AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

maksud penyusuan yang sempurna - "haulaini kaamilaini"
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: maksud penyusuan yang sempurna - "haulaini kaamilaini"

maksud penyusuan yang sempurna - "haulaini kaamilaini" 24 Sep 2012 00:40 #1

  • fikri_50
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 1
assalamu’alaikum ..

Saya ingin bertanya berkenaan dengan EBF (exclusive breast feeding).

Bagaimana agaknya cara kita memahami ayat berkenaan penyusuan iaitu surah al-baqarah: 233, pada kalimah “haulaini kaamilaini”.

Adakah kalimah “sempurna” dalam ayat ini membawa maksud sempurna dalam erti kata anjuran tempoh atau membawa maksud sempurna dengan memberi susu ibu semata-mata?

Dalam forum susuibu.com, ada orang menyebut sunnah penyusuan ialah menyusu selama 2 tahun dengan susu ibu semata-mata tanpa memberi makanan dan minuman lain (kecuali ubat).

Walau bagaimanapun, pakar perubatan dan WHO pula mengesyorkan baby perlu diperkenalkan makanan pejal dan minum air selepas usianya 6 bulan. Serta tidak menggalakkan baby diberi makanan pada lewat usianya. Ini disebabkan kajian-kajian menunjukkan pemberian makanan yang lewat menyebabkan bayi kekurangan nutrient dan boleh membawa kepada penyakit seperti lesu, riket, anameia, pertumbuhan terbantut dll.

Untuk mengikut sunnah ketika menyusu, mana yang terbaik? bagi baby makan solid food selepas 6 bulan ker bagi susu ibu semata-mata tanpa makanan lain dalam tempoh 2 tahun?

terima kasih

Re: maksud penyusuan yang sempurna - "haulaini kaamilaini" 31 Oct 2012 13:38 #2

Sempurna dua tahun itu bermaksud hak anak itu kepada ibunya. Iaitu susu ibu kepada anak. Haknya mesti dipenuhi sehingga dua tahun penuh. Isu beri susu sahaja tanpa makanan atau sebaliknya itu tiada dijelaskan secara sarih dalam nas.

Re: maksud penyusuan yang sempurna - "haulaini kaamilaini" 01 Jul 2013 08:30 #3


Pada pendapat saya 2 tahun itu merujuk kepada tempoh
Biasa nya sunnatullah anak kita selepas 5 bulan akan menunjukkan reaksi 'excited' bila melihat kita mengunyah..maka ini adalah tanda2 dia sudah mahu makan.
Makanan terbaik adalah apa yang kita kunyah..maka bolehlah kita masukkan ulaman, atau makanan laut ke apa2 ajelah dan kunyah lumat2, keluarkan dan beri kepada mereka.
Menurut kajian, makanan ruji seperti nasi, gandum, ubi2, mengandungi gluten yang merangsang hipersensitiviti pada kanak2 (reaksi alergi)..yang indahnya gluten ini hanya boleh diurai oleh air liur (amylase)
bayi2 selalunya akan menelan terus tanpa kunyahan sempurna kerana tiada gigi..
Di sini Allah memberikan hikmah kepda sesiapa yang ingin mengambil pengajaran...gigi yang Allah anugerahkan itu, gunakanlah untuk mengunyah makanan dengan lumat, barulah ditelan, supaya mudah perut mengisarnya untuk serapan sempurna..kalau tidak senanglah terkena gastrik dan mcm2 penyakit lain..
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.16 seconds
You are here: