AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

apa yg perlu dilakukan...
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1
  • 2

TOPIC: apa yg perlu dilakukan...

apa yg perlu dilakukan... 02 Feb 2012 02:04 #1

  • wanisyaz
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 6

saya ingin menanyakan pendapat kalian jika kalian berada ditempat saya...

saya kini bekerja berjauhan dr family..sy ditemptkan di sarawak, dan keluarga berada di kuala lumpur. scr jujurnya, saya selesa berada di sarawak... tp jiwa saya memberontak utk pulang ke pangkuan keluarga..ini kerana saya teringin sgt utk membantu ahli keluarga dlm mendekatkan diri ke jln Allah... bila memikirkan hal keluarga, sy rs sedih sgt...terutama bila ketua keluarga tidak menitik beratkan urusan agama... mereka menganggap agama tidak penting...saya dan ibu tidak berhenti berdoa dan berharap agar Allah bukakan pintu hati ayah dan adik beradik yg lain..kdg2, bila sy pulang ke rumah, memasang ceramah2 agama, sy dimarahi... mungkin mereka berasa malu bila ada ceramah yg dipasang berkaitan dgn mereka...dan disebabkan malu dan ego itu, saya disuruh utk menghentikan ceramah tersebut.. sy rs sedih... sy ingin bersama ahli keluarga saya di akhirat kelak...

dlm keadaan berjauhan begini, agar sukar utk sy membimbing dan menegur ahli keluarga saya... ayah saya hanya dpt mendengar kata2 dr saya...dan dia agak segan dgn sy berbanding dgn adik beradik yg lain.. sy membayangkan, jika sy berada di kl, sy akan cuba utk membimbing ayah sy dgn membawa nya utk ke surau/ masjid, mendengar ceramah agama, mungkin hatinya akan lembut sedikit utk menerima ajaran agama islam...kdg2, bila sy berada dirumah, bila ditegur ttg solat, maka dia akan melakukan solat...moga solatnya kerana Allah...dan bila ayah saya menegur adik beradik lain utk solat, adalah menyedihkan bila adik beradik sy berada utk mempersendakan ayah saya, yg kononnya baru sekali sekala sembahyang, dah nak suruh org lain solat..kdg2, atas faktor mcm ni, membuatkan ayah saya putus asa... mungkin kerana ayah saya juga dibesarkan dlm keluarga yg kurang didikan agama, jd membuatkan nya tidak ambil kisah akan hukum hakam agama..sy kesian pd ayah saya... bila dilihat, ibu dan ayah ni, biarpun mereka kurg didikan agama, tp mereka sedaya upaya utk menghantar anak2 belajar agama di surau.. spt kita tahu, hati kita milik Allah...hanya Dia berkuasa memberi petunjuk kpd siapa yg dikehendaki...saya dan adik beradik lain dihantar ke kelas agama wkt sekolah rendah. tp sy sedih bila adik beradik yg lain tidak memahami dan mempraktikkan apa yg dipelajari dulu..

kini sy buntu, kerana setiap kali memohon utk pertukaran tempat kerja, permohonan saya gagal kerana alasan masih bujang... sedangkan sy tidak tenteram memikirkan keluarga di sana.... apa lagi yg perlu saya lakukan....? adakah cara lain utk sy membantu keluarga saya?

Re: apa yg perlu dilakukan... 02 Feb 2012 13:46 #2

ukhti wanisyaz,

1) jika permohonan itu gagal kerana status bujang, maka berusahalah utk berkahwin.
2) jgn lupa utk sentiasa berdoa. ya, doa..doa..doa..

maaf, sy tidak tahu apalagi yg boleh ukhti lakukan utk selesaikan kitadaktenteraman ukhti.
The following user(s) said Thank You: naz, 11th

Re: apa yg perlu dilakukan... 03 Feb 2012 10:01 #3

Saya pun rasa ukhti kena kawin. Sebab dah jauh, susah.

Yang penting, you have done your very best.

Engkau tidak dapat memberi hidayah kepada org yg engkau kasihi. Tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki..

Re: apa yg perlu dilakukan... 03 Feb 2012 10:37 #4

  • faisal
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 318
Kang dah kahwin kena ikut suami, tak boleh dengan family juga 24 jam....
The following user(s) said Thank You: naz

Re: apa yg perlu dilakukan... 03 Feb 2012 11:19 #5

Ruangan muslimah ni muslimin boleh post ye?

Re: apa yg perlu dilakukan... 03 Feb 2012 12:10 #6

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
aku_hambaNya wrote:
Ruangan muslimah ni muslimin boleh post ye?


boleh jer...

err...mamat yang nama faisal tu masih single.

maaf OT

Re: apa yg perlu dilakukan... 03 Feb 2012 14:51 #7

aku_hambaNya wrote:
Ruangan muslimah ni muslimin boleh post ye?

ni forum muslimah terbuka.
lelaki jgn msk campur. sekarang kita takde function utk restrict post.
jd minta geng lelaki jgn kaco yer...
Don't Imagine
The following user(s) said Thank You: Jamaludin

Re: apa yg perlu dilakukan... 03 Feb 2012 14:55 #8

  • kayrollz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Aku iNgiN puLanG
  • Posts: 2029
hellilyntax wrote:
aku_hambaNya wrote:
Ruangan muslimah ni muslimin boleh post ye?

ni forum muslimah terbuka.
lelaki jgn msk campur. sekarang kita takde function utk restrict post.
jd minta geng lelaki jgn kaco yer...


ampun tuan... ni komen terakhir di sini

Re: apa yg perlu dilakukan... 04 Feb 2012 03:45 #9

  • majpym
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • Posts: 34
Maaf mencelah, jika tiada suara dari muslimin. Maka akan kuranglah idea dan langkah penyelesaiannya.
Diharapkan kaum hawa dapat memeriahkan forum ini.

Re: apa yg perlu dilakukan... 05 Feb 2012 12:12 #10


nak tumpang lalu bagi pendapat
saya rasa Wanisyaz patut kahwin
cubalah cari atau minta tolong pada mereka yang sepatutnya.
terangkan keadaan diri pada bakal suami, Insya Allah takde masalah
selalunya man to man talk lebih berkesan, Insya Allah.
perempuan kena kuat.....mak atau Wanisyaz sendiri
kena banyak doa...Allah tak bagi sekarang, Dia akan bagi juga tapi sabar sikit, tiba masanya akan dapat.

Re: apa yg perlu dilakukan... 05 Feb 2012 12:36 #11

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Pendapat saya jangan putus asa apply transfer...submit 6 bulan sekali...mungkin ada yang asal orang sana pun nak tukar mutual,pasti ada peluang,sambil istiqamah ikhtiar...

dulu masa saya bujang/belum kawin kerja gomen,bahagian pejabat sekolah,jabatan pelajaran, pun macam tu jugak, tak puashati dgn lokasi tempat kerja...kerap pergi jabatan nak mintak transfer...tapi bujang susah nak dapat transfer...last berenti dan cari kerja lain,sekarang kerja swasta,dah tak kerja gomen...

Re: apa yg perlu dilakukan... 05 Feb 2012 15:48 #12

Dulu ex head dept sy selalu ckp..’student kalau gagal adalah disebabkan pengajar yg tak pandai mengajar, dan student kalau dia berjaya sebab memang dia seorang yg pandai (bkn sebab pengajar pandai mengajar)’..hidup ni memang memerlukan utk kita berusaha. (maaf tiada kaitan pula dgn topic ni).

Jadi, berusahalah tanpa lupa memohon drpd Allah.
Slmt berusaha..ganbatte ^ ^V

"Jagalah Allah, Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, kamu akan dapati Dia menghadapmu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila kamu meminta tolong, maka mintalah tolong dengan Allah. Dan ketahuïlah bahawa umat itu, jika mereka berkumpul untuk memberi kamu manfa`at dengan sesuatu, mereka tidak akan memberi manfa`at kepada kamu melainkan dengan sesuatu yang telah Allah tetapkannya untukmu. Dan jika mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan sesuatu, mereka tidak akan memudharatkan kamu melainkan dengan sesuatu yang Allah telah tetapkannya ke atasmu. Telah diangkat qalam-qalam, dan telah kering suhuf" [At-Tirmizi/ 2516, sahih]

Re: apa yg perlu dilakukan... 06 Feb 2012 14:29 #13

  • 11th
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 112
saya kurang kot sket dgn solusi 'kawen'.

Re: apa yg perlu dilakukan... 06 Feb 2012 15:35 #14

  • Razmin78
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 149
11th wrote:
saya kurang kot sket dgn solusi 'kawen'.


A'ah saya pun ingat macam tu jugak.

Saya tidak menolak kahwin ialah salah satu solusi yang baik. Tapi mungkin juga ada juga solusi baik yang lain yang tidak melibatkan kahwin.

On the other hand....
Saya kagum juga dengan cara saudari berdakwah dengan keluarga, yang pada hakikatnya tak ramai yang boleh berbuat demikian, apatah lagi seorang muslimah.
Dalam saat-saat sebegini tiba-tiba ditaqdirkan saudari terpaksa berjauhan. Gunakanlah kesabaran saudari dalam menghadapi ujian ini untuk bertawassul dengan-Nya. Saudari boleh usahakan mod telekomunikasi yang baik dengan ayahanda saudari (telefon, email dll). Jangan terputus hubungan. Tentang sikap adik-beradik tuu.....perlahan-lahanlah. Jika boleh mulakan dengan bapa teruskan dengan bapa apabila dah selesai barulah dengan adik-beradik yang lain.

Mungkin berjauhan menjadikan hubungan lebih erat, dakwah lebih kuat......mana tahu?

Allahu a'lam.....
The following user(s) said Thank You: 11th

Re: apa yg perlu dilakukan... 06 Feb 2012 16:05 #15

  • 11th
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 112
saya rasa solusi terbaik adalah mintak tolong dengan ALLAH. saya kureng sket dgn solusi kawen kerana kawen akan menambahkan cabang2 kepada permasalahan sedia ada. saya bukanlah memandang negatif kepada solusi kawen, tapi dalam solusi kawen, akan ada baaanyak lagi aspek yg perlu diteliti. tinggal dengan suami, pregnancy, anak, rutin harian sebagai isteri, kemudiannya sebagai ibu.. semua ini adalah kebarangkalian yg akan menuntut ruang waktu dan perhatian yg mungkin sebelumnya, semua ini dapat kita gunakan kepada keluarga kita sahaja.

kecuali, memang sekarang ini kita sedang menunggu hari untuk berkahwin. maka teruskan sahaja perkara yg baik ini. tetapi, jika berkahwin dgn tujuan menghilangkan masalah2 di atas, saya berpendapat.. ada ruang dan kebarangkalian lain yg perlu difikirkan..

di samping berusaha utk balik kerja kat kampung, mungkin yg patut kita buat sekarang, adalah mengeratkan ukhuwwah dengan ahli keluarga; dengan ayah, dan adik beradik. tunjukkan kasih sayang kepada ayah dengan selalu menelefon beliau, bertanya khabar, 'invite' dia utk bercerita tentang perkara yg dia suka (dan kita kena rajin buat homework tentang benda yg dia suka tu supaya kita tahu nak berbual tentang itu). dgn adik beradik, mungkin boleh hadiahkan mereka apa2 yg kita jumpa di sarawak dan kita tahu mereka akan suka benda tu.. apa2 jelah usaha utk rapatkan ukhuwwah.

saya rasa agak susah nak 'invite' diorg dengar cd ceramah kalau awal2 lagi mereka sendiri awal2 lagi rasa 'berjarak' dengan kita.

strategi lain, hantar sms tazkirah. hantar sms hadith2 ringkas, atau ayat al-Qur'an yg banyak mention bahawa ALLAH kata ALLAH makbulkan doa hamba2Nya, dan siapa nak hidup senang kena byk istighfar, etc etc.

banyakkan doa, dan sabar, dan jgn lupa sangka baik dengan ALLAH.

wallahul Musta'an..
The following user(s) said Thank You: naz, faathimah

Re: apa yg perlu dilakukan... 06 Feb 2012 16:39 #16



Saya nak sentuh part kahwin.

Solusi dengan berkahwin, rasanya OK.. Masalah anak, pregnancy, peranan sebagai isteri kepada suami dan lain-lain rasanya kebanyakkan orang yg berkahwin mengalaminya.. Jadi tak perlu risaulah. Moga dipermudahkan Allah.. ameen.

Tetapi, kena cari bakal suami area dekat kampunglah.

Saya nampak kematangan dan rasionalnya pada orang yg berkahwin. Mungkin dengan cara ini saudari peroleh respect dari adik2? Ataupun, orang tua saudari turut boleh 'ngam' dengan saudari? Mungkin dengan kehadiran cucu akan memberi sinar perubahan? Wallahu'alam. Apa saya nak kata, think positive! Insya'Allah, ada jalan keluar.. kerana pertolongan Allah itu kan dekat? =)

Hehe.. saya sedar ini cuma angan-angan awan nano ja. Idea yg sangat best kalau menjadi je semua tu. Tetapi, sebab manusia ni masalahnya tak pernah habis.. jadi kena readylah dengan kemungkinan2 yg lain.

Sometimes, saya terfikir juga.. kenapa masalah2 kat dunia ni tak pernah nak habis?

** - Saudari, cepat-cepatlah kahwin ye!
The following user(s) said Thank You: naz, faathimah

Re: apa yg perlu dilakukan... 06 Feb 2012 23:50 #17

  • wanisyaz
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 6
alhamdulillah..terima kasih pd shbt2 yg sudi memberi pendpt dan pandangan.. syukur pada Nya kerana masih ada insan2 yg sudi ingat mengingatkan.... saya akan berusaha dan mencuba cadangan2 kalian..bila ada yg mencdgkan supaya lebih berkomunikasi dgn ayah sy, br saya terfikir, bahawa kami jarang skali berbual di telefon mahupun bila di rumah..bila bertanya khabar, mesti melalui ibu shj..mungkin kerana ayah sy seorg askar sebelum ni, jd sifat ego dh sebati dlm diri..dan secara tidak langsung kami adik beradik pun ada sifat ini.. masing2 malu utk menunjukkan rs sayang.. tp sy yakin, bila masing2 tidak mahu mengalah, tiada penyelesaian smp bila2..

pernah sy melihat kwn sy dipeluk, dicium oleh ayah ibunya sewaktu menghantarnya di matrikulasi..melihat semua ni membuatkan air mata saya jatuh tanpa sedar..dan terlintas, "abah tak penah pun syg aku dan adik beradik mcm tu".. dan saya berazam, saya mesti mengalah..saya kena tunjukkan kasih syg saya pd abah saya terlebih dahulu..dan bbrp tahun lalu, buat pertama kali saya memeluk dan mencium pipi ayah saya sewaktu raya..menitis air mata bila saya dpt melakukan semua ni.. saya tidak mahu memeluknya hanya bila dh terbaring sekujur jasad..saya tak mahu menyesal kemudian hari...sy ingin abah sy tahu, bhw kami sayang padanya...

mohon doa dr saudara saudari mendoakan spy Allah permudahkan usaha saya dan membuka pintu hati ahli keluarga saya...
The following user(s) said Thank You: naz, ummu_durrah, faathimah

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 01:07 #18

  • 11th
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 112
hehe..

yg solusi sesuatu masalah dgn berkahwen tu, sebenarnya saya pernah baca perbincangan yg sama di al-fikrah.net versi 1. tak silap saya topik itu dibuka oleh doc abulwafaa. kalau rajin, try lah godek2 arkib lama baca sendiri diskusi tu.. huhu

mai,
tuh cam teori camana nak wat kek keret je tuh.. positive! positive!
Last Edit: 07 Feb 2012 01:18 by 11th.
The following user(s) said Thank You: naz

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 06:38 #19

Ayah saya pun bekas askar juga saudari.. Garang!

Hmm.. cuma tak berapa best lah perkataan 'mengalah' tu. It sounds negative.. huhu. Saudari menang sebenarnya. Hakikatnya, tiada yg kena mengalah untuk menunjukkan kasih-sayang sesama sendiri. Jadi, menangkanlah diri saudari dengan menyayangi ayah bersungguh-sungguh ye? ^_^

InsyaAllah.. saudari wanisyaz. Masih belum terlambat untuk cium ayah dan memeluknya. Hmm.. mungkin dia juga menanti-nantikannya dari saudari?

Puan 11th,
teori buat kek keret ni mmg kena positif je.. even terlupa letak minyak awal2 kan? =)))
The following user(s) said Thank You: naz, 11th

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 14:25 #20

ummu_durrah wrote:
Ayah saya pun bekas askar juga saudari.. Garang!

Puan 11th,
teori buat kek keret ni mmg kena positif je.. even terlupa letak minyak awal2 kan? =)))
ahah samalah jgk. ayah U_D, saya dan termasuk kak N jgk kalau x silap...anak bekas askar.

yer btul tu puan 11th & U_D..positive..lg2 masa tgh buat kek keret.

tertarik pulak dgn ayat U_D yg ni..'Tetapi, sebab manusia ni masalahnya tak pernah habis'....

smoga Allah buka jalan dan permudahkan urusan ukhti wanisyaz.
Last Edit: 07 Feb 2012 14:27 by faathimah.
The following user(s) said Thank You: naz, 11th

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 14:47 #21

  • 11th
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 112
alamak,
saya nak suruh ayah saya keje askar jugak boleh tak??? huhuhu..

tak tahu lah.. saya masih tak dapat terima utk selesaikan masalah, kawen je. otak saya memang takleh terima teori ni..


try tanya doktor, kenapa doktor tak bagi antibiotic je untuk semua jenis penyakit atas muka bumi nihh?
Last Edit: 07 Feb 2012 14:49 by 11th.

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 14:58 #22

Sebenarnya.. saya nak kata camni.

Masalah, masalah juga..
Kahwin, kahwin juga.
The following user(s) said Thank You: faathimah

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 14:58 #23

11th wrote:
alamak,
saya nak suruh ayah saya keje askar jugak boleh tak??? huhuhu..

tak tahu lah.. saya masih tak dapat terima utk selesaikan masalah, kawen je. otak saya memang takleh terima teori ni..


try tanya doktor, kenapa doktor tak bagi antibiotic je untuk semua jenis penyakit atas muka bumi nihh?
hihihi puan 11th..sy tak nak ketawa!..

soalan puan 11th memang membuatkan sy jadi pening2 lalatla..

tp sebenarnya tak kahwin pun boleh berpindahkan..cthnya mcm kes sy.
The following user(s) said Thank You: naz

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 15:08 #24

  • naz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 1124


yer...saya kat sini.

saya muncul sebab saya nampak nama saya "diseru" oleh faathimah.

betul lah tu abah saya dulu army...

selamat berbincang semua...

semoga pembuka thread ada solusi. InsyaAllah
نورعينى احمد
The following user(s) said Thank You: faathimah

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 15:13 #25

  • 11th
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 112
faathimah wrote:
11th wrote:
alamak,
saya nak suruh ayah saya keje askar jugak boleh tak??? huhuhu..

tak tahu lah.. saya masih tak dapat terima utk selesaikan masalah, kawen je. otak saya memang takleh terima teori ni..


try tanya doktor, kenapa doktor tak bagi antibiotic je untuk semua jenis penyakit atas muka bumi nihh?
hihihi puan 11th..sy tak nak ketawa!..

soalan puan 11th memang membuatkan sy jadi pening2 lalatla..

tp sebenarnya tak kahwin pun boleh berpindahkan..cthnya mcm kes sy.


memanglah awak pening, sebab awak bukan doktor, so tak tahu nak jawab camana kan...
(i'm playing innocent)


mintak maaf wanisyaz sebab byk main2 pulak kat sini. saya sebenarnya nak suruh fokus kepada solution yg boleh dibuat segera. kawen might be a solution, tapi agak susah tuh nak wat sebab kene kerjasama ramai orang.. tapi, perbaiki komunikasi dan doa yg tak putus kepada ALLAH adalah benda yg kita bleh terus wat, tak yah ada calon pengantin lelaki pun boleh terus buat..
The following user(s) said Thank You: naz, faathimah

Re: apa yg perlu dilakukan... 07 Feb 2012 22:19 #26

Kak 11th, sebab tu lah forum muslimah afdhalnya tertutup.. Nak melompat2 pun takpe.. Kita kena behave nih. Segan kat muslimin..

Re: apa yg perlu dilakukan... 08 Feb 2012 04:30 #27

  • naz
  • OFFLINE
  • Moderator
  • Posts: 1124
aku_hambaNya wrote:
Kak 11th, sebab tu lah forum muslimah afdhalnya tertutup.. Nak melompat2 pun takpe.. Kita kena behave nih. Segan kat muslimin..

Tapi Allah nampak semua kelaku kita...
نورعينى احمد

Re: apa yg perlu dilakukan... 08 Feb 2012 04:38 #28

naz wrote:
aku_hambaNya wrote:
Kak 11th, sebab tu lah forum muslimah afdhalnya tertutup.. Nak melompat2 pun takpe.. Kita kena behave nih. Segan kat muslimin..

Tapi Allah nampak semua kelaku kita...


Hait auntie..

Re: apa yg perlu dilakukan... 08 Feb 2012 13:00 #29

aku_hambaNya wrote:
Kak 11th, sebab tu lah forum muslimah afdhalnya tertutup.. Nak melompat2 pun takpe.. Kita kena behave nih. Segan kat muslimin..


(cool)

Eh.. kak, rasa-rasanyalah, kita dah behave sangat even dalam forum muslimah tertutup. Ke saya yang perasan? woohoo !

Btw.. salah ke kalau saya buat statement gini ?

"Kita tak perlu segan dengan muslimin dekat forum khas kita ni, muslimin yg patut segan kat kita..."

**- Saudari wanisyaz, jomlah join forum muslimah tertutup. Kat situ takde term 'g*d*k', cuma term 'comel, cantik dan bergaya'. (Sebenarnya, saya teringat student 6 years (anis) yg terer menulis "kak anis comel cantik dan bergaya"
Last Edit: 08 Feb 2012 13:01 by ummu_durrah.

Re: apa yg perlu dilakukan... 08 Feb 2012 13:22 #30

Takde lah dik..

Sebab akak sendiri pun pernah kena tegur dgn silent reader muslimah kat sini

Akak sendiri rasa macam akak dah behave, but still, ada orang tegur..
  • Page:
  • 1
  • 2
Time to create page: 1.28 seconds
You are here: