebab pakaian yg dihantar dobi adalah pakaian yang telah digunakan.

Melainkan someone ada mesin dry cleaning sendiri kat rumah, pastu dia tukar PERC tu setiap kali basuh. Haa, tu baru boleh kira bersih.

Tapi kalau saya, basuh dgn air lagi meyakinkan, tanpa was-was.

Pastu, dry clean ni if perc tu berputar2 dalam tu, means dia boleh jd mutanajjis if baju tu bernajis.

So, memang kena cuci dulu jugak najis tu, before masukkan dalam mesin.
Last Edit: 07 Aug 2012 15:45 by aku_hambaNya.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.33 seconds
You are here: