AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

10 Tip Jadikan Anak Superbaby
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby

10 Tip Jadikan Anak Superbaby 14 Jun 2012 04:36 #1

Semua ibu bapa mahukan anak yang cergas, cerdik dan ceria. Tetapi, mampukah impian ini dicapai? Apatah lagi apabila kepintaran bukan diwarisi tetapi perlu dipelajari. Oleh itu marilah bersama-sama pelajari cara untuk menjadikan anak anda Superbaby!

Sebenarnya, semua bayi berpeluang bergelar Superbaby. Menurut Jurulatih Keibubapaan Bertauliah oleh Coach-Parenting USA, Zaid Mohammad, Superbaby bukan setakat merujuk kepada bayi yang pandai membaca tetapi meliputi keseluruhannya termasuklah kecerdasan minda dan emosi.
Beberapa faktor perlu diambil kira oleh ibu bapa bagi memastikan anak mereka cemerlang seperti tip yang diberikan oleh Zaid ini.Berhenti merokok kerana asap rokok yang beracun boleh membantutkan perkembangan otak bayi.

1. Makanan yang membina minda seperti kurma, kismis dan susu sangat bagus untuk otak cerdas. Jadi amalkannya semasa mengandung.

2. Jangan malas wahai ibu! Rajin-rajinlah membuat aktiviti yang menguji minda seperti latihan matematik ataupun permainan sudoku semasa mengandung.

3. Warna-warna merah, hitam dan putih sangat baik untuk merangsang minda kerana bayi berusia enam bulan ke bawah hanya dapat melihat warna-warna kontras.

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 06:19 #2


terima kasih berkongsi infonya. semoga sama mendapat manfaat

suatu ketika saya tercari2 juga apa yg terbaik utk saya berikan kpd anak2. dan bagaimana caranya?
memikirkan ianya adalah tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan mengikut kemampuan ibu bapa terhadap anak2nya. memikirkan juga mengabaikan atau mengambil lewa hal ini merupakan satu kezaliman terhadap anak2.

ditakdirkan saya bertemu dengan blog ini : darwishndarwisya.blogspot.com
subhanallah! sgt terinspirasi dgn puan Lina. anak2nya seawal usia 3 tahun sudah menghafal 30surah Quran + surah2 pilihan spt Yasin, alMulk,Sajadah dll. maka terfikirlah bahawa imam syafei menghafaz Quran seawal usia 7 tahun. tidakmustahil jika anak2 kita juga boleh demikian dgn syarat mulakan seawal mungkin! Pn.Lina memulakan seawal dalam kandungan lagi dan anaknya berusia 9 bulan telah hafal huruf2 hijaiyah!

beliau mendapat inspirasi setelah membaca buku berkenaan Sultan Mahmud AlFateh. bagaimana hebatnya Sultan Alfateh ini, pastilah ibunya juga seorang yg hebat!

anak2 akan mudah menyerap ilmu2 lain jika kunci gedung ilmu itu telah berada ditangannya. apakah gedung ilmu itu >> AlQuran.
buktinya menurut Pn.Lina, beliau tidak pernah mengajarkan anak2nya baca bahasa inggeris. tetapi mereka boleh membaca bahasa inggeris setelah menghafal surah2 alQuran. Maha suci Allah memberi ilmu kpd hambanya melalui pemerhatian sahaja.

mari kita sama2 ambil manfaat. mungkin perkara ini bukan perkara baru kpd ramai forumer AFN. apepun, semoga bermanfaat
~sharing iS caRinG..

wallahua'lam
halalsihatcantik.blogspot.com
~MeNcaRi yaNG HALAL itu FaRDHu
Last Edit: 25 Mar 2013 06:20 by Perbaikidiri. Reason: insert blog address
The following user(s) said Thank You: mfauzy

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 07:04 #3

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Maaf,ada soalan nak tanya...

1.setelah diusahakan cara terbaik oleh ibubapa,in the end,apakah rupa sahsiah kecemerlangan bagi anak tsb.

2.sampai peringkat usia berapa kita tak perlu lagi adaptasikan teknik tsb.

3.dan seterusnya selepas tu,apakah teknik yang sesuai.
Last Edit: 25 Mar 2013 07:05 by Nadim.

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 07:59 #4

teknik mana yg nadim maksudkan? teknik superbaby tu ke? kalo tu mestilah lepas anak tak jadi baby lagi hehe..

apepun pd saya, pendidikan adalah berterusan. walaupun anak2 sudah dewasa dan berkahwin. cume kalo pempuan tu; suaminya pula yg bertanggungjawab menyambung didikan keatasnya, bagaimanapun ibu bapa perlu juga beri pendidikan tetapi dlm bentuk nasihat2..

seterusnya ikut spt Rasulullah SAW ajarkan. rotan dan kemudiannya lagi bersahabat.
wallahua'lam.
halalsihatcantik.blogspot.com
~MeNcaRi yaNG HALAL itu FaRDHu
The following user(s) said Thank You: Nadim

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 08:06 #5

pada pndangan saya, rupa kecemerlangan yang saya gambarkan ialah anak2 yang "membawa" ibubapa masuk syurga. dalam bentuk apapun jua si anak jadi samada lawyer, doktor, guru, kerani, tukang masak dsb..

Doa kita nak dpt kecemerlangan dua2 dunia & akhirat. ameen

wallahua'lam
halalsihatcantik.blogspot.com
~MeNcaRi yaNG HALAL itu FaRDHu
The following user(s) said Thank You: Nadim

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 09:51 #6

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Perbaikidiri wrote:
pada pndangan saya, rupa kecemerlangan yang saya gambarkan ialah anak2 yang "membawa" ibubapa masuk syurga. dalam bentuk apapun jua si anak jadi samada lawyer, doktor, guru, kerani, tukang masak dsb..

Doa kita nak dpt kecemerlangan dua2 dunia & akhirat. ameen

wallahua'lam


Terbaik Syaikh Perbaikidiri...

Ameen...
Last Edit: 25 Mar 2013 09:51 by Nadim.

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 10:40 #7

  • ibnu_daud
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 103
pertanyaan : betulkah penyusuan selama 2 tahun dari susu ibu diwajibkan? yelah, zaman sekarang rata-rata anak seawal 1 tahun telah pun diajar untuk meminum susu tepung or formula..

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 11:06 #8

mdfirdaus wrote:

2. Jangan malas wahai ibu! Rajin-rajinlah membuat aktiviti yang menguji minda seperti latihan matematik ataupun permainan sudoku semasa mengandung.


Adakah bukti saintifik yang konsisten?

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 21:33 #9

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
ibnu_daud wrote:
pertanyaan : betulkah penyusuan selama 2 tahun dari susu ibu diwajibkan? yelah, zaman sekarang rata-rata anak seawal 1 tahun telah pun diajar untuk meminum susu tepung or formula..


Dalil al-Quran surah al-Baqarah 233, terjemahannya:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)."

Saya tak berani nak tafsir sesuka hati tetapi mengikut pemahaman saya daripada ayat tersebut, tidak diwajibkan cuma digalakkan oleh al-Quran. Wallahua'lam, mohon tegur sekiranya pemahaman saya salah.

Dari segi polisi penyusuan pun, ibu hanya digalakkan sahaja tetapi tidak diwajibkan.

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia:

"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan."

Secara peribadinya, saya memang menyokong penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. Makanan pelengkap diberikan mulai umur 6 bulan kecuali jika bayi ada masalah perkembangan maka boleh diberi seawal usia 4 bulan.

Wallahua'lam.

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 21:37 #10

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811
Maaf, dalam tajuk ada ditulis 10 tip, tapi saya cuma jumpa 4 sahaja...

Re: 10 Tip Jadikan Anak Superbaby 25 Mar 2013 23:03 #11

  • ibnu_daud
  • OFFLINE
  • Expert Boarder
  • Posts: 103
mfauzy wrote:
ibnu_daud wrote:
pertanyaan : betulkah penyusuan selama 2 tahun dari susu ibu diwajibkan? yelah, zaman sekarang rata-rata anak seawal 1 tahun telah pun diajar untuk meminum susu tepung or formula..


Dalil al-Quran surah al-Baqarah 233, terjemahannya:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)."

Saya tak berani nak tafsir sesuka hati tetapi mengikut pemahaman saya daripada ayat tersebut, tidak diwajibkan cuma digalakkan oleh al-Quran. Wallahua'lam, mohon tegur sekiranya pemahaman saya salah.

Dari segi polisi penyusuan pun, ibu hanya digalakkan sahaja tetapi tidak diwajibkan.

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia:

"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan."

Secara peribadinya, saya memang menyokong penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. Makanan pelengkap diberikan mulai umur 6 bulan kecuali jika bayi ada masalah perkembangan maka boleh diberi seawal usia 4 bulan.

Wallahua'lam.


ayat al-Baraqah itu jugalah asal pertanyaan ana..

commonly ibu-ibu juga telah ada yang menggunakan pam untuk simpan susu di dalam bekas lalu disejuk bekukan.. 1 kaedah mungkin?
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.32 seconds
You are here: