AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Pendidikan 6-14 & Kemasyarakatan 8-17
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Pendidikan 6-14 & Kemasyarakatan 8-17

PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Pendidikan 6-14 & Kemasyarakatan 8-17 11 Oct 2012 10:36 #1

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Subhan Allah ... lamanya sugguh tidak melaporkan di sini tentang Program Sg Gabai. Banyak plan telah berjalan, tak terkejar untuk melaporkan kesemuanya satu persatu. Apapun secara ringkasnya:

1. Lawatan pendidikan dan kemasyarakatan berjalan seperti biasa dan kini diam tak diam sudahpun hampir setahun.

2. Bekalan air ke surau sedang dalam proses. Terbaru tangki telah diperbaiki, tinggal tunggu airnya saja.

3. Dengan kerjasama Akademi Sinergi, inshaAllah akan dicarikan cikgu untuk kelas tadika di situ. Bila air dah masuk nanti, inshaAllah boleh mula. Maka lepas ni kita boleh fokus kepada pembangunan ahli2 kampung yg lain pula (remaja dan dewasa).

4. Jamuan Raya berjalan lancar - cuma satu je la - ada yang tak mau / malu join jamuan sebab TAK ADA BAJU yang 'elok' untuk dipakai .... sedihnya. Mungkin kami akan buka untuk sesiapa yang nak share baju2 terlebih

5. Banyak lagi perkara lain yang sedang dalam perancangan. Antaranya - membaik pulih surau sebab nak jadikan tadika juga (rumah yg dulunya dah di cop utk jadikan tadika telah diduduki ), projek menjana ekonomi setempat (kambing dan tanaman), projek pendidikan utk dewasa ...etc.

6. Sekarang sudah ada FB untuk Sg Gabai - Zaidkjg sebagai Admin. Silalah lawati untuk berita2 terkini di sana, inshaALlah.

Akhir sekali pintu sentiasa terbuka untuk para sahabat sekalian join kami. Jadi jangan malu dan segan untuk menawarkan masa dan tenaga terluang untuk saudara kita di sana .


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
The following user(s) said Thank You: naz
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.15 seconds
You are here: