AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama)
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama)

Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 22 Jan 2012 02:35 #1

Assalamualaikum.

wahai purnama yg memiliki seluruh kesempurnaan,
tiada perkataan yg dapat diungkap bagi menyatakan kemuliaanmu,
engkau sememangya telah dimuliakan oleh para mahkluk di alam yang tinggi,
dengan cahayamu engklau hapuskan segala kegelapanku,

semoga Allah Tuhanku sentiasa berselawat ke atasmu siang dan malam.
Last Edit: 31 Jan 2012 10:15 by hellilyntax.

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 22 Jan 2012 03:24 #2

  • Ad-Dien
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • عقيدة السلف اصحاب الحديث
  • Posts: 653
akhu_hurairah wrote:
Assalamualaikum.

[video]http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=466Ksff3eL0[/video]

wahai purnama yg memiliki seluruh kesempurnaan,
tiada perkataan yg dapat diungkap bagi menyatakan kemuliaanmu,
engkau sememangya telah dimuliakan oleh para mahkluk di alam yang tinggi,
dengan cahayamu engklau hapuskan segala kegelapanku,

semoga Allah Tuhanku sentiasa berselawat ke atasmu siang dan malam.

Purnama yang dimaksudkan itu bulan atau Rasulullah??
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

حسبي الله ونعم الوكيل

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 22 Jan 2012 05:58 #3

Ad-Dien wrote:
akhu_hurairah wrote:
Assalamualaikum.

[video]http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=466Ksff3eL0[/video]

wahai purnama yg memiliki seluruh kesempurnaan,
tiada perkataan yg dapat diungkap bagi menyatakan kemuliaanmu,
engkau sememangya telah dimuliakan oleh para mahkluk di alam yang tinggi,
dengan cahayamu engklau hapuskan segala kegelapanku,

semoga Allah Tuhanku sentiasa berselawat ke atasmu siang dan malam.

Purnama yang dimaksudkan itu bulan atau Rasulullah??

purnama tu dikiaskan kepada Rasulullah
فتشبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التشبه بالكرام فلاح

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 22 Jan 2012 07:23 #4

tiada perkataan yg dapat diungkap bagi menyatakan kemuliaanmu,
dengan cahayamu engkau hapuskan segala kegelapanku,

Bukankah ini telah berlebih2 terhadap Nabi Saw?

لا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

“Jangan kamu berlebihan terhadapku sebagaimana orang-orang Nasara berlebih-lebihan terhdap anak Maryam, aku hanyalah hamba, maka katakanlah : hamba Allah dan Rasul Allah” -HR al-Bukhari
Last Edit: 22 Jan 2012 07:25 by akhu_hurairah.

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 23 Jan 2012 03:30 #5

akhu_hurairah wrote:
tiada perkataan yg dapat diungkap bagi menyatakan kemuliaanmu,
dengan cahayamu engkau hapuskan segala kegelapanku,

Bukankah ini telah berlebih2 terhadap Nabi Saw?

لا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

“Jangan kamu berlebihan terhadapku sebagaimana orang-orang Nasara berlebih-lebihan terhdap anak Maryam, aku hanyalah hamba, maka katakanlah : hamba Allah dan Rasul Allah” -HR al-Bukhari

bukankah hadis itu melarang utk memuliakan Rasulullah semacam Kristian memuliakan nabi Isa alaihissalam (mensucikan dan menuhankannya)? Sedangkan rangkap qasidah itu cuma sekadar kiasan kepada Baginda .Bahkan memuliakan Nabi adalah satu tuntutan asalkan tidak berlebihan sebagaimana Kristian.

فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. Surah al-A'raaf :157

Komentar Imam Abu Ja'far al-Tabari dalam tafsirnya:
{القول في تأويل قوله: {فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

قال أبو جعفر: يقول تعالى ذكره: فالذين صدَّقوا بالنبي الأمي، وأقرُّوا بنبوّته = "وعزَّروه"، يقول: وَقَّروه وعظموه وحَمَوه من الناس،

Allah juga mengumpamakan Baginda sebagai lampu yg menerangi
وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيرًا
"Dan (Muhammad juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberiNya ; dan sebagai lampu yang menerangi Surah Al-Ahzab : 46

Mohon pandangan. Ana masih baru belajar
فتشبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التشبه بالكرام فلاح

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 31 Jan 2012 08:47 #6

akhu_hurairah wrote:
tiada perkataan yg dapat diungkap bagi menyatakan kemuliaanmu,
dengan cahayamu engkau hapuskan segala kegelapanku,

Bukankah ini telah berlebih2 terhadap Nabi Saw?

لا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

“Jangan kamu berlebihan terhadapku sebagaimana orang-orang Nasara berlebih-lebihan terhdap anak Maryam, aku hanyalah hamba, maka katakanlah : hamba Allah dan Rasul Allah” -HR al-Bukhari

maaf sekadar berkongsi pd sahabat2

Firman Allah ta`ala

"فَالَّذِيْنَ ءَامَنُوْا بِهِ وَعَزَّرُوْهُ وَنَصَرُوْهُ وَاتَّبَعُوْا النُّوْرَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ".

Maksudnya:

"Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad sallallahu`alaihi wasallam) memuliakannya, menolongnya dan mengingati cahaya yang terang yang diturunkan kepada (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung".

(Surah al-`Araf: 157)

Di dalam ayat ini dinyatakan dengan tegas bahawa orang yang memuliakan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam perkara atau perbuatan memuliakan Nabi, yang sudah pasti orang yang menyambut maulid Nabi itu akan mendapat pahala di akhirat nanti.

Firman Allah ta`ala

"وَقَالَ اللهُ إِنِّي مَعَكُمْ لِئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلَوةَ وَءَاتَيْتُمُ الزَّكَوةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرْتُمُوْهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللهَ قَرْضًا حَسَنًا لأُ كَفِّرَنَّ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ".

Maksudnya:
"Dan Allah berfirman (kepada mereka): Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusan-Ku) serta menolong mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalan-Nya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku (Allah) akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku (Allah) akan masukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. ".

(Surah al-Maidah: 12)

Tafsir ayat di atas:

Telah berkata al-Imam al-Tabari di dalam kitab tafsirnya pada juzuk VI, halaman 151, baris kedua daripada bawah:

“Maksudnya perkataan “`Azzartumuhum” ialah “Memuliakan mereka”.

Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga, perbuatan memuliakan nabi seperti menyambut perayaan maulid Nabi. Maka orang yang melakukannya serta beriman kepada Rasul,maka ia dimasukkan ke dalam syurga.
Last Edit: 31 Jan 2012 08:49 by insandhaif.

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 31 Jan 2012 08:57 #7

  • abuadam
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 274
insandhaif wrote:

Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga, perbuatan memuliakan nabi seperti menyambut perayaan maulid Nabi. Maka orang yang melakukannya serta beriman kepada Rasul,maka ia dimasukkan ke dalam syurga.

Jika memuliakan Nabi adalah menyambut maulid sudah tentu kita akan mendapati contoh amalan ini di kalangan sahabat, generasi tabi'in dan tabi tabi'in. Pastilah mereka akan mendahului kita dalam merayakannya kerana ganjaran syurga yang menanti.

Apakah ada hadis sahih dari Nabi sendiri yang menjanjikan syurga bagi mereka yang merayakan hari lahir baginda?

Apakah pula tarikh hari lahir baginda yang paling tepat?

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 00:06 #8

abuadam wrote:
insandhaif wrote:

Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga, perbuatan memuliakan nabi seperti menyambut perayaan maulid Nabi. Maka orang yang melakukannya serta beriman kepada Rasul,maka ia dimasukkan ke dalam syurga.

Jika memuliakan Nabi adalah menyambut maulid sudah tentu kita akan mendapati contoh amalan ini di kalangan sahabat, generasi tabi'in dan tabi tabi'in. Pastilah mereka akan mendahului kita dalam merayakannya kerana ganjaran syurga yang menanti.

Apakah ada hadis sahih dari Nabi sendiri yang menjanjikan syurga bagi mereka yang merayakan hari lahir baginda?

Apakah pula tarikh hari lahir baginda yang paling tepat?

sebelum tu ada tak nas atau dalil yang melarang membesarkan nabi muhammad

terima kasih akhi

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 00:07 #9

AbdulHalim wrote:
Saya suka melihat orang menyambut maulidurrasul.
Teramat suka rasanya.Seakan beliau hidup disisi kita.
Seakan Sejarah Hijrah di depan mata dan Hidup rasa hati untuk tambah Amal sunnahnya.
Hidup rasa hati untuk tambah Amal sunnahnya.

saudara benar dan saya juga berpendapat seperti saudara

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 00:11 #10

naman wrote:
Hal ini diakui oleh Ibn Taimiyyah. Ibn Taimiyyah berkata, "Orang-orang yang melaksanakan perayaan Maulid Nabi SAW akan diberi pahala. Begitulah yang dilakukan oleh sebagian orang. Hal mana juga di temukan di kalangan Nasrani yang memperingati kelahiran Isa AS. Dalam Islam juga dilakukan oleh kaum muslimin sebagai rasa cinta dan penghormatan kepada Nabi SAW. Dan Allah SWT akan memberi pahala kepada mereka atas kecintaan mereka kepada Nabi mereka, bukan dosa atas bid'ah yang mereka lakukan". (Manhaj as-Salaf li Fahmin Nushush Bainan Nazhariyyah wat Tathbiq, 399)

tolong perbetulkan jika tersilap,jzk

dalam hal menyambut maulidur rasul dengan harapn supaya lebih mencintai Rasulullah dan dapat meniti perjalanan dan sirah kehidupan baginda, maka kita digalakkan untuk menyambutnya..tp tak payah ler berarak campur laki perempuan hehehe..mcm budaya org melayu ...

sekadar pandangan

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 01:05 #11

  • Abu_Imran
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • AJARKAN AKU SUNNAH
  • Posts: 621
insandhaif wrote:
AbdulHalim wrote:
Saya suka melihat orang menyambut maulidurrasul.
Teramat suka rasanya.Seakan beliau hidup disisi kita.
Seakan Sejarah Hijrah di depan mata dan Hidup rasa hati untuk tambah Amal sunnahnya.
Hidup rasa hati untuk tambah Amal sunnahnya.

saudara benar dan saya juga berpendapat seperti saudara

apa pengisian dalam sambutan tu yg mampu menimbulkan perasaan sebegitu?

sahabat nabi dan 3 generasi terbaik x memerlukan sambutan sebegini pon untuk menjadi insan terbaik dan amal sunnah....

bagaimanakah dikatakan bagus jika rasa nak tambah amal sunnah setahun sekali?
Mencari ilmu.....

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 01:35 #12

Abu_Imran wrote:
insandhaif wrote:
AbdulHalim wrote:
Saya suka melihat orang menyambut maulidurrasul.
Teramat suka rasanya.Seakan beliau hidup disisi kita.
Seakan Sejarah Hijrah di depan mata dan Hidup rasa hati untuk tambah Amal sunnahnya.
Hidup rasa hati untuk tambah Amal sunnahnya.

saudara benar dan saya juga berpendapat seperti saudara

apa pengisian dalam sambutan tu yg mampu menimbulkan perasaan sebegitu?

sahabat nabi dan 3 generasi terbaik x memerlukan sambutan sebegini pon untuk menjadi insan terbaik dan amal sunnah....

bagaimanakah dikatakan bagus jika rasa nak tambah amal sunnah setahun sekali?

kurang tepat rasanya bila dikatakan 'rasa nak tmbah amal sunnah setahun sekali'. Hakikatnya, mmg ada yg sebegitu. Sekadar merayakan Maulidurrasul setahun sekali tetapi masih ramai yg memuliakan Nabi SAW dengan mengadakan sambutan maulid mingguan, puasa pada hari isnin dll..seakan2 menghukum semuanya begitu (sambut setahun sekali). ini tidak tepat..

kembali kepada topik utama..persoalan 'bulan/cahaya' yg dinisbahkan kepada Nabi SAW. Saya berpandangan, tidak ada masalah..hujahnya saya dah lampirkan di atas
فتشبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التشبه بالكرام فلاح

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 04:42 #13

Abu_Imran wrote:
insandhaif wrote:
AbdulHalim wrote:
Saya suka melihat orang menyambut maulidurrasul.
Teramat suka rasanya.Seakan beliau hidup disisi kita.
Seakan Sejarah Hijrah di depan mata dan Hidup rasa hati untuk tambah Amal sunnahnya.
Hidup rasa hati untuk tambah Amal sunnahnya.

saudara benar dan saya juga berpendapat seperti saudara

apa pengisian dalam sambutan tu yg mampu menimbulkan perasaan sebegitu?

sahabat nabi dan 3 generasi terbaik x memerlukan sambutan sebegini pon untuk menjadi insan terbaik dan amal sunnah....

bagaimanakah dikatakan bagus jika rasa nak tambah amal sunnah setahun sekali?

dalam malaysia ni kadang ada majlis2 tertentu untuk diperingati contohnya nak menambahkans emangat patriotik maka sambutan hari kemerdekaan dirayakan
adakah ia juga bidaah?..sebab nabi tak buat...namun tujuannya nak menambahkan rasa cinta pd negara..
adakah rakyat tak cinta negara sampai nak sambut hari kemerdekaan
jawapnya bukan tak cinta..tp bila ada sambutan/majlis..maka bertambah semarak lah perasaan mencintai negara

jd bab nak menyemarakkan lg cinta kepada Rasulullah..maka diadakan sambutan hari maulidur rasul..
adakah kita tak ingat Rasul setiap hari?
jawapannya masih ingat namun ditambah lg dgn menyambut hari ulangtahun kelahirannya
makin bersemaraklah rasa kecintaan tersebut

adakah dalil menyambut maulidur rasul itu bidaah?
adakah saudara menganggap sambutan hari kemerdekaan tak bidaah sebab bukan ibadah
tp sambutan maulidur rasul bidaah
sebab ia ibadah?

pengisian sambutan hari maulidur rasul seperti ceramah khusus ttg sejarah hidup nabi
berselawat di masjid2 atau di mana2 sahaja..atau pun diadakan majlis2 tertentu memperingati junjungan besar kita

terima kasih

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 04:44 #14

abuadam wrote:
insandhaif wrote:

Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga, perbuatan memuliakan nabi seperti menyambut perayaan maulid Nabi. Maka orang yang melakukannya serta beriman kepada Rasul,maka ia dimasukkan ke dalam syurga.

Jika memuliakan Nabi adalah menyambut maulid sudah tentu kita akan mendapati contoh amalan ini di kalangan sahabat, generasi tabi'in dan tabi tabi'in. Pastilah mereka akan mendahului kita dalam merayakannya kerana ganjaran syurga yang menanti.

Apakah ada hadis sahih dari Nabi sendiri yang menjanjikan syurga bagi mereka yang merayakan hari lahir baginda?

Apakah pula tarikh hari lahir baginda yang paling tepat?

bila dinamakan menyambut bulan kelahiran nabi...maka tak perlu spesifik pada tarikh ya akhi....

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 05:58 #15

akhu_hurairah wrote:
Assalamualaikum.

wahai purnama yg memiliki seluruh kesempurnaan,
tiada perkataan yg dapat diungkap bagi menyatakan kemuliaanmu,
engkau sememangya telah dimuliakan oleh para mahkluk di alam yang tinggi,
dengan cahayamu engklau hapuskan segala kegelapanku,

semoga Allah Tuhanku sentiasa berselawat ke atasmu siang dan malam.

Baru berkesempatan dengar. Sedap iramanya.

wahai purnama yg memiliki seluruh kesempurnaan
,

Tak mengapa jika kesempurnaan yang dimaksudkan bukanlah mubalaghah. (yang paling sempurna). Kerana yang paling sempurna adalah Allah. Tak mengapa, jika yang kita maksudkan adalah uswatun hasanah baginda, kesempurnaan dan kemuliaan akhlak baginda, bukan merangkumi kesempurnaan secara mutlak.

Jika kesempurnaan dan kemuliaan ini jami' (merangkumi), namun mani' (terbatas), tak mengapa. Kesempurnaan dan kemuliaan yang jami' tanpa mani', hanyalah milik Allah semata2..

Tapi utk org yang wara', mereka akan tinggalkan pujian2 sebegini. Muhammad itu, adalah pesuruh dan hamba Allah.

takpe.

ada unsur syirik. tak boleh.haram.

semoga Allah Tuhanku sentiasa berselawat ke atasmu siang dan malam

Terjemahan ni ada unsur pengagungan. Seolah2 Allah terikat utk berselawat kpd Nabi. Tapi saya tengok matan Arabnya okay je. Terjemahan yang lebih tepat; Selawat Allah ke atasmu.

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 07:11 #16

aku_hambaNya wrote:

biasanya org2 dulu dia karang qasidah ni dengan perasaan betul2 ikhlas nak menunjukkan dia benar2 sayang pada baginda nabi
tp maksudnya tak sampai mengagungkan lebih dari Allah...wallahu a'lam

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 01 Feb 2012 17:14 #17

jawapan/ulasan daripada panel aqidah/MOD?

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 02 Feb 2012 04:48 #18

  • abuadam
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 274
insandhaif wrote:

sebelum tu ada tak nas atau dalil yang melarang membesarkan nabi muhammad

terima kasih akhi

“Janganlah kamu mengagung-agungkan aku seperti mana kaum Nasrani mengagung-agungkan Ibn Maryam (Nabi Isa a.s), sesungguhnya aku adalah hambaNya maka katalah: Hamba Allah dan RasulNya”. [riwayat al-Bukhari & Ahmad].

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 02 Feb 2012 08:07 #19

abuadam wrote:
insandhaif wrote:

sebelum tu ada tak nas atau dalil yang melarang membesarkan nabi muhammad

terima kasih akhi

“Janganlah kamu mengagung-agungkan aku seperti mana kaum Nasrani mengagung-agungkan Ibn Maryam (Nabi Isa a.s), sesungguhnya aku adalah hambaNya maka katalah: Hamba Allah dan RasulNya”. [riwayat al-Bukhari & Ahmad].

terima kasih saudara abuadam...namun sekiranya kita memperbesar2kan juga...adakah jatuh hukumnya haram lagi berdosa

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 13 Feb 2012 00:34 #20

Cuba anda semua lihat kembali ke thread yang telah dipostedkan oleh Doc Fathi pada tanggal 04 Feb 2012 yang lalu, dengan topic:

"Fatwa-Fatwa 'Ulamaa-'Ulamaa al-Azhar al-Syareef seputar Maulid Nabiy".

Mungkin ianya ada kaitan dengan thread ini terutama masalah hukum atasnya dipersoalkan, ada lebih baik merujuk kepada ahlinya dalam bidang-bidang tertentu agar perbahasan ini tidaklah berpanjangan dan berulang-ulang diperkatakan.

Wallahu a'lam.
Last Edit: 13 Feb 2012 07:15 by abuariffin. Reason: Typing error

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 13 Feb 2012 08:16 #21

naman wrote:
insandhaif wrote:
abuadam wrote:
insandhaif wrote:

sebelum tu ada tak nas atau dalil yang melarang membesarkan nabi muhammad

terima kasih akhi

“Janganlah kamu mengagung-agungkan aku seperti mana kaum Nasrani mengagung-agungkan Ibn Maryam (Nabi Isa a.s), sesungguhnya aku adalah hambaNya maka katalah: Hamba Allah dan RasulNya”. [riwayat al-Bukhari & Ahmad].

terima kasih saudara abuadam...namun sekiranya kita memperbesar2kan juga...adakah jatuh hukumnya haram lagi berdosa

mana jawapannya ni, punya le lama tunggu...

Banyak dalil. Baginda larang kuburnya dijadikan masjid (Ada hadith dikeluarkan Malik dalam Muwatta').

Kita muliakan baginda, hanya sebagaimana Allah muliakan baginda. Allah berfirman dan termaktub dalam al-Quran, pada Rasulullah ada uswah hasanah (al-Ahzab:21), Rasulullah rahmat kepada sekalian alam (al-Anbiyaa':107), Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi(al-Ahzab:56)

Sekadar tu je.

Tak boleh besarkan sehingga kita kata Nabi ada kuasa menyembuhkan, sehingga ada kuasa nak tunaikan hajat kalau kita minta pada Nabi.

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 15 Feb 2012 06:54 #22

boleh tak kita memuji atau dgn kata lain semasa memohon doa kepada Allah kita memuji2 akan kelebihan nabi muhammad atau bertawassul.
antaranya seperti qasidah ini lah

terima kasih

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 22 Feb 2012 04:48 #23

  • stuka
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 269
Mohon pencerahan berkenaan tajuk di atas

1) Sejarahnya:
Bila ia mula diadakan & sempena/untuk apa?

2) Sikap para imam & ulama pada zaman tersebut (& bbrp zaman selepasnya):
a) Jika mereka mempertikaikan qasidah itu, apakah alasan mereka (buka 'kita')?
b) Jika mereka diamkan shj, adakah bermakna ianya merupakan perbezaan memahami konteks....sebagaimana ramai kini tidak faham maksud ungkapan La ilaha illAllah spt difahami musyrikin quraish dahulu?

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 23 Feb 2012 07:13 #24

Saya pun suka....orang yang jiwanya sakit je yang tidak suka sambutan maulidurrasul dan membidaahkanya....

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 23 Feb 2012 07:20 #25

yang tu sebab orang nasrani membesarkan Nabi Isa sampai menganggap Nabi Isa tuhan...tu yang agong berlebih-lebihan...sampai anggap tuhan....Mana ada org Islam yang cakap Nabi Muhammad s.a.w tu tuhan...merapu hang ni....kalau tawasul sekalipun...org tu tetap mintak kat Allah...cuma pakai 'cable' je...

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 23 Feb 2012 08:52 #26

  • abunajah
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 30
bagi ana lirik ni ok... dan mmg ada hadith kata Nabi seumpama purnama... tntg sntiasa Allah selawat... kan mmg ada ayat al-Quran tntg Allah dan Malaikat selawat atas baginda?

so ok...

bab maulid, off topic.. g thread lain ya ikhwata!

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 23 Feb 2012 09:33 #27

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Sedap lagu dia...

Soalan tambahan...saya dah lama gunakan utk voice call ringtone...adakah bercanggah dgn hukum...

Re: Mohon semak lirik qosidah ini (YA Badrotim: wahai purnama) 05 Apr 2012 07:55 #28

abunajah wrote:
bagi ana lirik ni ok... dan mmg ada hadith kata Nabi seumpama purnama... tntg sntiasa Allah selawat... kan mmg ada ayat al-Quran tntg Allah dan Malaikat selawat atas baginda?

so ok...

bab maulid, off topic.. g thread lain ya ikhwata!

Like Umar!
فتشبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التشبه بالكرام فلاح
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.63 seconds
You are here: