AFN V2

Media sebagai platform untuk berdakwah

User Rating: / 6
PoorBest 

Selesai membaca artikel yang baru sahaja saya rate dengan rate yang baik. Wink
'Islam Yang Dihilangkan Kelunakannya' oleh Dr Mohd Asri.
http://al-fikrah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=238:islam-yang-dihilangkan-kelunakannya&catid=45:aliran&Itemid=176#

Alhamdulillah, artikelnya sangat bagus. Tahniah. Penulisan saya yang pertama di laman ini adalah berdasarkan review saya berkenaan artikel tersebut. Pada mulanya saya hendak komen pada artikel tersebut tetapi sewaktu menaip, terlihat perkataan "0 symbols left" di bawah ruang komen. Pertama sekali saya memohon maaf andainya platform untuk membuat review ini tidak sesuai dilakukan melalui post.


Menurut artikel penulisnya, ajaran kristian telah mengubah penampilan mereka di mata dunia. Dari ajaran yang menyiksa sesiapa yang berpaling dari ajaran mereka dengan kejam kepada ajaran yang kelihatan ramah dan berkomuniti.


Agama Islam yang suci pula dilabel ganas, pemberontak, ancaman dunia, pencetus pergaduhan dan peperangan. 

Siapapun, yahudi, illuminati, kristian, apa-apalah yang serumpun, umumnya berfikiran licik kerana mereka ada konsep merancang strategi untuk menang. Manakala yang telus selalunya duduk diam dan tak merancang strategi. Bukanlah luas sangat konsep ini tapi lihat sahaja agenda yahudi yang sedia maklum. Bertahun-tahun rancangan mereka telah diketahui kita tapi pihak kita hanya tahu bercakap dan tiada pula rancangan untuk menyerang balas. Mereka tahu untuk mematahkan Islam bukan dengan perang tapi dengan mempengaruhi jiwa Islam dengan tusukan melalaikan dan memecahbelahkan kita. Ajaran kristian sudah berjaya mereka tumpaskan dan kini menjadi boneka yahudi. Tiada pula kita menyusun strategi untuk menyatukan semua umat Islam untuk sama-sama membenteng hasutan yahudi. OIC? Apa sumbangan negara jiran di tanah arab yang sekian lama ditindas itu? Kayanya bukan kepalang, sampai tambak laut buat pulau kecil-kecil untuk bina perumahan mewah. 

Dalam artikelnya, beliau ada menyebut "Ajaran-ajaran agama ini yang dibuat oleh sesetengah pihak hanya memilih nas-nas yang ungkapkan oleh al-Quran dan hadis dalam suasana peperangan tapi cuba dilaksanakan dalam suasana aman dan manusia mencapai tahap perubahan yang seperti ini."

Al-Quran perlu difahami secara keseluruhannya dan bukan dipetik-petik sahaja. Seharusnya faham mengapa surah tertentu diturunkan pada waktu tertentu pada zaman dahulu itu. Misalnya hukum meminum arak, pada awalnya arak tidak haram kerana itu budaya arab jahiliyyah dan kemudian Allah izinkan satu persatu masalah terjadi yang berpunca dari arak. Dalam keadaan itulah turunnya secara berperingkat 4 surah yang membicarakan akan hukumnya arak dan akhirnya isu arak disimpulkan dalam surah Al-Maidah (ayat 90-91) di mana pada ketika itu orang arab telah mengalami dan memahami sendiri kemudaratan arak lalu surah itu mengharamkan arak secara mutlak. Andai sahaja orang yang jahil hanya memetik surah awal yang membicarakan tentang isu arak dalam surah An-Nahl (ayat 67 yang cuma menyatakan minuman itu memabukkan) dan surah Al-Baqarah (ayat 219 yang menyatakan arak itu ada kebaikan dan keburukannya. Adapun kebaikannya adalah kandungan alkohol yang berguna dalam bidang perubatan) sebagai rujukan tunggal, ini mungkin boleh disalah tafsir. Maka dengan itu Al-Quran perlu dikaji keseluruhannya, yakni dari segi sebab, waktu dan hikmahnya. Sesungguhnya kitab yang terakhir untuk manusia ini tiada cacat celanya.

Beliau menambah, "Hari ini dunia persaingan. “Market” dakwah dan pemikiran sangat terbuka. Ia boleh sampai kepada manusia melalui pelbagai cara. Jika kita hendak menawan manusia, tawanlah akal dan jiwanya."

Di mana pun, siapa pun mudah terpengaruh dengan media. Media berkuasa mencipta 'agenda setting' tidak kira apa mesejnya. Yahudi telah sekian lama menggunakan media untuk menyulam secara halus misi mereka sehingga kita tidak hirau akan yang salah itu adalah salah walaupun kita tahu akan hakikatnya. Asalkan goyah.

Sebenarnya kita masih mampu mengawal media di tanah kita. Sebagai rakyat biasa kita boleh mengusahakan seringan-ringan kaedah dakwah dengan media iaitu melalui portal, blog, laman web dan sebagainya. Cuma perlu diperbanyakkan lagi kerana kita mahu hasilnya sampai ke tahap agenda. Diperbualkan di mana sahaja, lantang disuarakan dari semua peringkat umur. 



Inshaa Allah, saya yang mengambil jurusan komunikasi dan media ini akan mencuba sedaya saya untuk memelihara pancaindera orang-orang kita suatu hari depan nanti, seperti memperbanyakkan pesanan khidmat masyarakat berunsurkan Islam yang selaras dengan gaya hidup semasa, menyelitkan unsur Islam yang indah dalam filem, drama, iklan dan lain-lain untuk menghakis 'stereotype' pemisahan soal agama dan kehidupan. Tidak perlu membayar negara jiran untuk mengambil cerita yang berunsur khurafat dan ajaib semata-mata demi meningkatkan jumlah penonton. Akhirnya agama Islam dipandang sesuatu yang kolot dan tidak masuk akal dan negara kita yang memang terkenal dengan meniru ini mulalah membuat filem dan drama seumpamanya. Padahal lebih banyak lagi nilai agama Islam yang perlu disebarkan sebagai pengajaran dalam filem atau drama, bukan hanya khurafat, zina, maksiat, dengki-mendengki dan sebagainya. Tidak lain tidak bukan, media hanya mengambil soal keuntungan. Semakin dasyat ceritanya semakin naiklah kontroversinya. Maka penerbit dan pengarah yang lain berebut-rebut untuk melakukan yang lebih hebat lagi untuk meraih perhatian.

Berdakwah bukan hanya perlu tampil dengan jubah bersama serbannya dan gelaran ustaz, bukan hanya dalam majlis ilmu, bukan sekadar di rancangan keagamaan seperti Al-Hidayah atau Forum Perdana Hal Ehwal Islam, atau aktif pada hari jumaat sahaja, tapi pendakwah juga perlu bercampur dengan dunia luar dengan misinya tersendiri dan ikhlas kerana Allah Taala dalam membentuk hati anak bangsa kita. Harus bijak dan mempunyai strategi bagaimana untuk menguasai minda anak-anak zaman kini. Tampil sebagai orang biasa dan kerjaya biasa tapi berdakwah dalam masa yang sama. Ceburkan diri dan mencari lebih ramai orang yang 'sekepala' untuk mengikuti dan mencuba kuasai bidang media secara rasmi untuk dijadikan platform yang dihormati dan diterima ramai. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Mula-mula selit-selitkan, lama-lama menjadi agenda dan pengajaran yang kita sampaikan itu menjadi kebiasaan masyarakat.

Kenali musuh kita, setiap keburukan ada kebaikannya, Allah izinkan kita mendapat tahu teknik yahudi maka kita gunakan ilmu itu demi kebaikan. 

You are here: Artikel View Aliran & Dakwah Media sebagai platform untuk berdakwah