AFN V2

Welcome, Guest
Username Password: Remember me

TOPIC: Ya Hanana

Re: Ya Hanana 26 Mar 2013 15:00 #31

  • syafiq88
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Posts: 74
majlis tiada masalah.qasidah tiada masalah.Tp Majlis ini semena maulid nabi dgn memuji2 nabi berlebihan2..

لاَ تُطْرُوْنِيْ كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، إِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ فَقُوْلُوْا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُوْلُهُ.
"Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan dalam memuji (Isa) putra Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah, 'Abdullah wa Rasuluh (hamba Allah dan RasulNya)'." (HR. al-Bukhari
no signature for this user
The following user(s) said Thank You: yugimudo

Re: Ya Hanana 26 Mar 2013 16:31 #32

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
Salam
Orang Nasarani memuji Isa Berlebihan itu sehingga meletakkan Isa Sebagai Anak tuhan,
Itu pun ianya berlaku sebelum kedatangan Nabi Saw dimana Zaman itu zaman Jahiliah.

Setelah kedatangan Cahaya dari Allah dengan Alqurannya yang allah Menjelaskan segala gala , orang yang memuji Nabi dah tahu yang mana Hamba dan yang mana Tuhan. Dan Pujian Atas Nabi pun Pujian Atas Keterpujian tuhan yang Mengurniakannya sifat terpuji pada Nabi saw.

Zaman Dah Modern, Yang Memuji BAginda bukannya orang yang tidak Berpengetahuan,Sedangkan Abu bakar jiga Memuji Nabi tetapi tidaklah sampai bertuhankan Nabi.....itu semua Allah telah jelaskan dan kita dah berilmu tentangnya....Apa pula yang salahnya
KEr Guaner

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 01:27 #33

  • yugimudo
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 480
Ok. Persoalan saya lagi, qasidah ini kita nak letak pada tempat yang mana? Amalan? Hiburan?

Kalau ianya hiburan, kenapa mesti berqasidah secara jamaah? Kalau berqasidah itu boleh dilakukan dengan cara sedemikian (berjemaah, kadangkala di Masjid dan Surau) kenapa tidak rapping? Kenapa tak dubstep? Dubstep guna Macintosh, bukan alat muzik yg diharamkan.

Kenapa saya mesti mengarut sampai rapping dan dubstep? Sebab zaman ni zaman kreatif melampau. Gangnam style dgn harlem shake dah hasilkan berapa ratus spin off. Kalau qasidah dibenarkan tanpa alasan yang kukuh dan peraturan yang ketat, tidak mustahil ustaz generasi seterusnya akan implementasi dubstep dan rap dalam memuji Nabi Muhammad

Mahukah kalian menjadi jambatan kepada bidaah di masa hadapan. If only we say no or yes with strict condition, we can prevent the inevitable.

P/S: Mungkin ini lar juga kenapa orang zaman sekarang buat kenduri arwah. Sbb ada ulama zaman dahulu yg tidak tegas mengharamkannya. WA.
The following user(s) said Thank You: abu_firdaus

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 02:41 #34

  • Sir
  • OFFLINE
  • Panel Auto
  • Posts: 1673
yugimudo wrote:
Ok. Persoalan saya lagi, qasidah ini kita nak letak pada tempat yang mana? Amalan? Hiburan?

Pada saya ianya adalah sejenis seni, maka seni termasuk dalam hiburan.

Kalau ianya hiburan, kenapa mesti berqasidah secara jamaah? Kalau berqasidah itu boleh dilakukan dengan cara sedemikian (berjemaah, kadangkala di Masjid dan Surau) kenapa tidak rapping? Kenapa tak dubstep? Dubstep guna Macintosh, bukan alat muzik yg diharamkan.

Pada saya, kegiatan seni boleh aja samada seorang atau beramai-ramai. Apabila dalam keadaan beramai-ramai, maka perlulah ikut syarat-syarat dlm syariat Islam. Sekiranya syarat2 ini dipatuhi, tiada masalah dan ianya harus. Nota: Kecuali di Masjid atau Surau kerana kedua-dua tempat ini adalah tempat khusus untuk beribadat.

Kenapa saya mesti mengarut sampai rapping dan dubstep? Sebab zaman ni zaman kreatif melampau. Gangnam style dgn harlem shake dah hasilkan berapa ratus spin off. Kalau qasidah dibenarkan tanpa alasan yang kukuh dan peraturan yang ketat, tidak mustahil ustaz generasi seterusnya akan implementasi dubstep dan rap dalam memuji Nabi Muhammad

cara memuji Nabi telahpun ditetapkan melaui Al-Quran dan Sunnah, iaitu berselawat ke atas baginda. Adapun qasidah dan seumpamanya adalah salah satu cabang seni. Seni ini berkait rapat dgn manusia. Selagi seni itu tidak terdapat perkara-perkara yg diharamkan, maka ianya harus (rujuk Halal dn Haram Dr Yufuf Qardhawi). Cuma persoalannya, janganlah kita terlalu mengangkat seni itu mengatasi majlis-majlis ilmu yg lebih utama. Pada saya, penganjuran qasidah secara besar-besaran seperti ini tidak perlu (bukan satu keperluan) dan kita tidaklah perlu pula cuba menyaingi konsert-konsert lalai semata-mata atas nama ianya adalah dibolehkan. Buatlah secara kecil-kecilan sekadar memenuhi "tuntutan" jiwa.

Mahukah kalian menjadi jambatan kepada bidaah di masa hadapan. If only we say no or yes with strict condition, we can prevent the inevitable.

Ya, setuju bahawa kemungkinan kekeliruan itu akan wujud. Sebab itu pada saya, tak perlu kepada acara besar-besaran.

P/S: Mungkin ini lar juga kenapa orang zaman sekarang buat kenduri arwah. Sbb ada ulama zaman dahulu yg tidak tegas mengharamkannya. WA

Agak bersetuju dgn pendapat tuan. Apabila pihak yg berauthority tidak melakukan penjelasan atas dasar ianya diperbolehkan, maka kita bimbang orang awam terkeliru. Kemudian kekeliruan ini berlanjutan zaman berzaman.

WA.
LAAILAAHAILLALLAAAH
"Masa Depan Setiap Manusia Adalah Kematian!!"
Last Edit: 27 Mar 2013 02:42 by Sir.
The following user(s) said Thank You: najib76, yugimudo

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 03:23 #35

al-panji wrote:


Saya setuju dengan mustaqil, konsert seperti ini memang tidak ada masalah kerana ada pujian-pujian kepada rasulullah s.a.w. Ianya lebih baik dari konsert rock kalau dilakukan di kawasan terbuka. Paling kurang pun dapat menarik masyarakat kearah kebaikan. Cuma saya ada beberapa kegusaran dari segi berikut :

1. Memungkinkan masyarakat berqasidah di dalam surau-surau/masjid-masjid dimana ianya telahpun berlaku kerana pengaruh. Dan dikhuatiri apabila berleluasanya perkara ini berlaku, maka terciptalah bidaah baru yang amat tercela.
2. Dikhuatiri, pak habib dan syeikh tersebut menjadi contoh dan pengaruh yang kuat kepada masyarakat di mana masyarakat memandang mereka inilah pembawa Islam yang benar sedangkan setengah mereka penagung kubur!. Kita perlu ingat, seni macam ini boleh mempengaruhi masyarakat dengan kuat.

Saranan saya, kita beritahu keluarga kita boleh dengar tapi apabila mereka melampaui batas, maka tolaklah ia. Anggaplah ia sebagai hiburan semata-mata tanpa mengkagumi pak sheikh habib.

sgt setuju. inilah yg saya fikirkan. akan ada golongan yg menganggap aktiviti ini sebagai ibadah & dilakukan pada sekian2 hari.

sebagai tambahan, sy juga kuatir, bagi mereka yg tak faham arab seperti saya, macamana nak tau liriknya ada syirik atau tidak. mungkin pada awalnya ok, tapi bila sudah ditokok tambah, mungkin dah berbaur syirik sedangkan yg berqasidah tak sedar.

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 03:51 #36

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Makna kalimah Qasidah sebagaimana di dalam kamus Lisan al-Arab karya Ibn Manzur yang menukil kata-kata al-Akhfash dan Ibn Jinniy:

وقال أبو الحسن الأخفش : ومما لا يكاد يوجد في الشعر البيتان الموطآن ليس بينهما بيت والبيتان الموطآن ، وليست القصيدة إلا ثلاثة أبيات ، فجعل القصيدة ما كان على ثلاثة أبيات ، قال ابن جني : وفي هذا القول من الأخفش جواز ، وذلك لتسميته ما كان على ثلاثة أبيات قصيدة ، قال : والذي في العادة أن يسمى ما كان على ثلاثة أبيات أو عشرة أو خمسة عشر قطعة ، فأما ما زاد على ذلك فإنما تسميه العرب قصيدة


Abu al-Hasan al-Akhfash berkata:

Hampir-hampair tiada dalam syair itu sekadar 2 bait tanpa diselangi oleh 1 lagi bait di antara kedua-duanya. Dan bukanlah dinamakan qasidah itu melainkan apabila ada 3 bait syair.

Kata Ibn Manzur :

Maka beliau (al-Akhfash) menetapkan qasidah itu apa-apa syair yang mempunyai 3 bait.

Ibn Jinniy pula berkata:

Kata-kata al-Akhfash ini sekadar menetapkan hukum boleh (menamakan qasidah sebagai syair yang mempunyai 3 bait) apabila beliau menamakan apa-apa syair yang mempunyai 3 bait sebagai qasidah. Dan menjadi adat (di kalangan orang Arab) untuk menamakan apa-apa syair (sebagai qasidah) yang mempunyai 3 bait, 10 bait atau 15 bait, dan mana-mana syair yang mempunyai bait lebih dari itu juga orang Arab menamakannya sebagai qasidah.

library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=6676&idto=6676&bk_no=122&ID=6688
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
Last Edit: 27 Mar 2013 03:52 by Mustaqill.

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 04:09 #37

  • birudamai
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 562
Saya pun sangat setuju.
Anggap je qasidah ni cuma hiburan semata-mata & hiburan dalam Islam ni banyak cabangnya. Pendapat saya, hiburan adalah antara cara paling senang & kuat untuk tembusi minda & hati seseorang. Sebagai contoh, majoriti kita lagi senang nak faham lagu-lagu Inggeris sebab otak & hati kita dah disumbat dengan lagu-lagu Inggeris sejak kita kecik.

Jadi saya galakkan anak2 saya agar lagi banyak dengar nasyid berbanding muzik-muzik yg lain sebab setakat ni kat Malaysia, hanya irama Nasyid je yang mempunyai lirik-lirik yang bermanfaat dunia akhirat. Dalam nasyid banyak doa & zikir yang diselitkan. Sekurang-kurangnya hati & otak kanak-kanak ni dapat ditanam dengan kalimah-kalimah yang baik sejak mereka kecik.

Lalu kalau qasidah pun ada lirik-lirik yang baik untuk kanak-kanak & remaja membiasakan lidah & hati mereka dengan sebutan Allah & Rasul, biarkanlah....daripada diorang sibuk hafal lirik-lirik yang galakkan orang berCINTA MUKABUKU sepanjang masa dengan makwe pakwe, lagi baik dengar qasidah.
mimpi2020.blogspot.com/
JANGAN PERGI KE BLOG NI,'BAHAYA'!
Last Edit: 27 Mar 2013 04:16 by birudamai.

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 05:05 #38

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Tiada muzik, tiada tarian, dan masih dipanggil sebagai qasidah. Pada minit ke 2.00 asy-Syaikh al-Maghamisi merujuk syair Ka'b bin Zuhayr bin Abi Sulma yang memuji nabi, sebagai qasidah. Ia qasidah yang masyhur, dikenali sebagai qasidah Baanat Su'aad.

Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 05:06 #39

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
inilah lirik Qasidah Salaf - qasidah Baanat Su'aad ;

Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 05:06 #40

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Qasidah seorang lagi sahabiy, salaf saleh; Qasidah Hassan bin Thabet;

Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak

Re: Ya Hanana 27 Mar 2013 05:15 #41

  • nurudin
  • OFFLINE
  • Senior Boarder
  • Posts: 44
Mustaqill wrote:
1. Qasidah yang indah dan suara yang merdu
2. Penggunaan alat muzik yang minimum, tiada yang bertali
3. Larangan menari dan berjoget, kerana ia mendatangkan fitnah
4. Lirik qasidah dan lagu yang bebas dari syirik dan bid'ah
5. Ucapan tawsiyah yang tidak berunsur ghuluw dan fitnah
6. Ucapan tawsiyah yang menambahkan cinta kepada Nabi
7. Majlis ini mungkin 1000 kali ganda lebih mulia daripada majlis ilmu sesetengah Ahli Sunnah Terunggul yang mana di dalamnya mereka menyesatkan al-Qaradawiy dan memfitnah Hasan al-Banna.



saya tak berapa setuju dengan perkataan di atas. seperti yang diketahui pada malam itu bukan qasidah Ya hanana sahaja yang dilantunkan. terdapat beberapa qasidah lain. antaranya Ya Rabbi bil Mustafa.

Qasidah ini terdapat ungkapan-ungkapan yang boleh membawa fitnah. wallahu aqlam.

sekadar tambahan dari saya:

ustadzaris.com/wirid-hizb-bahr

Re: Ya Hanana 28 Mar 2013 08:44 #42

  • Bukhori
  • OFFLINE
  • Fresh Boarder
  • Posts: 18
Bagi pendapat sy qasidah sbgai hiburan tiada masalah tapi skrg ni smpai dah ada yg dijual air yg dibacakan 30 juzuk AQ & yg seangkatan dgnnya sperti yg selalu kita dgr & dibacakan qasidah... apa sudah jd dgn kefahaman org Islam?? adakah klebihan qasidah tu untk air tu??

Sbb tu qasidah ni perlu difahami betul2 agr x slh digunakan..

Re: Ya Hanana 28 Mar 2013 11:28 #43

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Saya tengok Qasidah ni trend baru kat sini...

kalau dulu,orang tua tua suka qasidah malam malam, masa nak tidur...sampai terlelap...

tapi dulu masa saya kecik kat singapore dah lama dah ada Qasidah...lamanye nak sampai kat sini...

baiknya ialah dapat disiskan majlis majlis spt aqiqah dan sebagainya dengan berunsurkan keislaman...dianya bukan macam amalan ibadah,kalau pendapat saya dia banyak berbentuk adat (urf)majlis keraian...yang dianggap bermanfaat...

Re: Ya Hanana 28 Mar 2013 12:13 #44

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
Segala pujian bagi Allah yang membakar hati para aulia-Nya de­ngan api kasih-sayang-Nya. Melemah-lembutkan cita-cita dan jiwa mereka dengan kerinduan kepada bertemu dan bermusyahadah dengan-Nya.


Dan menegakkan pandangan dzahir dan pandangan bathin mereka kepada memperhatikan keelokan hadharat-Nya. Sehingga jadilah mereka mabuk dari hembusan kelezatan perhubungan itu. Dan jadilah hati mereka dari memperhatikan kesucian keagungan itu, tenggelam diri,lagi heran.


Maka tidaklah dilihat mereka dalam dua alam itu (alam ghaib dan alam nyata) akan sesuatu, selain Dia.
Dan tidaklah disebut mereka pada dua negeri itu (dunia dan akhirat), selain Dia.
Jikalau didatangkan kepada mata mereka suatu bentuk, niscaya melintasilah mata hati mereka kepada Pembentuknya.

Jikalau pendengaran mereka diketuk oleh bunyi yang merdu, niscaya mendahuluilah segala gurisan jiwa mereka kepada Yang Dicintai.


Jikalau datang kepada mereka suara yang mengejutkan atau yang mengkagetkan atau yang menggembirakan atau yang menyedihkan atau yang mengesankan atau yang merindukan atau yang menyemangatkan, niscaya tidak­lah kekejutan mereka itu, selain kepada-Nya.


Dan tidaklah kegembiraan mereka itu, melainkan dengan Dia.
Dan tidaklah kekagetan mereka itu, melainkan kepada-Nya'.

Dan tidaklah kesedihan mere­ka itu, melainkan pada-Nya.

Dan tidaklah kerinduan mereka itu, melainkan kepada apa yang di sisi-Nya (dari kenikmatan yang abadi).

Dan tidaklah gerakan mereka itu, melainkan karena-Nya.
Dan tidaklah bulak-balik mereka itu, melainkan di keliling-Nya.


Maka daripada-Nya-lah pendengaran mereka dan kepada-Nya-lah perhatian pendengaran mereka itu. Tertutuplah dari yang lain, penglihatan dan pendengaran mereka.



(Berkata AlGhazali)Dan ini tersebut pada Ash-Shahihain (Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim).
Adalah Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. meletakkan sebuah mimbar untuk Hassan bin Tsabit (seorang penya'ir ulung) dalam masjid, Hassan itu berdiri memuji Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. atau mempertahankannya. Dan Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. bersabda :
إن الله يؤيد حسان بروح القدس ما نافح أو فاخر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم
(Innallaaha yu-ayyidu hassaana biruuhil-qudusi maa naafaha au faakhara 'anrasuulillaahi shallallaahu-'alaihi wa sallam).Artinya : "Sesungguhnya Allah menguatkan Hassan dengan Ruhul- Qudus, tentang apa yang dipertahankannya atau yang dipujikannya, mengenai Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.(1)


'A-isyah ra, berkata : "Adalah para shahabat Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. nyanyi-bernyanyi beberapa kuntum sya'ir di sisi Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Dan Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. tersenyum". (3)

Dari 'Amr bin Asy-Syuraid, dari ayahnya, di mana ayahnya itu menerangkan : "Aku telah menyanyikan di hadapan Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. seratus kuntum sya'ir, gubahan Ummiyah bin Abish-Shult. Semuanya disambut oleh Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. dengan : 'Lagi-lagi !'. هيه هيهKemudian Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. menyambung : 'Hampirlah Ummiyah itu dalam sya'irnya memeluk Agama Islam' (4)

Dari Anas ra. bahwa : "Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. dalam perjalanan, ada orang yang bernyanyi untuknya. Dan Anjusyah bernyanyi pada rombongan wanita. Dan Al-Barra' bin Malik bernyanyi pada rombongan pria. Lalu Rasululah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. bersabda : 'Hai Anjusyah! Pelan- pelanlah engkau membawa wanita-wanita itu, yang ibarat kaca, mudah pecah". (5)

(1) Dirawikan Al-Bukhari, Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Al-Hakim, bersambung de­ngan hadits dari 'A-isyah yang sebelumnya. '
(3) Dirawikan At-Tirmidzi dari Jabir bin Samrah.
(4) Dirawikan Muslim dari 'Amr bin Asy-Syuraid.
(5).,. Sepakat Al-Bukhari dan Muslim atas hadits ini.

Ihya Ulumuddin=Al Ghazali
Last Edit: 28 Mar 2013 12:16 by Salik.

Re: Ya Hanana 28 Mar 2013 13:43 #45

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
Dan dasar pembolehannya, ialah bahwa sebahagian dari nyanyian itu adalah membangkitkan kesenangan, kegembiraan dan kesukaan.

Maka semua yang membolehkan kegembiraan, niscaya bolehlah membangkitkan kegembiraan padanya.

Dan untuk ini dibuktikan dari naqal oleh nyanyian para wanita di atas rumah di Madinah, dengan rebana dan nyanyian, ketika datang Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.,

Yaitu
طلع البدر علينا من ثنيات الوداع وجب الشكر علينا ما دعا لله داع (أخرجه البيهقي في دلائل النبوة )
(Thala- 'al-badru-'alainaa min thaniyyaatil- w ad aa-'i wajabasy-syuk- ru-'alainaa maa daa-'alil-Iaahi daa-'i).

Artinya : "Telah terbit purnama raja kepada kita, dari bukit Tsaniyya til - Wada' di Makkah, wajiblah bersyukur, diatas pundak kita, apa yang diserukan oleh Penyeru kepada Allah ".(1 Dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari 'A-isyah)

Ini adalah melahirkan kegembiraan karena kedatangan Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Dan itu adalah kegembiraan yang terpuji. Maka melahirkannya dengan sya'ir, nyanyian, tarian dan gerakan-gerakan juga terpuji.

Re: Ya Hanana 28 Mar 2013 13:49 #46

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
Telah dinukilkan dari segolongan shahabat ra., bahwa mereka itu menari pada suatu kegembiraan yang diperoleh mereka, sebagai­mana akan diterangkan nanti mengenai hukum menari.

p/s: Al Ghazali Meneruskan...

Dan adalah diperbolehkan pada wakiu kedatangan tiap-tiap orang yang datang, yang diperbolehkan bergembira dengan kedatangannya. Dan pada semua sebab kesenangan yang diperbolehkan. Dan untuk ini berdalilkan apa yang dirawikan pada Shahih Al- Bukhari dan Shahih Muslim (Ash-Shahihain) dari 'A-isyah ra., bahwa 'A-isyah berkata : "Sesungguhnya aku melihat Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. menutupkan aku dengan selendangnya dan aku melihat orang Habsyi bermain, dalam masjid. Sehingga akulah yang menjemukan Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.".


Maka taksirlah akan keadaan wanita yang masih muda yang suka kepada permainan (tetapi ia sudah bosan), adalah menunjukkan kepada lamanya berdiri melihat permainan itu.

Dirawikan Al-Bukhari dan juga Muslim dalam Kitab Shahih kedua­nya, hadits 'Uqail, dari Az-Zuhri, dari 'Arwah, dari 'A-isyah ra. : "Bahwa Abu Bakar ra. masuk ke rumah 'A-isyah. Dan di samping- nya dua budak wanita pada hari-hari Mina (masih berada di Mina pada waktu hajji). Kedua budak tadi memukul genderang dan Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. menutupkan mukanya. Lalu kedua orang budak wanita itu, dibentak oleh Abu Bakar ra. Maka Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. membuka mukanya, seraya bersabda :
دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد
Artinya : "Biarkanlah keduanya bermain, wahai Abu Bakar, karena sekarang hari lebaran". (1)

'A-isyah ra. berkata : "Aku melihat Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. menutupkan aku dengan selendangnya.
Aku melihat orang-orang Habsyi, mereka itu bermain dalam masjid.
Lalu mereka dibentak oleh 'Umar ra. Maka Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. bersabda : "Kami jamin keamanan, wahai Bani Arfadah", yakni keamanan dari gangguan. (2)

Dari hadits 'Amir bin Al-Hars, dari Ibni Syihab seperti hadits itu juga.
Dan pada hadits ini, kedua budak di atas menyanyi dan memukul rebana.


Dan pada hadits Abi Thahir, dari Ibni Wahab, riwayat 'A-isyah itu berbunyi : "Demi Allah! Sesungguhnya aku melihat Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ., berdiri pada pintu kamarku. Dan orang- orang Habsyi itu bermain tombak dalam masjid Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Dan Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. menutupkan aku dengan kainnya atau dengan selendangnya. Supaya aku melihat permainan mereka itu. Kemu­dian Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. berdiri dari karenaku, sehingga aku berpindah dari tempat itu". (3)

Diriwayatkan dari 'A-isyah ra., di mana beliau berkata : "Aku bermain dengan anak-anak perempuan di sisi Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. 'A-isyah ra. meneruskan ceriteranya :Dan telah datang kepadaku teman-temanku wanita. Mereka itu malu kepada Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Dan Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. gembira karena datangnya mereka kepadaku. Lalu mereka bermain-main bersama aku'" .


1.Dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari 'A-isyah.
2.Dirawikan Muslim dari Abu Hurairah juga, dengan kata-kata yang searti dengan itu.
3.Dirawikan Muslim juga.

P/s: Kelihatan Al Ghazali Telah Pun Kenal Hadis Sahih Sebelum Akhir Hayatnya(Hijau)
Last Edit: 28 Mar 2013 13:53 by Salik.

Re: Ya Hanana 28 Mar 2013 14:33 #47

  • yugimudo
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 480
Dalam keadaan yang baik, pada pendapat saya, qasidah di dalam hadis dilakukan masa Nabi Muhammad hidup dan mereka gembira sebab telah datang perutusan yang mulia kepada mereka.

Zaman kita, perutusan itu telah lengkap. Nabi Muhammad pun telah kembali kepada Allah. It doesnt make sense kita berqasidah begitu. Orang sudah meninggal tidak akan kembali. Saya tak jumpa lagi sahabat berqasidah selepas Nabi Muhammad wafat.

Qasidah yg Bro Mus tunjuk tu yang saya tak setuju. Kalo org nak berqasidah sorang2 atau berkumpulan utk isi masa lapang, agak berjustifikasi. Kalo berkumpul dgn tujuan tertentu dan khas utk berqasidah, saya sangat berhati-hati utk menerima. Lebih2 lagi qasidah ni boleh dimainkan di masjid.

P/s: Alternatif qasidah:- majlis ilmu atau forum. Kenapa mesti menyanyi? Dah lar cara menyanyi Arab dgn Melayu lain. Apakah?
Last Edit: 28 Mar 2013 14:34 by yugimudo.
The following user(s) said Thank You: Nadim

Re: Ya Hanana 28 Mar 2013 15:11 #48

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
yugimudo wrote:
Dalam keadaan yang baik, pada pendapat saya, qasidah di dalam hadis dilakukan masa Nabi Muhammad hidup dan mereka gembira sebab telah datang perutusan yang mulia kepada mereka.

Zaman kita, perutusan itu telah lengkap. Nabi Muhammad pun telah kembali kepada Allah. It doesnt make sense kita berqasidah begitu. Orang sudah meninggal tidak akan kembali. Saya tak jumpa lagi sahabat berqasidah selepas Nabi Muhammad wafat.

Qasidah yg Bro Mus tunjuk tu yang saya tak setuju. Kalo org nak berqasidah sorang2 atau berkumpulan utk isi masa lapang, agak berjustifikasi. Kalo berkumpul dgn tujuan tertentu dan khas utk berqasidah, saya sangat berhati-hati utk menerima. Lebih2 lagi qasidah ni boleh dimainkan di masjid.

P/s: Alternatif qasidah:- majlis ilmu atau forum. Kenapa mesti menyanyi? Dah lar cara menyanyi Arab dgn Melayu lain. Apakah?


Setuju yang di boldkan,
Kerana itulah/ Pada pendapat saya, juka Nak ambil dalil pun kita perlu hati hati juga dengan memandang keadaan waktu itu.
Last Edit: 28 Mar 2013 15:14 by Salik.
The following user(s) said Thank You: yugimudo

Re: Ya Hanana 28 Mar 2013 16:38 #49

  • mfauzy
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 811


Sekadar pandangan peribadi. Saya melihat qasidah ini sebagai salah satu pendekatan dalam menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Namun saya khuatir sekiranya pendekatan sebegini menyebabkan kita menjadi kurang fokus kepada amalan yang lebih utama (aula) kerana terleka dek alunannya.

Cuma lain pula ceritanya jika lirik yang dilagukan itu mengandungi perkara yang bermasalah dari segi akidah atau syariah.

Apapun saya tak kata pendekatan ni salah sepenuhnya, juga tidak pula sampai ke tahap membenci. Wallahua'lam.
The following user(s) said Thank You: Salik

Re: Ya Hanana 29 Mar 2013 12:26 #50

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
Last Edit: 29 Mar 2013 12:27 by Salik.

Re: Ya Hanana 30 Mar 2013 08:29 #51

  • Nadim
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 1712
Betullah...tang kat Dataran tu nampak grand sangat lah...biasa tengok majlis sederhana kecilan sahaja,itu pun kalau ada...

Tak tau la apakah matlamat akhir tsb...tak berani nak komen...
The following user(s) said Thank You: Salik

Re: Ya Hanana 30 Mar 2013 15:31 #52

  • Mustaqill
  • OFFLINE
  • Panel B.Arab
  • Truth & Honour
  • Posts: 4180
Salik wrote:


1. Qasidah yang indah dan suara yang merdu
2. Penggunaan alat muzik yang minimum, tiada yang bertali
3. Larangan menari dan berjoget, kerana ia mendatangkan fitnah
4. Lirik qasidah dan lagu yang bebas dari syirik dan bid'ah
5. Ucapan tawsiyah yang tidak berunsur ghuluw dan fitnah
6. Ucapan tawsiyah yang menambahkan cinta kepada Nabi
7. Majlis ini mungkin 1000 kali ganda lebih mulia daripada majlis ilmu sesetengah Ahli Sunnah Terunggul yang mana di dalamnya mereka menyesatkan al-Qaradawiy dan memfitnah Hasan al-Banna.

Point tambahan:

8. Tidak diadakan di dalam masjid dan surau, sekaligus mengganggu jemaah yang beribadah
9. Tidak dikhususkan pada mana-mana tarikh atau tempat
10. Tidak berlaku ikhtilat, kerana pengasingan lelaki dan perempuan yang dipatuhi para hadirin
Khadem Al-Fikrah.net (Disember 2011 - Disember 2012)

www.facebook.com/mohdnawawi.abdulrazak
The following user(s) said Thank You: Salik

Re: Ya Hanana 31 Mar 2013 12:18 #53

  • yugimudo
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 480
Mustaqill wrote:

1. Qasidah yang indah dan suara yang merdu
2. Penggunaan alat muzik yang minimum, tiada yang bertali
3. Larangan menari dan berjoget, kerana ia mendatangkan fitnah
4. Lirik qasidah dan lagu yang bebas dari syirik dan bid'ah
5. Ucapan tawsiyah yang tidak berunsur ghuluw dan fitnah
6. Ucapan tawsiyah yang menambahkan cinta kepada Nabi
7. Majlis ini mungkin 1000 kali ganda lebih mulia daripada majlis ilmu sesetengah Ahli Sunnah Terunggul yang mana di dalamnya mereka menyesatkan al-Qaradawiy dan memfitnah Hasan al-Banna.

Point tambahan:

8. Tidak diadakan di dalam masjid dan surau, sekaligus mengganggu jemaah yang beribadah
9. Tidak dikhususkan pada mana-mana tarikh atau tempat
10. Tidak berlaku ikhtilat, kerana pengasingan lelaki dan perempuan yang dipatuhi para hadirin

Asalkan poin 3~5 dan 8~10 mereka jaga, saya terima lar . Nak halang total nanti orang yang suka hiburan hilang punca, tak terhibur duduk kat dunia. WA.
The following user(s) said Thank You: Salik

Re: Ya Hanana 02 Apr 2013 02:01 #54

pada pandangan ana rasanya point dia senang jer.... semua jenis qasidah2 yg kelam kabut mcm ni, kami yg berpegang pada manhaj salaf, tidak akan sesekali mengiktiraf qasidah2 seperti ini! sbb?? mudah sahaja.. ianya tidak tsabit dr Rasulullah ... jika qasidah2 ni bagus, para sahabat yg lebih dalam kencintaanya kpd rasulullah telah melakukannya dahulu drpd kita... dan kpd sahabat2 yg merasakan benda ni kan baik, bagus apa salah kita ikut, silakan la klu nk berqasidah.... mmg ada yg mengatakan, daripada dok melalak nyanyi lagu2 rock la, dangdut la, baik lg dok berqasidah memuji2 nabi mcm ni... yer betul , yg dok melalak lagu2 rock tentu dah tau tu maksiat, mudah2an ALLAH memberi hidayah kpdnya untuk dia bertaubat dr maksiat tersebut.. tetapi yg dok qasidah2 mcm ni mereka tidak akan merasakan ini satu maksiat.. bahkan mereka merasakan ini la satu bentuk dzikir2 yg menunjukkan kita sayang kpd rasulullah dan mendekatkan diri kpd ALLAH walaupun ianya tidak datang drpd rasulullah dan para2 sahabat... ada lg plak yg mengatakan bila kita sentuh sikit bab2 qasidah ni, meraka tak puas hati terus keluar la dailog "hang x mo buat sudah, hang duduk diam2.. ni aku nak habaq kat hang dngr sini, yg nak hisab, bg pahala kt aku semua Allah bukan hang..."Astaghfirullah... mereka seperti terlupa yg syarat amal diterima hanya 2.. ikhlas dan ittiba'(mengikut rasul)
brp banyak yg melakukan amalan2 yg kalut2 ni semuanya mesti berkata kami buat semua ni
ikhlas.. sayang nabi, nak mendekatkan diri kpd ALLAH bla..bla..bla.. yer betol tidak dinafikan kamu semua ikhlas, tetapi no 2 ittiba'ada ker? jgn kita terlupa 2 hadis nabi yg mulia

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.
Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.
Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia.

p/s: bg pendeta2 syiah/yahudi/nasrani rasanya juga ikhlas berbuat amalan2 meraka, tetapi knp meraka dikatakan SESAT dan MENYESATKAN???
kita jgn terlupa ayat yg mulia yg kita baca pada tiap2 hari jumaat,
Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"
Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.
(surah Al-kahfi 103-104) renung2kanlah dan selamat beramal..
Last Edit: 02 Apr 2013 02:09 by kayrollz.
The following user(s) said Thank You: Salik

Re: Ya Hanana 02 Apr 2013 16:25 #55

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
Dan Abu Thalib Al-Makki berkata seterusnya : "Telah diperbuat demikian oleh kebanyakan salaf (ulama terda hulu) yang shalih : baik shahabat atau tab’in, dengan sebaik-baik- nya". Seterusnya beliau mengatakan : "Senantiasalah orang-orang Hijaz pada kami di Makkah, mendengar nyanyian pada hari-hari yang utama dari tahun. Yaitu: hari-hari yang terbilang, yang disuruh oleh Allah akan hamba-Nya padanya dengan berdzikir (mengingati-Nya), seperti : hari-hari tasyriq
.

Dan senantiasalah penduduk Madinah itu, seperti penduduk Makkah, terbiasa men­dengar lagu, sampai kepada zaman kita sekarang ini. Maka kami dapati Abu Marwan Al-Qadli mempunyai budak-budak wanita, yang memperdengarkan nyanyiannya kepada orang banyak. Sesungguhnya mereka itu disediakan untuk orang-orang shufi". Berkata Abu Thalib Al-Makki : "Adalah 'Atha' mempunyai dua budak wanita yang bernyanyi. Maka teman-temannya mendengar nyanyian kedua budak wanita itu".


Berkata Abu Thalib Al-Makki : "Ditanyakan Abil-Hasan bin Salim : 'Bagaimana tuan menantang mendengar lagu. Dan adalah Al-Junaid, Sirri As-Saqathi dan Dzun-Nun mendengarnya?' ".

Maka Abil-Hasan menjawab : "Bagaimana aku menantang mende­ngar lagu, padahal telah diperbolehkan dan didengar oleh orang- orang yang lebih baik daripadaku. Sesungguhnya adalah 'Abdullah bin Ja'far Ath-Thayyar mendengar lagu. Dan yang aku tantang, ialah senda-gurau permainan dalam mendengar lagu itu".

Re: Ya Hanana 02 Apr 2013 16:33 #56

  • Salik
  • OFFLINE
  • Gold Boarder
  • Posts: 224
kullu bidatin dholalah wrote:
pada pandangan ana rasanya point dia senang jer.... semua jenis qasidah2 yg kelam kabut mcm ni, kami yg berpegang pada manhaj salaf, tidak akan sesekali mengiktiraf qasidah2 seperti ini! sbb?? mudah sahaja.. ianya tidak tsabit dr Rasulullah ... jika qasidah2 ni bagus, para sahabat yg lebih dalam kencintaanya kpd rasulullah telah melakukannya dahulu drpd kita... dan kpd sahabat2 yg merasakan benda ni kan baik, bagus apa salah kita ikut, silakan la klu nk berqasidah.... mmg ada yg mengatakan, daripada dok melalak nyanyi lagu2 rock la, dangdut la, baik lg dok berqasidah memuji2 nabi mcm ni... yer betul , yg dok melalak lagu2 rock tentu dah tau tu maksiat, mudah2an ALLAH memberi hidayah kpdnya untuk dia bertaubat dr maksiat tersebut.. tetapi yg dok qasidah2 mcm ni mereka tidak akan merasakan ini satu maksiat.. bahkan mereka merasakan ini la satu bentuk dzikir2 yg menunjukkan kita sayang kpd rasulullah dan mendekatkan diri kpd ALLAH walaupun ianya tidak datang drpd rasulullah dan para2 sahabat... ada lg plak yg mengatakan bila kita sentuh sikit bab2 qasidah ni, meraka tak puas hati terus keluar la dailog "hang x mo buat sudah, hang duduk diam2.. ni aku nak habaq kat hang dngr sini, yg nak hisab, bg pahala kt aku semua Allah bukan hang..."Astaghfirullah... mereka seperti terlupa yg syarat amal diterima hanya 2.. ikhlas dan ittiba'(mengikut rasul)
brp banyak yg melakukan amalan2 yg kalut2 ni semuanya mesti berkata kami buat semua ni
ikhlas.. sayang nabi, nak mendekatkan diri kpd ALLAH bla..bla..bla.. yer betol tidak dinafikan kamu semua ikhlas, tetapi no 2 ittiba'ada ker? jgn kita terlupa 2 hadis nabi yg mulia

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.
Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.
Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia.

p/s: bg pendeta2 syiah/yahudi/nasrani rasanya juga ikhlas berbuat amalan2 meraka, tetapi knp meraka dikatakan SESAT dan MENYESATKAN???
kita jgn terlupa ayat yg mulia yg kita baca pada tiap2 hari jumaat,
Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"
Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.
(surah Al-kahfi 103-104) renung2kanlah dan selamat beramal..




'A-isyah ra. berkata : "Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. masuk ke tempatku dan bersamaku dua budak wanita menyanyikan nyanyian Bu’ats (nama suatu tempat di Madinah). Lalu Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. merebahkan badannya di tempat tidur dan memalingkan mukanya dari kedua wanita itu. Maka masuklah Abu Bakar ra., lalu membentakkan aku, seraya berkata.: 'Seruling sethan di sisi Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.'. Maka Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. memandang kepada Abu Bakar dan bersab­da-: Biarkanlah keduanya itu! Tatkala Abu Bakar ra.'tidak memperhatikan lagi, lalu aku isyaratkan dengan mata, maka kedua orang budak wanita itupun keluarlah'. (2)

Pada Hari Raya, orang hitam (Habsyi) itu bermain dengan perisai dan lembing. Adakala­nya, aku bertanya kepada Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. dan adakalanya, beliau bersabda : "Kalau suka, lihatlah!". Lalu aku menjawab : "Ya!".

Lalu Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. menyuruh aku berdiri di belakangnya dan pipiku atas pipinya. Dan beliau bersabda kepada orang hitam itu : "Ambillah bahagianmu untuk bermain, hai Bani Arfadah". Sehingga apabila aku bosan, Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. bertanya : "Sudah cukup?".Aku menjawab : "Ya!".

(1) Dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari 'A-isyah.
(2) Dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari 'A-isyah.


Lalu Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. bersabda : "Kalau begitu pergilah!".
Pada Shahih Muslim tersebut (ceritera 'A-isyah ra. tadi) : "Maka aku letakkan kepalaku atas bahunya, lalu aku melihat permainan mereka itu, sehingga aku pergi dari tempat itu".
Hadits-hadits ini semuanya, tersebut pada Ash-Shahihain (Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim). Yaitu suatu nash (dalil) yang tegas, bahwa nyanyian dan permainan tidak haram. Dan pada hadits-hadits tersebut menunjukkan kepada berbagai macam ke ringanan :

Re: Ya Hanana 03 Apr 2013 01:10 #57

sungguh meraka akan cari juga dalil utk qiyas mengqiyaskan kpd qasidah2 tersebut..
hmm... menurut fahaman ana betul hadis tu shahih tetapi mcm mana pandangan ulama2 ahlus sunnah berkaitan hadis tersebut??? perbezaan qiyas tsbt dilihat pada tujuan / objektifnya:
budak Habsyah itu menari tarian pedang ini kerana kegembiraan berjihad dan untuk menaikkan semangat perjuangan.
sedangkan fenomena ya hanana atau qasidah2 sewaktu dgnnya
merupakan hiburan yg diiringi alat muzik dan syair yg dianggap sunnah
dan mempunyai fadilat tertentu spt menghilangkan penyakit, menghalau syaitan , berselawat kpd rasulullah
merasakan dirinya dekat kpd , atau merasakan ini cara yang betul untuk mencintai nabi yg mulia
sedangkan ia adalah jauh drpd SUNNAH yg sebenar... kalau ada yang merasakan
muzik berselawat2 seperti itu baik dan halal, terserah kpd masing2.. wallahu a'lam.
berikut ini adalah perkataan ulama ahlus sunnah berkaitan qasidah2/syair2
yg dinyanyikan dn diiringi dgn pukulan stik,rebana dgn sbgnya..

Imam asy-Syafi’i berkata, “Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbiir (sejenis syair berisi anjuran untuk zuhud di dunia yang dinyanyikan oleh orang-orang Shufi dan sebagian hadirin memukul-mukulkan kayu pada bantal atau kulit sesuai dengan irama lagunya). (Yaitu) perkara baru yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari Al-Quran.” (Riwayat Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis; Al-Khalal dalam Amar Ma’ruf, hal. 36; dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, 9/146. Dinukil dari kitab Tahrim Alat ath-Tharb, hal. 163).

Imam Ahmad ditanya tentang taghbiir, beliau menjawab, “Bid’ah.” (Riwayat Al-Khallal. Dinukil dari kitab Tahrim Alat ath-Tharb, hal. 163).

Imam ath-Thurthusi tokoh ulama Malikiyah dari kota Qurthubah (wafat 520 H); beliau ditanya tentang sekelompok orang (yaitu orang-orang Shufi) di suatu tempat yang membaca Al-Quran, lalu seseorang di antara mereka menyanyikan syair, kemudian mereka menari dan beroyang. Mereka memukul rebana dan meminkan seruling. Apakah menghadiri mereka itu halal atau tidak? (Ditanya seperti itu) beliau menjawab, “Jalan orang-orang Shufi adalah batil dan sesat. Islam itu hanyalah kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Adapun menari dan pura-pura menampakkan cinta (kepada Allah), maka yang pertama kali mengada-adakan adalah kawAn-kawan Samiri (pada zaman Nabi Musa). Yaitu ketika Samiri membuatkan patung anak sapi yang bisa bersuara untuk mereka, lalu mereka datang menari di sekitarnya dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah). Tarian itu adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak sapi. Adapun majelis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya penuh ketenangan, seolah-olah di atas kepala mereka dihinggapi burung. Maka, seharusnya penguasa dan wakil-wakilnya melarang mereka menghadiri masjid-masjid dan lainnya (untuk menyanyi dan menari -pen.) Dan bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidaklah halal menghadiri mereka. Tidak halal membantu mereka melakukan kebatilan. Demikian ini jalan yang ditempuh (Imam) Malik, asy-Syafi’i, Abu Hanifah, Ahmad dan lainnya dari kalangan imam-iumam kaum muslimin.” (Dinukil dari kitab Tahrim Alat ath-Tharb, hlm. 168-169).

Imam Al-Hafizh Ibnu Ash-Shalaah, imam terkenal penulis kitab Muqaddimah ‘Ulumil Hadits (wafat tahun 643 H); beliau ditanya tentang orang-orang yang menghalalkan nyanyian dengan rebana dan seruling, dengan tarian dan tepuk-tangan. Dan mereka menganggapnya sebagai perkara halal dan qurbah (perkara yang mendekatkan diri kepada Allah), bahkan (katanya sebagai) ibadah yang paling utama. Maka beliau menjawab, “Mereka telah berdusta atas nama Allah Ta’ala. Dengan pendapat tersebut, mereka telah mengiringi orang-orang kebatinan yang menyimpang. Mereka juga menyelisihi ijma’. Barangsiapa yang menyelisihi ijma’, (ia) terkena ancaman firman Allah,

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَاتَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَتْ مَصِيرًا

“Dan barangsiapa yang menentang rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia keadalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali.” (QS. An-Nisa: 115). (Fatawa Ibnu ash-Shalah, 300-301. Dinukil dari kitab Tahrim Alat ath-Tharb, hal. 169).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Dan telah diketahui secara pasti dari agama Islam, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa salalm tidak mensyariatkan kepada orang-orang shalih dan para ahli ibadah dari umat beliau, agar mereka berkumpul dan mendengarkan bait-bait yang dilagukan dengan tepuk-tangan, atau pukulan dengan kayu (stik), atau rebana. Sebagaimana beliau tidak membolehkan bagi seorangpun untuk tidak mengikuti beliau, atau tidak mengikuti apa yang ada pada Al-Kitab dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Beliau tidak membolehkan, baik dalam perkara batin, perkara lahir, untuk orang awam, atau untuk orang tertentu.” (Mahmu’ Fatawa, 11/565. Dinukil dari kitab Tahrim Alat ath-Tharb, hal. 165).

Last Edit: 03 Apr 2013 01:59 by kayrollz.
The following user(s) said Thank You: yugimudo, Salik

Re: Ya Hanana 08 Apr 2013 01:06 #58



Untuk elak fitnah, dan terjadinya kelalaian yang berganda, sebaiknya utamakan yang UTAMA. Itu lebih Afdhal dan jalan2 orang yang bertaqwa.

Wallahua'lam.
Manhajku adalah Manhaj Rasulullah saw dan para salafussoleh yang mengikuti sunnah baginda saw. Bukan manhaj selainnya~

Re: Ya Hanana 08 Apr 2013 10:16 #59

Ibn_Firdaus wrote:


Untuk elak fitnah, dan terjadinya kelalaian yang berganda, sebaiknya utamakan yang UTAMA. Itu lebih Afdhal dan jalan2 orang yang bertaqwa.

Wallahua'lam.


Gambus dan qasidah memang sarana dakwah paling praktis dan persuasif di Indonesia," Kata Astri Ivo dalam ceramahnya, untuk mensyiarkan agama Islam banyak caranya diantaranya adalah dengan Seni music baik gambus, qosidah dan marawis. Akan tetapi jangan sampai dengan seni ini kita lalai untuk melaksanakan kewajiban kita pada Allah.SWT.

“Bahkan, sebagai salah satu media dakwah, seni budaya bernapaskan Islam dipandang tepat menjadi sarana untuk membendung kemerosotan akhlak umat dengan menggelar contoh-contoh keteladanan Islam,” kata Astri Ivo pula.

lasqijaya.blogspot.com/2011/04/32-peserta-ikuti-festival-qosidah-dan.html

oppp sarana apa maknenya ... rasanya ayat ni juga yang dijawab oleh habib syeh assegaf ketika disoal oleh saudara amin idris .....
di tv hijrah .... adakah wujud golongan berqasidah tetapi kurang menuntut ilmu ....
Last Edit: 08 Apr 2013 10:17 by banjirlagi.

Re: Ya Hanana 09 Apr 2013 02:07 #60

  • yugimudo
  • OFFLINE
  • Platinum Boarder
  • Posts: 480
Time to create page: 0.93 seconds
You are here: