tafsir al-quranPerbincangan segala topik yang mencakupi al-Quran dan ilmu-ilmunya.
| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
aimanF


Joined: Sep 05, 2008 Posts: 2
|
Post subject: tafsir al-quran Posted: Fri Sep 05, 2008 10:36 pm |
|
Assalamualaikum...
minta jasa baik tuan/puan yang mahir ilmu tafsir
ceritakan asbabunnuzul dan kisah disebalik penurunan ayat
al-quran surah al-hujuraat [49:6].
lagi baik jika dinyatakan sumbernya.
jazakumullah khairan kathiran. :read
|
|
| Back to top |
|
|
thtl


Joined: Jun 24, 2008 Posts: 21607 Location: Sbg Jaya SEL
|
Post subject: Re: tafsir al-quran Posted: Sat Sep 06, 2008 3:46 pm |
|

Tidak ada suatu riwayat yg benar2 sahih dalam asbab nuzul ayat ini. Tapi yang menjadi pilihan al-hafidz Ibn Kathir ialah spt berikut:
Ia mengenai Bani Mustaliq dan pemimpinnya al-harithbin Dhirar, ayahanda kepada Maimunah binte al-Harith (ummul mukminin), bila al-harith memeluk Islam, maka dia berjanji akan mengislamkan seluruh baninya dan akan menunaikan semua rukun Islam. RasuluLlah saw menitahkan beliau kelak akan mengutus wakil utk memungut Zakat. Sudah sekian lama, namun Nabi saw tidak mengutuskan wakil utk memungut Zakat, maka al-Harith mengetuai satu rombongan utusan menemui baginda di madinah bertanya khabar. Di waktu yg sama, Nabi SAW mengutus al-Walid bin Uqbah ke desa Bani Mustalik utk memungut zakat. Ditengah jalan dia melihat rombongan bani Mustalik dan dia merasatakut, lalu dia patah balik ke Madinah (dia menyangka bani Mustalik telah murtad dan ingin membunuhnya). Apabila dia tiba di Madinah, al-Walid menceritakan bani Mustalik enggan memberi zakat dan ingin membunuhnya. Nabi menjadi murka dan dgn segera baginda mengutus satu platoon ke perkampungan Bani Mustalik. Bila pasukan nabi bertembung dgn pasukan al-Harith, mereka bersama-sama menuju ke Madinah dan mengadap nabi saw. Nabi minta pengesahan al-Harith mengenai berita yg disampaikan oleh al-Walid, maka al-harith menafikan sekeras-kerasnya dan menceritakan kedatangannya ke Madinah adalah utk bertanya kenapa baginda tidak mengutus wakil, maka turunlah ayat ini.
[Tafsir Ibn Kathir, 4/208, dari Imam Ahmad dalam al-Musnad (17991). Riwayatnya goyah kerana perawinya Muhammad bin Sabiq dipertikaikan.]
Dalam Tafsir Ibn Jarir atTobari ((26/123), dari Ibn Abbas juga mengenai Bani Mustalik, di mana selepas memerangi Bani Mustalik pada tahun ke 5 Hijrah, baginda berjaya mengalahkan mereka dan salah satu rampasan perang ialah anak al-harith bernama Juwairiyah yg kemudian dikahwini oleh RasuluLlah saw. Ini membuatkan al-Harith masuk Islam dan ceritanya sama spt di atas. Ia riwayat yg dha'f kerana terdapat perawi dha'if, Musa bin Ubaidah.
Maka kisah yg boleh diterima sikit ialah dalam tafsir Ibn Kathir. WA
_________________ *Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN* |
|
| Back to top |
|
|
aimanF


Joined: Sep 05, 2008 Posts: 2
|
Post subject: Re: tafsir al-quran Posted: Sat Sep 06, 2008 9:24 pm |
|
Terima kasih banyak2 atas penerangan oleh thtl mengenai kisah bani mustaliq yang menjadi asbabunnuzul ayat 6 surah al-hujuraat.
Ia sangat membantu.
Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu.
Wassalamualaikum.
|
|
| Back to top |
|
|
|
|
All times are GMT + 8 Hours
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum
|
Hadith Today |
Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.
-- HR. Bukari dan Muslim |
Pautan Pilihan |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Web Affiliates |
Top Posters |
|
|