AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

PBSB Orang Asli Sg Gabai: Mari Berkongsi Kegembiraan
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Mari Berkongsi Kegembiraan

PBSB Orang Asli Sg Gabai: Mari Berkongsi Kegembiraan 19 Nov 2012 14:03 #1

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Pertama sekali diucapkan Selamat Meneruskan Misi bagi mencapai apa yang belum dicapai pada tahun-tahun sebelum ini. Semoga Tahun Baru Hijrah ini memberikan semangat dan idea baru untuk kita semua mencapai impian masing-masing, dunia dan akhirat, ameen.

Dulu kami pernah menyebut untuk mengadakan kutipan baju baru dan terpakai untuk diserahkan kepada anak2 serta penduduk Sg Gabai.
Beberapa plastik baju2 terpakai telah diterima, yang mana rata2 lebih kepada baju bayi dan kanak2 lelaki kecil. Walau bagaimanapun, kami masih memerlukan baju2 untuk anak2 di usia persekolahan, terutama anak2 perempuan. Dengan itu saya ingin mewar-warkan kepada warga kerja Islam semua untuk berkongsi kegembiraan dengan warga Sg Gabai dengan mendermakan baju2 baru atau terpakai untuk mereka.

Baju2 yang diterima:

1. Baju untuk anak2 1 tahun - 3 tahun - lelaki dan perempuan
2. Baju untuk anak2 bersekolah 4 - 12 tahun - lelaki dan perempuan - termasuk tudung
3. Baju untuk remaja perempuan dan para ibu - mohon yang menutup aurat - termasuk tudung
4. Baju serta seluar untuk remaja lelaki
5. Baju untuk lelaki dewasa - termasuk baju lama untuk dipakai memasuki hutan.

Dalam senarai tersebut kumpulan (2) paling diperlukan dan merupakan kumpulan paling ramai.
Mereka inilah anak2 yang ke kelas untuk belajar.

Kepada mereka yang sudi berkongsi dengan kami dan mereka, harap dapat menyerahkan pakaian tersebut dalam keadaan baik dan telah dibasuh. Paling penting, tentu sekali dalam keadaan yang amat senang untuk diterima. Pakaian2 tersebut akan kami tapis sebelum diserahkan kepada mereka, inshaAllah.

Bagi mereka yang berminat untuk serahan, boleh PM saya atau post di FB Sg Gabai untuk sebarang pertanyaan. Boleh juga hubungi terus akh Zaid kjg (019 3659366) sebagai wakil Muslimin, inshaALlah. Alternatively, boleh terus ke pejabat ABIM di Masjid Negara.

Terima kasih.


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
Last Edit: 20 Nov 2012 15:14 by UmmMohammadAisha. Reason: edit info
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.34 seconds
You are here: