AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Pendidikan 5 & Kemasyarakatan 7 - SABTU, 22 Mei 2012
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Pendidikan 5 & Kemasyarakatan 7 - SABTU, 22 Mei 2012

PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Pendidikan 5 & Kemasyarakatan 7 - SABTU, 22 Mei 2012 25 May 2012 06:04 #1

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Wah...dah hampir seminggu berlalu baru berkesempatan menulis laporan di sini. Asifah jiddan

`Ala kulli haal...


Sabtu 22 Mei 2012 - kami ber-6 sampai agal lewat. Menghampiri jam 10 pagi kerana mengambil penumpang. Sampai saja di sana Tok Batin dan isteri tiada di rumah. Dah keluar ke hutan kata anak2. So anak2 Tok Batin dan rakan2 jenuh laaa mencari kunci. Tak jumpa2. Ada makcik yang Tok Batin amanahkan sapu2 luar surau tu bawa kunci, tapi kunci pagar je la. Alhamdolillah.

Kami bertukar2 menunjukkan bakat membuka pintu dengan kunci lain dan juga kad2, ala2 McGyver. Akhirnya pintu berjaya dibuka dengan menyeluk tangan dari tingkap menggunakan tangan yang panjang hehe

Dimulakan dengan breakfast, kemudian menonton gambar2 lama yang pernah di ambil. Seronok budak2 melihat gelagat rakan2. Sambil2 kami ambil kehadiran mereka. Kemudian kami sambung aktiviti mengenal huruf dengan cara fonatik. Cuma kali ini kami gunakan tanah liat.

Mula2 semuanya berjalan lancar ... last2 tanah liat dah bertukar daripada huruf kepada dino dan transformers
Dengan itu kami rasa tak sesuai buat huruf2 dengan tanah liat ni sebab darah kreatif anak2 ni membuak2 nak menonjolkan bakat masing2. Kami juga cuba untuk buat satu lagi origami ... tapi dengan cikgu cikgi pun tak lepas sebab sedikit complicated . Anak2 pun buat kotak macam minggu sudah heh heh.

Observasi kali ini menunjukkan aktiviti mengenal huruf memang perlukan kepada menulis. Dan mana2 anak2 yang belum lagi kenal huruf memang sukar nak 'tangkap' huruf tanpa menulis proper atas kertas.

Tentang bekalan air ke surau, inshaAllah salah seorang penduduk di situ akan bantu kami. InshaAllah kami akan masuk hutan untuk ke air terjun dalam hutan di belakang perkampungan Post Sg Gabai dan akan cuba salurkan air dari sana untuk surau. Wahhh!! Amat mengujakan. Cumanya paip sedia ada berkongsi dengan penduduk setempat dan bermasalah untuk berkongsi (tak pandai nak explain sgt ni). Jika nak buat saluran baru dari gunung kos agak tinggi maka kami akan sekali lagi berbincang dengan Tok Batin untuk buat saluran baru daripada saluran sedia ada tanpa mengganggu saluran penduduk. Paip hitam yang digunapakai serelung harganya RM800 maka memang sangat perlu membuat kira2 secara lebih detail dan perbincangan lebih terperinci dengan Tok Batin, inshaAllah.

Alhamdolillah kali ini kami berpeluang beramah mesra dengan beberapa orang penduduk setempat. Berbual2 hal2 pokok dan saluran paip dan kami masih mengintai2 peluang2 yang ada untuk memperbaik taraf ekonomi mereka. Tok Batin sendiri bekerja mencari daun2 dalam hutan dan menjaga kebun getahnya. Tak pasti apa beliau usahakan dalam kebun getahnya tu.

Cukup sampai di sini dahulu laporan dari bilik berita

Oh ya! Untuk aktiviti kali ini, boleh la melihat gambar2 nya DI SINI hasil tangan, seperti biasa, zaidkjg dan seorang lagi jurugambar, Shahrom Om.


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Re: PBSB Orang Asli Sg Gabai: Program Pendidikan 5 & Kemasyarakatan 7 - SABTU, 22 Mei 2012 20 Aug 2012 10:56 #2

  • zaidkjg
  • OFFLINE
  • Junior Boarder
  • assalamualaikum
  • Posts: 25
ws , alhamdulilah , tolong k.siti updated perkembangan terbaru .inshaAllah ,laporan dari bilik berita ,

group perbincangan

www.facebook.com/groups/337227243034724/

sopo2 nk infak boleh lihat di,

transformasiramadan.com/uncang/

dan disini , ni masa ramadhan punya,

Bersempena program ini, kami ingin membuka UNCANG RAMADHAN kepada mana-mana individu yang ingin menderma untuk disalurkan kepada projek ini bagi membantu mereka yang memerlukan (Kg Orang Asli di Sg Gabai, anak yatim dan golongan miskin) . Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun

Total Success Training & Consultancy (Maybank Islamic) 5622 6302 1919 dan sila email kami semula resit / bukti bank in
Anda boleh juga menderma melalui Paypal di alamat This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Jika berminat, sila email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

wallahu a'lam
- This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it -
Last Edit: 27 Aug 2012 07:10 by zaidkjg.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.21 seconds
You are here: