Penambahbaikan sambut Maulud
Isu Semasa Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM

SAMBUTAN Maulidur Rasul yang diadakan pada setiap tahun oleh umat Islam sedunia merupakan satu manifestasi rasa cinta yang mendalam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Keunikan rasa cinta ini dapat dilihat hampir di kebanyakan negara Islam pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun. Bagaimanapun tarikh kelahiran yang masyhur diguna pakai itu masih dibeza-bezakan oleh para ulama sejarah Islam. Sesetengah ahli sejarah berpendapat lebih tepat jika dikatakan baginda Rasulullah SAW dilahirkan pada 9 Rabiulawal, Tahun Gajah, hari Isnin dan bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 Masihi (al-Rahiq al-Makhtum, hal. 71).

Walaupun begitu, bukan tarikh kelahiran baginda yang perlu diberikan perhatian yang mendalam oleh umat Islam, akan tetapi bagaimanakah sikap kita terhadap ajaran baginda SAW.

Tradisi menyambut kelahiran nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul kadangkala memerlukan reformasi dari semasa ke semasa demi menyerlahkan lagi peranan baginda SAW sebagai pembimbing umat manusia.

Di samping mengisytiharkan cuti umum, mengadakan perarakan, menobatkan tokoh Maulidur Rasul dan sebagainya, perkara-perkara yang boleh dicadangkan kepada pihak kerajaan atau Jakim untuk menyemarakkan lagi sambutan tahunan Maulidur Rasul ialah:

1 - Menobatkan Tokoh Sunnah Kebangsaan yang bergiat aktif memartabatkan serta menyebarkan hadis Nabi SAW. Sumbangan para ulama yang bergiat dalam pengajian hadis yang merupakan sumber rujukan kedua selepas al-Quran seharusnya diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai pemangkin untuk umat Islam yang lain menghayati sunnah baginda SAW.

Tanpa ilmu hadis yang memainkan peranan sebagai lembaga penapis kepada sabda Rasulullah SAW, umat Islam akan berterusan bergelumang dengan fakta-fakta serta hadis-hadis yang tidak sahih dan kadang kala boleh mencemar nama Islam itu sendiri.

2 - Melancarkan kempen Bulan Sunnah Nabi SAW Peringkat Kebangsaan sebagai langkah memantapkan lagi penghayatan umat Islam di Malaysia terhadap kepentingan sunnah baginda SAW.

Kempen secara agresif boleh dilakukan untuk memperkenalkan sunnah-sunnah baginda SAW yang merangkumi segala aspek kehidupan dan mengutamakan sunnah-sunnah yang sering diabaikan oleh umat Islam seperti kepentingan menjaga kebersihan, kepentingan menjaga akhlak dan sebagainya.

Kempen ini boleh dijalankan sepanjang bulan kelahiran Nabi SAW atau sepanjang tahun dengan bantuan media elektronik dan juga media cetak.

3 - Memperkenal disiplin ilmu Mustolah Hadis secara ringkas dan padat kepada umat Islam bagi menyedarkan mereka tentang disiplin yang perlu dimiliki ketika berinteraksi dengan hadis Nabi SAW. Langkah ini mampu melahirkan umat Islam yang celik sunnah dan pada masa yang sama membendung penyebaran hadis-hadis palsu yang telah mencemar nama Rasulullah SAW semenjak sekian lama.

4 - Menggiatkan usaha mempertahankan Sunnah Nabi SAW daripada serangan musuh-musuh Islam dan golongan yang jahil. Langkah mempertahankan kesucian hadis atau sunnah Nabi boleh dilakukan dengan menjawab segala tohmahan yang ditujukan terhadap sunnah dan hadis Nabi SAW.

5 - Mewujudkan segmen Sirah Rasulullah SAW secara ringkas di waktu perdana di televisyen utama Malaysia sebagai langkah memperkenalkan baginda Rasulullah SAW secara lebih mendalam kepada semua. Langkah ini boleh menjadi serampang dua mata selaku penyubur rasa cinta kepada baginda SAW untuk orang Islam dan aspek dakwah kepada golongan bukan Islam. Kalau perlu segmen ini diperuntukkan setiap hari dalam seminggu dengan mengundang penceramah yang berwibawa dan akademik.

Segmen yang ringkas, padat, konsisten setiap hari dan penuh dengan maklumat berkaitan kisah hidup dan perjuangan baginda SAW pastinya ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit (Sahih al-Bukhari).

Sekiranya segala cadangan ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan, wajah sambutan Maulidur Rasul di Malaysia akan lebih bermakna dan gemilang serta tidak hanya terhenti atau kaku pada tradisi sambutan selama sehari sahaja.

Sambutan yang lebih ilmiah dan berpanjangan akan benar-benar menyatukan roh atau semangat perjuangan baginda SAW dengan setiap anggota masyarakat umat Islam di Malaysia.

Selain itu, usaha ini juga mampu melahirkan golongan umat Islam yang benar-benar celik agama dan celik sunnah Nabi SAW. Bukanlah perarakan, slogan, tokoh dan persembahan sambutan Maulidur Rasul yang sepatutnya menjadi tumpuan, sebaliknya bagaimanakah caranya kita mengamalkan ajaran peninggalan baginda secara berterusan sepanjang hayat.

Bahkan segala kemudahan teknologi yang ada di zaman sekarang ini, seharusnya digunakan dengan lebih menyeluruh untuk menyemarakkan lagi penghayatan terhadap Sunnah Nabi SAW. Janganlah kita hanya mengurung Sunnah dan hadis Nabi SAW di dalam penjara-penjara ilmu di pondok-pondok agama atau menara gading sahaja, sebalikya bebaskanlah peranan sebenar baginda SAW kepada semua lapisan masyarakat Islam dan bukan Islam. Renungkanlah firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (ikutilah sunnahku), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir (Ali 'Imran[3:31-32]).

Dan firman Allah lagi: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya). (al-Hasyr [59:7]).

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
(401 reads)
Re: Penambahbaikan sambut Maulud (Score: 1)
by ndsap on Sunday, February 07, 2010 (13:46:51)
Mengigati Sirah Nabi SAW adalah baik,tetapi bagaimana pula perkara-perkara yang Nabi suruh kita buat atau bagaimana pula segala larangan yang Nabi suruh kita tinggalkan , adakah perkara tersebut kita abaikan? Perarakan secara besar-besaran adalah perkara yang membazir,alangkah baiknya wang perbelanjaan menyambut maulid secara perarakan tersebut dibahagikan kepada fakir miskin yang masih banyak memerlukan pertolongan.

| Parent

Re: Penambahbaikan sambut Maulud (Score: 1)
by atan63 on Thursday, February 18, 2010 (04:11:19)
Assalamualaikum
Untuk menzahirkan kecintaan kita kpd Rasulllullah s.a.w. ialah dgn mengamalkan sunnahnya, bukannya melakukan perkara perkara yg tak pernah dicontohkan oleh beliau lalu disandarkan atas bid'ah hasanah.Definasi bid'ah dgn pengertian sebenar harus difahami supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan orang awam.

| Parent

Re: Penambahbaikan sambut Maulud (Score: 1)
by atan63 on Thursday, February 18, 2010 (04:35:53)
Assalamualaikum

Kepada saudara 2 yg mengetahui fatwa ini, harp dpt jelaskan supaya kita dpt kongsi bersama.Khabarnya fatwa ini dibatalkan dgn fatwa terbaru dri Ibn Taimiyyah sendiri seperti mana fatwa Imam 2 Mujtahid ada Qaul Qadim ada Qaul Jadid.kebiasaanya Qaul Jadid membatalkan Qaul Qadim.

http://gagasanulamaaswj.blogspot.com/2008/09/fatwa-ibnu-taimiyyah-tentang-maulid.html

| Parent

Re: Penambahbaikan sambut Maulud (Score: 1)
by atan63 on Thursday, February 18, 2010 (04:39:00)
Assalamualaikum

Sorry URL mac tak boleh baca aje Sya copy & pastekan fatwa tersebut:

Pandangan Ibnu Taimiyyah ini dapat kita lihat dalam karya-karyanya seperti himpunan fatwanya pada juz ke-23, halaman 134, yang menyatakan, antara lain:-

فتعظيم المولد و اتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس و يكون لهم فيه
أجر عظيم لحسن قصدهم و تعظيمهم لرسول الله صلى الله عليه و سلم

Maka membesarkan Mawlid Nabi dan menjadikannya sebagai waktu atau musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian manusia dan bagi mereka padanya (yakni pada menyambut mawlid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Junjungan Nabi s.aw.

| Parent

Toggle Content Related Links
 More about Isu Semasa

Most read story about Isu Semasa:
Sejarah AFN6: Disebalik nama alFikrah

Toggle Content Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Toggle Content Options

 Printer Friendly Page  Printer Friendly Page

 Send to a Friend  Send to a Friend


Toggle Content Hadith Today
Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  2: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  5: Hadith E-Book
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Quran Explorer
  9: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: an-nadim
New Today: 0
New Yesterday: 6
Overall: 4433

People Online:
Members: 4
Visitors: 16
Bots: 0
Total: 20
Who Is Where:
 Members:
01: Abel > Home
02: fique > Home
03: ibnhussin > Community Forums
04: ummu_furqan > My Private Messages

Staff Online:
01: PM ibnhussin

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 21804 

   abu_usamah 
 Posts: 
 4989 

   mfauzy 
 Posts: 
 4644 

   FATHI 
 Posts: 
 4613 

   abuirfan 
 Posts: 
 4393 

   cikgurahim 
 Posts: 
 4393 

   Arabian 
 Posts: 
 4359 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 3985 

   Muhammady7 
 Posts: 
 3873 

   ummimq 
 Posts: 
 3752 

   noorainiahmadz 
 Posts: 
 3712 

   shiha 
 Posts: 
 3446 

   ummu_wijdan 
 Posts: 
 3354 

   abulwafaa 
 Posts: 
 3285 

   Asy-Syafiie 
 Posts: 
 2872 

   nawawi 
 Posts: 
 2635 

   hakim_hulaimi 
 Posts: 
 2584 

   Abuputri2 
 Posts: 
 2507 

   peyoy 
 Posts: 
 2360 


   drmnmg84 
 Posts: 
 2213 

   ibnyaacob 
 Posts: 
 2153 

   ibnhussin 
 Posts: 
 1947 

   akmal 
 Posts: 
 1917 

   syahrezan 
 Posts: 
 1835 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster