AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012

PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 05 Mar 2012 16:47 #1

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


InshaAllah lawatan ke-2 akan diadakan seperti berikut:

Hari/tarikh: Ahad/11 Mac 2012

Masa: 8.30 - 12.30

Berkumpul: ABIM Ampang dan Masjid Bt 18, Hulu Langat (bergantung kepada volunteers)

Objektif utama: Mengenalpasti dan membahagikan anak2 kepada tahap kemahiran asas pendidikan masing2.


Kepada ahli projek sila maklumkan kehadiran untuk lawatan ke-2 ini. Kepada mereka2 yang belum berkesempatan menyertai kami dan ingin menyertai lawatan ke-2 ini, sila PM saya dan nyatakan nama, no telefon serta alamat email untuk keterangan lanjut, inshaAllah.

Perincian aktiviti pada Ahad ini akan di-post-kan disini soon inshaAllah (sedang finalised).

KENALI ANAK2 SG GABAI

Mari sertai kami
Last Edit: 05 Mar 2012 16:52 by UmmMohammadAisha.

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 06 Mar 2012 23:43 #2

  • iman_taqwa
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Hari-hari pergi sekolah
  • Posts: 97


Nak tanya. Adakah program ini terbuka kepada umum? Yang lelaki boleh join? Saja nak tau sebab mungkin next session la baru boleh join. Sebab ahad ni ada kuliah bulanan Dr Basit di TTDI.
Seimbangkanlah hidupmu di antara dunia dan akhirat, nescaya kamu akan menjadi orang-orang mukmin yang berjaya.

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 07 Mar 2012 04:01 #3

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

iman_taqwa wrote:


Nak tanya. Adakah program ini terbuka kepada umum? Yang lelaki boleh join? Saja nak tau sebab mungkin next session la baru boleh join. Sebab ahad ni ada kuliah bulanan Dr Basit di TTDI.


Program ni terbuka kepada umum. Tidak ada terikat dengan mana2 NGO, hanya menggunapakai nama ABIM Outreach sebab ahli mereka yang mulakan dulu.

Saya war2kan apa2 aktiviti setiap bulan supaya siapa2 yang senang untuk join dan lihat sendiri keadaan mereka boleh join. Jikapun tidak dapat beri komitmen untuk hadir setiap kali, inshaAllah idea2 dan bantuan2 lain amat2 di alu2kan.

Esp. kami ni nak fokus kepada pendidikan anak2 dan kami yakin tidak dapat menggantikan sistem persekolahan. Nak bawa mereka masuk sekolah ni yang paling mencabar nanti...Allahu`alam

Jazakallahu khair

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
Last Edit: 07 Mar 2012 04:02 by UmmMohammadAisha.

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 07 Mar 2012 12:09 #4

  • iman_taqwa
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Hari-hari pergi sekolah
  • Posts: 97
UmmMohammadAisha wrote:
Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

iman_taqwa wrote:


Nak tanya. Adakah program ini terbuka kepada umum? Yang lelaki boleh join? Saja nak tau sebab mungkin next session la baru boleh join. Sebab ahad ni ada kuliah bulanan Dr Basit di TTDI.


Program ni terbuka kepada umum. Tidak ada terikat dengan mana2 NGO, hanya menggunapakai nama ABIM Outreach sebab ahli mereka yang mulakan dulu.

Saya war2kan apa2 aktiviti setiap bulan supaya siapa2 yang senang untuk join dan lihat sendiri keadaan mereka boleh join. Jikapun tidak dapat beri komitmen untuk hadir setiap kali, inshaAllah idea2 dan bantuan2 lain amat2 di alu2kan.

Esp. kami ni nak fokus kepada pendidikan anak2 dan kami yakin tidak dapat menggantikan sistem persekolahan. Nak bawa mereka masuk sekolah ni yang paling mencabar nanti...Allahu`alam

Jazakallahu khair

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Ok. Noted. Insya Allah akan cuba untuk join walaupun sekali.

Jazakillahu khairan.
Seimbangkanlah hidupmu di antara dunia dan akhirat, nescaya kamu akan menjadi orang-orang mukmin yang berjaya.

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 09 Mar 2012 09:09 #5

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Sedikit pengumuman ringkas.

Lawatan Ahad ini agak mencabar kerana kami kekurangan volunteers untuk mencapai objektif membuat profiling kemahiran belajar anak2 Sg Gabai.

Jika ada sesiapa yang dapat meng-infak-kan pagi hingga terngahari mereka Ahad ini, 11 Mac 2012, harap dapat bantu kami.

Jazakallaahu khair


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa baokaatuh

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 15 Mar 2012 17:19 #6

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Alhamdolillaahi rabbil `alameen, walaupun tidak ramai volunteers yang dapat mengikuti program ke-2 ini, jumlahnya mencukupi kerana anak2 Sg Gabai ramai telah turun ke sungai sebelum volunteers sampai di sana.

Terima kasih kepada Ukhtie Mardziah yang datang bersama dua orang pembantu peribadi beliau . Mereka telah memeriahkan lagi suasana dan membantu kaki tangan yang tidak mencukupi pada hari tersebut. Kepada mereka bertiga - Jazakumullaahu khairan katheera

Walaupun kali ini, jumlah anak2 tidak ramai yang dapat menyertai kami, namun 'profiling' diteruskan juga. 2 orang peserta baru juga dikenalpasti iaitu Hadui dan Nuni - boleh lihat tambahan terbaru kepada album 'Children of Sungai Gabai'

Daripada observasi dan interview yang telah dijalankan, kami dapati perkara berikut:

1. Hanya sebuah keluarga sahaja yang anak2 mereka ke sekolah (dapatan lepas - hanya 7 anak2 pernah ke sekolah)
2. Majoriti anak2, regardless of age, tidak mengetahui umur dan ada juga yang tidak tahu nama penuh mereka mahupun ibubapa.
3. Majoriti anak2, regardless of age, juga tidak mengenal huruf dan nombor, maka tidak tahu membaca dan mengira mudah.

Daripada pemerhatian kali ini menunjukkan kemahiran mereka masih di tahap rendah dan pogram pendidikan perlu bermula dari yang asas. Walau bagaimanapun, bagi anak2 yang telah ke sekolah dan yang telah mencapai usia belasan tahun, satu program khas akan dijalankan untuk mereka. Mungkin AFNers boleh mencadangkan aktiviti khas untuk remaja. Kami rasa mereka juga boleh menjadi pembantu/pengajar kepada rakan2, inshaALlah.

Harap Ukhtie Mardziah dapat menambah observasi yang dibuat daripada lawatan Ahad lepas.

Memandangkan semua volunteers terlibat maka gambar2 diambil apabila 'teringat' saja. Gambar2 tersebut boleh dilihat DI SINI


Untuk makluman semua, lawatan seterusnya akan dibuat pada Ahad 25 Mac, 2012. Kepada sesiapa yang belum ada perancangan pada hari tersebut, boleh saja sertai kami nanti, inshaALlah. Juga kepada para volunteers, bolehlah block tarikh tersebut ya

Allahu`alam


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
Last Edit: 15 Mar 2012 17:22 by UmmMohammadAisha.

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 16 Mar 2012 15:52 #7



Alhamdulillah... terima kasih Kak Siti update di sini. Untuk 25hb nanti, saya nak pergi.. Rindu nak main kejar2 ngan diorang

Tapi, tertanya ni, siapa yg Kak Mar bawa 2 orang tu ? Bidan terjun ?

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 16 Mar 2012 15:57 #8

"pembantu peribadi beliau.." (ayat tak tahan !)

Maaflaa.. tapi memang baca ayat tu terbayang muvi 'man in black'

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 16 Mar 2012 16:59 #9

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

ummu_durrah wrote:
"pembantu peribadi beliau.." (ayat tak tahan !)

Maaflaa.. tapi memang baca ayat tu terbayang muvi 'man in black'


Err..confused, mcm mana boleh terkait dgn 'man in black'

Apapun pembantu2 peribadi ada dalam gambar INI

Lawatan akan datang akan mula dengan pendidikan asas. Ummu_durrah tolong bg ide eah. Nak start dengan apa and nak guna bantuan mengajar apa.

Lepas tu nak fikir untuk yang dah ada asas2 tu nak buat aktiviti apa sementara yang lain2 belajar asas2.

Hehehe...akak if depa nak belajar accounting boleh la bg ide

Mmg tak sabar rasa nak jumpa si comel2 tu semua.


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 18 Mar 2012 02:19 #10

slm kak,

pendidikan asas tu maksudnya asas akademik atau asas kehidupan in general?
maksudnya kalau akademik adakah belajar abc, mengira, atau asas kehidupan macam alam sekitar, tubuh badan etc?

objektif jangka masa panjang kita utk adik2 ni ialah? maaf kalau saya termiss dalam post2 yg lepas, lagipun tak pegi induction
The following user(s) said Thank You: UmmMohammadAisha

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 18 Mar 2012 04:38 #11



Fokus pendidikan lebih tertumpu pada kemahiran membaca (asas) dan mengira. Tetapi, kaedah mengenal 'abc' boleh tak kita skip? Kita ikut stail IQRA'. Terus kepada 'a, ba, ca, da, fa, ga...za'. Lebih cepat, dan lebih senang faham.
The following user(s) said Thank You: UmmMohammadAisha

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 18 Mar 2012 16:23 #12

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

safiyya87 wrote:
slm kak,

pendidikan asas tu maksudnya asas akademik atau asas kehidupan in general?
maksudnya kalau akademik adakah belajar abc, mengira, atau asas kehidupan macam alam sekitar, tubuh badan etc?

objektif jangka masa panjang kita utk adik2 ni ialah? maaf kalau saya termiss dalam post2 yg lepas, lagipun tak pegi induction


Wassalaam Najwa,

Elok juga revise balik matlamat2 ni supaya kita tak lari dan apa2 buat sentiasa berobjektif


Objektif utama - kembalikan mereka kepada fitrah sebagai hamba Allah

Nak capai objektif ni kena ada fasa2 untuk dicapai.

Mereka perlu boleh terima if kita nak cakap ttg tuhan etc. jadi kita perlu ambil kepercayaan mereka esp. bila dulu mereka dah dipimpin untuk masuk islam lepas tu di tinggal dan if tgk keadaan kehidupan mereka di post sg gabai tu agak dhaif juga. Basic necessities pun tak capai tahap minima lagi. Bagaimana kita nak sibuk2 kan mereka dengan hal2 lain?

Untuk dapatkan kepercayaan mereka, Pak Isa kata ambil hati anak2 mereka sebab mereka sangat2 sayangkan anak2. Jika anak2 mereka suka meraka akan redha dan terima. Jadi if kita dah dapat ambil hati dan kepercayaan anak2, maka inshaALlah dapat lah pula kita ambil kepercayaan yg besar2 ni. Mudah untuk bercakap ttg iman dan islam kepada mereka.

Sebab itu kita mulakan dengan anak2. Maka bila kita lihat anak2, yg paling penting untuk mereka ialah pendidikan akademik sebab yg asas pun majoriti tak lepas lagi. Pada masa sama pendidikan ttg asas kehidupan lain pun tentu lebih mudah bila kita dah berikan pendidikan asas akademik tu nanti spt. dah boleh membaca etc. nak tinggalkan risalah or nak terangkan ttg (contoh) isu kesihatan ke dah boleh.

Ouh cakap pasai ni kan...ermmmm....if tgk kawasan tempat tinggal mereka tak ada apa sgt. disekitarnya dan anak2 tak keluar dari kawasan tu, paling2 keluar ke sungai (suka sangat). Jadi bila sesi melukis hari tu, imaginasi mereka terhad kepada apa yg mereka nampak la kan. Hehe...nak lukis bunga pun tak tahu....mungkin sebab 'bunga' tu apa? Tubuh badan ada yg tahu ada yg tak tahu masa akak buat pop kuiz masa suaikenal dulu hehe .

Satu perkara lagi, dari observasi kita, mereka ni Islam at least pada nama, tapi susah nak cakap adakah mereka amalkan apa2 spt solat ke puasa ke? Kita tak dapat nak tanya direct nanti depa terasa pulak dan of course nanti ada yg kata dah kita tinggalkan depa suka hati nak tanya2 hehe...aduih! Apapun Pak Isa cakap, bila mereka dah anggap kita ni saudara/sahabat, mudah sangat nak cakap ttg iman dan islam, inshaAllah.

Apapun pesan Pak Isa, mereka ini adalah saudara kita. Ingat sangat2 bab tu. Apapun yang kita buat haruslah sama seperti kita nak keluarga kitapun memahami hakikat hidup ini dan bahagia dunia dan akhirat, inshaAllah.

Allahu`alam .... errrr dah melalut jauh eak? Maafkan kami!

Dapat tak ideanya Najwa?

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Kemasyarakatan 2 - Kenalpasti kemahiran - Ahad, 11 Mac 2012 18 Mar 2012 16:30 #13

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

ummu_durrah wrote:


Fokus pendidikan lebih tertumpu pada kemahiran membaca (asas) dan mengira. Tetapi, kaedah mengenal 'abc' boleh tak kita skip? Kita ikut stail IQRA'. Terus kepada 'a, ba, ca, da, fa, ga...za'. Lebih cepat, dan lebih senang faham.


Wassalaam ummu_durrah,

Haaa bab ni akak serah kat kumpulan cikgu cikgi hehe...ummu_durrah dan cikgu cikgi lain lebih arif ttg cara pendidikan yg lebih mudah etc dan yg lebih menarik supaya mereka dapat faham dan sentiasa teruja.

Ermm...akak nak cadangkan mungkin boleh kita jumpa untuk jot down silibes pendidikan awal ni? Supaya mudahlah nak cari bahan mengajar dan apa yg nak di ajar setiap kali lawatan ni nanti, at least bab pendidikan ni.

Boleh sejes tak bila2 free untuk diskas? Diskas berdepan lebih mudah dan cepat. If dapat diskas dgn Pn Normah sekali lagi cantik sebab dia boleh beri pandangan atas experience dia. Boleh diskas terus Ahad ni nak buat aktiviti apa pula di samping mulakan pendidikan asas tu.

Kak Mariam sejes Sabtu ni.....akak bila2 pun inshaALlah.


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.45 seconds
You are here: