AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Bacaan ketika rukuk dan sujud
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Bacaan ketika rukuk dan sujud

Bacaan ketika rukuk dan sujud 24 Apr 2012 06:52 #1




Saya ingin bertanya. Bacaan ketika rukuk dan sujud itu memang wajib tiga kalikah? atau sekali pun tak mengapa?



terima kasih
Last Edit: 24 Apr 2012 09:55 by hamba_Allah.

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 29 Apr 2012 17:59 #2

  • Ad-Dien
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • عقيدة السلف اصحاب الحديث
  • Posts: 653
bacaan ketika rukuk dan sujud sunat sahaja..

Allahua'lam
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 29 Apr 2012 18:05 #3

Bule bagi rujukan yang lebih detail pasal bacaan rukuk + sujud ni?

bule x kalau kite nak gune bacaan lain selain yang hamba_Allah paste kan di atas?

Terime kasih.
Last Edit: 29 Apr 2012 18:07 by ibnuwafiy. Reason: lupe nak cari source dulu

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 29 Apr 2012 18:52 #4

  • Ad-Dien
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • عقيدة السلف اصحاب الحديث
  • Posts: 653
ibnuwafiy wrote:
Bule bagi rujukan yang lebih detail pasal bacaan rukuk + sujud ni?

bule x kalau kite nak gune bacaan lain selain yang hamba_Allah paste kan di atas?

Terime kasih.



sekadar berkongsi


Daripada Muawiyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

إن هذه الصلاة ، لا يصلح فيها شيء من كلام الناس ، إنما هو التسبيح ، و التكبير ، و قراءة القرآن


"sesungguhnya solat itu tidak patut dicampuri kata-kata manusia sedikitpun kecuali tasbih, takbir dan bacaan al-Quran." (Riwayat Muslim)

Manakala saat rukuk dan sujud pula:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:


ألا وإنى نهيت أن أقرأ القران راكعا أو ساجدا فاما الركوع فعظموا فيه الرب واما السجود فاجتهدوا فى الدعاء فقمن أن يستجاب لكم

"Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika sedang ruku' dan sujud. Ketika sedang ruku; maka agungkanlah Tuhan. Dan ketika sedang sujud, maka bersungguh-sungguhlah kamu berdoa, kerana pada saat itu doa lebih mudah dimakbulkan." (Riwayat Muslim)

rujuk tread : al-fikrah.net/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=17&id=12213&Itemid=193#14424
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل
Last Edit: 29 Apr 2012 18:53 by Ad-Dien.

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 30 Apr 2012 00:00 #5

  • Razmin78
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 149




أخبرنا الربيع قال أخبرنا الشافعي قال : وأقل كمال الركوع أن يضع كفيه على ركبتيه فإذا فعل فقد جاء بأقل ما عليه في الركوع حتى لا يكون عليه إعادة هذه الركعة وإن لم يذكر في الركوع لقول الله عز وجل { اركعوا واسجدوا } فإذا ركع وسجد فقد جاء بالفرض ، والذكر فيه سنة اختيار لا أحب تركها وما علم النبي صلى الله عليه وسلم الرجل من الركوع والسجود ولم يذكر الذكر فدل على أن الذكر فيه سنة اختيار


....Imam al-Syafi’e telah berkata:
“Sekurang-kurangnya rukuk yang sempurna itu hendaklah meletakkan kedua-dua tapak tangannya atas kedua-dua lututnya. Apabila dia telah berbuat demikian, maka terhasillah rukuk yang paling minimum sehingga tidak perlu baginya mengulangi raka’at walaupun dia tidak bezikir dalam rukuk itu berikutan firman : “Rukulah kalian dan sujudlah kalian.” [1]. Apabila dia telah rukuk dan sujud maka terhasillah kefardhuan (rukun solat) sedangkan zikir dalamnya (rukuk dan sujud hanyalah) sunnah ikhtiyar. Daku tidak suka meninggalkannya.
Dan Rasulullah pernah mengajarkan seorang lelaki tentang sujud dan rukuk dan tidak menyebutkan zikir[2], menunjukkan bahawa zikir dalamnya (solat) ialah sunnah ikhtiyar.”[3]

[1] Al-Hajj: 77

[2] Al-Bukhari (783); Hadith ini terkenal dengan “Hadith Orang Yang Buruk Solatnya” dalam hadith ini Rasulullah mengajarkan lelaki tersebut (Khallad bin Rafi’) cara solat yang baik. Apabila rukuk dan sujud, Baginda hanya memerintahkan thoma’ninah sahaja (dalam riwayat lain thoma’ninah dan meluruskan belakang dengan sempurna). Riwayat-riwayat lain tentang hadith ini semuanya tidak menyebutkan zikir ketika rukuk dan sujud.

[3] Al-Umm (255/2); tahqiq dan takhrij: Dr Rif’at Fauzi Abd al-Mutthalib.



قال الإمام النووي عند حديث ابن عباس السابق : ( واعلم أن الذكر في الركوع سنة عندنا وعند جماهير العلماء ، فلو تركه عمداً أو سهواً لا تبطل صلاته ، ولا يأثم ولا يسجد للسهو. وذهب الإمام أحمد بن حنبل وجماعة إلى أنه واجب ، فينبغي للمصلي المحافظة عليه للأحاديث الصريحة الصحيحة في الأمر به ، كحديث: ( أما الركوع فعظموا فيه الرب ) وغيره مما سبق ، وليخرج عن خلاف العلماء رحمهم الله ، والله أعلم ) انتهى من كتاب الأذكار للنووي


Telah berkata Imam al-Nawawi pada hadith Ibn ‘Abbas yang lalu:
“Ketahuilah bahawa zikir dalam rukuk sunat di sisi kami (Mazhab al-Syafi’e) dan di sisi jumhur ‘ulama’. Jikalau ditinggalkan secara sengaja atau terlupa tidaklah membatalkan solatnya, tidak berdosa dan tidak perlu sujud sahwi. Telah bermazhab al-Imam Ahmad bin Hambal dan sekumpulan (‘ulama’) bahawasanya (zikir ketika rukuk dan sujud itu) wajib. Maka hendaklah bagi orang yang bersolat menjaganya (sentiasa melakukannya) kerana adanya hadith-hadith yang jelas lagi sahih memerintahkan hal itu. Seperti hadith: “Adapun rukuk itu maka hendaklah kalian mengagungkan dalamnya Tuhan.” Dan hadith-hadith lain sebagaimana yang disebut terdahulu, dan untuk keluar daripada khilaf ‘ulama’. Wallahu a’lam.” Tamat (kalam Imam al-Nawawi) daripada Kitab al-Azkar oleh al-Nawawi.
The following user(s) said Thank You: hamba_Allah, Ad-Dien, abulweena

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 01 May 2012 14:04 #6

terima kasih kepada penerangan Razmin78 dan semua yang memberi reply.

saya tahu ianya sunat. saya cuma ingin tahu adakah zikir didalam rukuk itu wajib tiga kali?

terima kasih

kepada ibnuwafiy sila lihat http://www.scribd.com/doc/68451291/Solat-Takbir-Salam-v2 Insha'Allah boleh mendapat jawapan.

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 02 May 2012 00:51 #7

  • Abu_Imran
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • AJARKAN AKU SUNNAH
  • Posts: 621
Mencari ilmu.....

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 02 May 2012 00:52 #8

  • Razmin78
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 149


Zikir سبحان ربي العظيم dalam rukuk dan سبحان ربي الأعلى dalam sujud sahih lagi jelas sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim daripada Hudzaifah رضي الله عنه .
Namun hadith yang menetapkan bilangan zikir tersebut sebanyak tiga kali terdapat kritikan padanya. Seperti hadith riwayat Imam Abu Daud:

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ مَرْوَانَ الْأَهْوَازِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ وَأَبُو دَاوُدَ عَنْ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ يَزِيدَ الْهُذَلِيِّ عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَكَعَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَذَلِكَ أَدْنَاهُ وَإِذَا سَجَدَ فَلْيَقُلْ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى ثَلَاثًا وَذَلِكَ أَدْنَاهُ


Daripada Abdullah bin Mas'ud رضي الله عنه, Rasulullah bersabda:
"Apabila rukuk salah seorang daripada kamu maka katakanlah sebanyak tiga kali سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ dan itulah yang paling minimum. Dan apabila sujud maka katakanlah سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى tiga kali, dan itulah yang paling minimum."

1. Kata Imam Abu Daud setelah meriwayatkan hadith ini: هَذَا مُرْسَلٌ عَوْنٌ لَمْ يُدْرِكْ عَبْدَ اللَّهِ : "Hadith ini mursal, 'Aun tidak pernah bertemu dengan 'Abdullah (bin Mas'ud)."

2. Imam al-Tirmidzi juga meriwayatkan hadith ini dengan kata-kata: حَدِيثُ ابْنِ مَسْعُودٍ لَيْسَ إِسْنَادُهُ بِمُتَّصِلٍ : "Hadith Ibn Mas'ud ini isnadnya tidak bersambung."

3. Imam al-Syafi'e dalam al-Umm mengisyaratkan kedha'ifan hadith ini dengan kata-kata: إن كان هذا ثابتا : "Jika (hadith) ini thabit......."

Penentuan Bilangan Zikir dalam Sujud dan Rukuk daripada Salaf al-Soleh

1. Athar riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa'i daripada Anas bin Malik رضي الله عنه :

مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَشْبَهَ بِصَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ هَذَا الْغُلَامِ يَعْنِي عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ قَالَ فَحَزَرْنَا فِي الرُّكُوعِ عَشْرَ تَسْبِيحَاتٍ وَفِي السُّجُودِ عَشْرَ تَسْبِيحَاتٍ

"Tidak pernah aku melihat seorang pun (pada ketika itu) yang solatnya menyerupai solat Rasulullah (selain) daripada pemuda ini yakni 'Umar bin 'Abd al-'Aziz. Beliau turun rukuk (dengan) sepuluh tasbih dan dalam sujudnya sepuluh tasbih."

2. Imam al-Tirmidzi setelah membawakan hadith Ibn Mas'ud di atas, beliau berkata:

وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّونَ أَنْ لَا يَنْقُصَ الرَّجُلُ فِي الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ مِنْ ثَلَاثِ تَسْبِيحَاتٍ وَرُوِيَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُ قَالَ أَسْتَحِبُّ لِلْإِمَامِ أَنْ يُسَبِّحَ خَمْسَ تَسْبِيحَاتٍ لِكَيْ يُدْرِكَ مَنْ خَلْفَهُ ثَلَاثَ تَسْبِيحَاتٍ وَهَكَذَا قَالَ إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ


"Dan telah beramal dengan (hadith) ini di sisi ilmuwan, mereka suka sekiranya seseorang itu tidak mengurangkan dalam rukuk dan sujud daripada tiga tasbih. Dan telah diriwayatkan daripada (Imam) 'Abdullah bin al-Mubarak bahawasanya beliau telah berkata: "Aku menyukai agar imam (solat) bertasbih lima kali supaya sempat yang di belakangnya (makmum) tiga tasbih." Demikian jugalah pendapai Ishaq bin Ibrahim ( Imam Ibn Rahawaih)."

3. Imam al-Syafi'ie dalam al-Umm juga menyukai agar bacaan tasbih dalam rukuk dan sujud dilakukan sebanyak tiga kali:

إن كان هذا ثابتا فإنما يعني والله تعالى أعلم أدنى ما ينسب إلى كمال الفرض والاختيار معا لا كمال الفرض وحده وأحب أن يبدأ الراكع في ركوعه أن يقول سبحان ربي العظيم ثلاثا


Allahu a'lam.......
Last Edit: 02 May 2012 00:55 by Razmin78.
The following user(s) said Thank You: Adli_Khalim, hamba_Allah, Abu_Imran, ibnuwafiy, abulweena

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 25 Feb 2013 03:02 #9

  • Fathi
  • OFFLINE
  • Panel Hadith
  • Iskandariah, Mesir
  • Posts: 369
hamba_Allah wrote:



Saya ingin bertanya. Bacaan ketika rukuk dan sujud itu memang wajib tiga kalikah? atau sekali pun tak mengapa?



terima kasih


Paling minima hanya sekali, jika 3x atau 5x atau 7x atau lebih banyak maka ia lebih baik, tiada penetapan khas,
Imam Abu Zur'ah pernah ditanya akan satu hadith, beliau menjawab "ia hadith Munkar", ditanya lagi adakah beliau mengetahui akan cacatnya (illatnya)? jawab Abu Zur'ah: "tidak" [Lanjut rujuk: 'Ilal al-Hadith, no. 1462]
Last Edit: 25 Feb 2013 03:03 by Fathi.
The following user(s) said Thank You: yugimudo

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 25 Feb 2013 03:07 #10

  • Adou_Fr
  • OFFLINE
  • Panel Hadith
  • Posts: 460
Salam,

1- Terdapat sangat banyak bacaan yang warid dalam sunnah yang boleh dibaca di dalam ruku` dan sujud.

2- Nabi membanyakkan bacaan ketika ruku` dan sujud.

3- Antara bacaan yang jarang dibaca ialah:

(سبوح قدوس رب الملائكة والروح)
subbuhun quddusun rabbu l-mala'ikati war-ruh
(سبحانك اللهم وبحمدك اللهم اغفر لي)
subhanaka Llahumma wabihamdika, Allahumma ghfir li

WaLlahu a`lam.
Facebook: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Twitter: @Adou_Fr

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 25 Feb 2013 06:50 #11

[quote="Ad-Dien" post=14429]ibnuwafiy wrote:


"Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika sedang ruku' dan sujud. Ketika sedang ruku; maka agungkanlah Tuhan. Dan ketika sedang sujud, maka bersungguh-sungguhlah kamu berdoa, kerana pada saat itu doa lebih mudah dimakbulkan." (Riwayat Muslim)



Berdasarkan kpd hadith di atas, kalau saya berdoa ketika sujud menggunakan sesetengah ayat AQ yg berupa doa, bagaimana?
Last Edit: 25 Feb 2013 06:51 by superinnovator.

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 13 Mar 2013 06:29 #12

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
[quote="superinnovator" post=32998]Ad-Dien wrote:
ibnuwafiy wrote:


"Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika sedang ruku' dan sujud. Ketika sedang ruku; maka agungkanlah Tuhan. Dan ketika sedang sujud, maka bersungguh-sungguhlah kamu berdoa, kerana pada saat itu doa lebih mudah dimakbulkan." (Riwayat Muslim)



Berdasarkan kpd hadith di atas, kalau saya berdoa ketika sujud menggunakan sesetengah ayat AQ yg berupa doa, bagaimana?


Jika anda membaca doa, maka dibenarkan.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 13 Mar 2013 06:32 #13

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Fathi wrote:
hamba_Allah wrote:



Saya ingin bertanya. Bacaan ketika rukuk dan sujud itu memang wajib tiga kalikah? atau sekali pun tak mengapa?



terima kasih


Paling minima hanya sekali, jika 3x atau 5x atau 7x atau lebih banyak maka ia lebih baik, tiada penetapan khas,


إن الله وتر يحب الوتر

Maksudnya: Allah itu witr (satu, yakni bilangan ganjil) dan Dia menyukai bilangan ganjil.

www.islamweb.net/hadith/hadithServices.php?type=1&cid=1053&sid=4396
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 13 Mar 2013 07:05 #14

  • azri
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 92


Ketika rukuk dan sujud, cukup hanya membaca


atau boleh digabungkan dengan (سبوح قدوس رب الملائكة والروح) ?
Last Edit: 13 Mar 2013 07:06 by azri.

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 13 Mar 2013 07:28 #15

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Menggabungkan zikir dan doa, tidak dilarang.

Allah a'lam.
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
The following user(s) said Thank You: azri

Re: Bacaan ketika rukuk dan sujud 13 Mar 2013 07:52 #16

  • azri
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 92
Mustaqill wrote:
Menggabungkan zikir dan doa, tidak dilarang.

Allah a'lam.


  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.47 seconds
You are here: