AFN V2

Bidang Tugas Moderator & Panel

User Rating: / 9
PoorBest 

PENGENALAN

  1. Untuk melancarkan perjalanan AFN, Majlis Pentadbiran AFN telah bersetuju untuk mengisytiharkan bidang-bidang tugas bagi Moderator dan Panel AFN.
  2. Pengisytiharan ini adalah untuk makluman semua warga AFN, supaya tidak timbul sebarang pertikaian.
  3. Pengisytiharan ini akan dikemaskini tanpa notis apabila diperlukan.

BIDANG TUGAS MODERATOR & PANEL

A. MODERATOR

  1. Moderator ditugaskan untuk menjaga [b]keharmonian[/b] sesuatu topik dalam AFN sekali gus perjalanan AFN.
  2. Untuk tujuan di atas, maka Moderator berhak [b]memadam[/b], atau [b]meminda[/b], atau [b]mengkuarantin[/b] mana-mana bebenang, atau topik yang menjejaskan keharmonian AFN.
  3. Moderator berhak menjalankan segala tugas yang diamanahkan kepada mereka walaupun tanpa memberikan notis kepada mana-mana Pengguna.
  4. Moderator boleh mencadangkan kepada Majlis Pentadbiran AFN untuk memberikan tag tertentu kepada mana-mana Pengguna, sama ada Amaran (Warning), atau Singkir (Banned).
  5. Moderator berhak untuk memisahkan (split) mana-mana topik di mana-mana yang dirasakan perlu.
  6. Moderator berhak untuk mencantumkan (merge) mana-mana topik di mana-mana yang dirasakan perlu.
  7. Moderator berhak menghantar Mesej Peribadi (PM) kepada mana-mana Pengguna untuk tujuan informasi, teguran, amaran dan sebagainya apabila dirasakan perlu.
  8. Tugas-tugas lain atas perintah Majlis Pentadbiran AFN.

B. PANEL

  1. Panel dilantik berdasarkan kredibiliti dalam bidang yang tertentu.
  2. Panel mungkin menguasai beberapa bidang, justeru Panel boleh menulis dalam bidang yang dikuasainya.
  3. Panel diamanahkan untuk menjawab setiap soalan atau perbincangan yang berlaku di AFN.
  4. Panel berhak untuk tidak menjawab mana-mana soalan atau perbincangan jika difikirkan perlu, sama ada untuk membuat kajian lanjut, atau sebarang alasan lain.
  5. Panel berhak untuk memilih mana-mana pendapat yang paling rajih (tepat) sebagai pegangan yang disyorkan oleh AFN, berdasarkan kepada penghujahan atau dalil yang sahih.
  6. Tugas-tugas lain atas perintah Majlis Pentadbiran AFN.

Sekian dimaklumkan.

 

You are here: Forum & Diskusi Mesti Baca Bidang Tugas Staf