Community Forums
AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur:an
Perbincangan segala topik yang mencakupi al-Quran dan ilmu-ilmunya.
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexAl Qur'aan Al Kariim dan ilmu-ilmunya
View previous topic :: View next topic  
Author Message
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur:an
Posted: Sun Jul 06, 2008 5:45 pm
Reply with quote

Assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan (menyebut) Nama Allah yang Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.


Segala puji bagi Allah Subhahu waTa'ala (SWT), selawat dan salam ke atas junjungan RasuluLlah shallahu 'alaihi wassalam (SAW), juga selawat dan salam ke atas kaum keluarga baginda (ahlul bayt), para sahabat, kaum salaf dan sesiapa yang menjejaki sunnah baginda hingga ke penghujung usia alam buana ini.

Siri ini dinamakan Ahkamul Qur:an, yakni tafsir ayat-ayat Al-Qur:an (AQ) dengan penekanan khusus kepada aspek hukum2 fiqih, memandangkan itulah pengkhususan penulis, yakni dalam bidang fiqh Islami.

Sebelum kita memulakan siri yang panjang ini, elok rasanya Penulis memberi sedikit sebanyak mengenai dunia tafsir ahkamul Qur:an yang juga merupakan suatu bab dalam ilmu tafsir.

Pertama: Istilah
Tafsir ahkamul Qur:an bermaksud pentafsiran AQ yang lebih berorientasikan kepada ayat-ayat hukum atau fiqih. Ia bukanlah suatu yang bid'ah atau baru kerana tafsir ahkam atau tafsir fiqih sebenarnya satu bab dari tafsir bil makthur atau tafsir para salaf. (Zarkasyi, al-Burhan fii Uloom al-Qur:an, Lebanon, Daar alKutub al-Ilmiyah/13)
Seperti yg kita tahu, AQ mengandungi pelbagai variasi ayat, ada ayat2 yg dikategorikan sebagai ayat2 akidah, ada ayat2 qashash atau ayat2 mengenai kisah-kisah silam, ayat2 sains (kauniah), ada kelompok ayat2 akhlak dan kelompok ayat2 ahkam yaitu ayat2 yang mengandungi hukum2 fiqih atau ayat halal dan haram ( Ibn Jazzi, Kitab alTashil li Uloom al Tanziil, Lebanon: darul Fikir/17)

Kedua: Jumlah ayat hukum atau fiqih dalam AQ
Tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana ianya isu khilaf di kalangan mufassir. Tinjauan rawak, kita paparkan khilaf bilangannya:
150 ayat ahkam (Thantawi Jawhari)
200 ayat (Ahmad Amin, pengarang Dhuha ul Islam)
228 ayat (syaikh Abdul Wahab Khalaf)
400 ayat (alQadhi Ibn al-Arabi alMaliki)
500 ayat (Imam alGhazali, al-Razi, al-Jazzai dan Ibn Qudamah)
900 ayat (Ibn Mubarak)
1000 ayat (dr Wahbah Zuhaili)
1100 ayat (Imam Abu Yusof)

Ketiga: Perkembangan Tafsir Ahkam
Mufassir pertama AQ ialah Nabi SAW dan beliaulah yang berautoroti mentafsir hukum-hakam dari AQ: dalilnya:
AQT5. 67. "Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. "
AQT 16:44 "Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan, Ya'ni: perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Qur'an."
Manakala para sahabat yg terkenal sebagai mufassir ahkamul qur:an ialah khulafa arrasyidin, Ibn Abbas, Ibn Mas'ood dan Abu Musa al-Asy'ari (semuanya RA)
Period tabi'in yang masyhur dgn kepakaran ilmu tafsir ahkam ialah murid2 Ibn Abbas di Mekah (Mujahid, Sa'id bin Jubair, Ikrimah), di Kufah ialah murid2 Ibn Mas'ood (alQamah, asySya'bi dan Ibrahim Nakha'iy) dan di kota Madinah sendiri seperti Malik bin Anas, adDhahak, al-Rabi' bin Anas, dll.
Manakala period awal pembukuan tafsir, tafsir ahkam adalah dipelopori oleh Ibn Hibban al-Busti (w. 203H), dan Ibn Jarir atTabari (w 310H).
Keempat: Tafsir Ahkam yang popular
1. ahkamul Qur:an alJasysyah oleh Imam Abu Bakar Ahmad al-Jasysyah (w. 370H). Kitab 3 jilid ini dan ia amat dipengaruhi oleh mazhab pengarangnya yakni madzhab Hanafi
2. Ahkamul Qur:an oleh Ibn al-Arabi. Kitab 4 jilid ini dikarang oleh alQadhi Cordova, al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Abdillah (w. 543H). Ia adalah kitab tafsir yang amat berkualiti, walapun pengarangnya bermadzhab Maliki tapi beliau mentafsir secara muqaran (perbandingan) dgn mengemukakan pendapat semua Imam.
3. al-Jaami' li Ahkamul Qur:an oleh al-Imam Abu Abdillah Muhammad al-Qurthubi (w. 671H). Ia amat tebal, ada cetakan dalam 10 jilid dan ada dalam 22 jilid. Ia adalah sebuah tafsir yg monumental dan amat bermutu.
4. Tafsir Fath alQadir oleh Imam Muhammad bin Ali al-Syaukani (w. 1250H) setebal 5 jilid juga merupakan sebuah kitab tafsir ayat ahkam.
5. Tafsir alMaraghi oleh Grand syaikh of al-Azhar (w. 1945) setebal 10 jilid.
6. tafsir Ayatul Ahkam oleh Dr Muhammad Ali al-Sais, w. 1976 setebal 1 jilid, mukasurat 814. Asalnya ia adalah teks kuliah fakulti syari'ah al-Azhar akhirnya diterbitkan dalam bentuk kitab.
7. Tafsir al-Munir oleh Prof Dr Wahbah azZuhaili, dekan universiti Damsyiq, sekarang, setebal 16 jilid.

Maka berasaskan kitab2 tafsir ahkam inilah, maka kita akan terbitkan secara bersiri, siri tafsir ahkam al-Qur:an cyber pertama di AFN

next..tafsir surah al-Fatihah siri 1
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: AQ 1.1: Tafsir ahkam cyber AFN-Surah al-Fatihah
Posted: Mon Jul 14, 2008 1:16 am
Reply with quote

Pra-syarat bagi yang ingin mengikuti kuliah Tafsir ahkam cyber ialah membaca kitab Syaikh Muhd bin Saleh bin Uthaimiin, terjemahan Jahabersa oleh ust Fadhlan Uthman, ditahqiq oleh Kapten UHF berjodol " Pengenalan kepada ilmu asas dalam usyul Tafsir, cetakan pertama 2005. Harga RM 9.00 sahaja.

1. Nama surah: al-Fatihah

Surah ini mempunyai nama yang banyak. Imam al-Qurthubi menghitungnya 12 nama semuanya, manakala al-Alusi (w. 1270H) menghitung 22 nama. Keluar dari khilaf: kita cuma perlu tahu nama-nama yang masyhur sahaja, antaranya:

a. al-Fatihah (pembuka kata), kata ustaz sayyid Rashid Ridha (tafsir al-Fatihah/tafsir al-Manar), inilah namanya yang paling terkenal. Kata Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (tafsir Ibn Uthaimin/Juzz 'Amma), dinamakan al-fatihah kerana al-Qur:an dibuka dengan surah ini. Ia juga mendahului al-Qur:an kerana ia adalah surah pertama yang diturunkan secara lengkap sekaligus (Tafsir uthaimin, KSA dan tafsir al-Manar dari kata2 Imam Muhammad Abduh)

b. Ummul Qur:an/Ummul Kitab (induk AQ). Tafsir syaikh Uthaimin, dinamakan ummul kitab kerana sesuatu yang dijadikan rujukan dinamakan ummu (induk), ia mengandungi makna global AQ: tauhid, ahkam, dosa-pahala dan jalan hidup manusia. Kata al-Hasan (Basri), sesiapa yang memahami tafsir surah ini telah memahami seluruh tafsir AQ (al-Baihaqi, syu'bu al-Iman (2/87, Dar alKutub al-Misriyah).

c. as-Sab'ul Matsaani (tujuh ayat yang dibaca berulang kali(dalam solat)

Dalil hadith:
وهي السبع المثاني والقرآن العظيم ، أم القرآن ، وهي فاتحة الكتاب
Dari Abu Hurayra ra," sabda (saw)" dialah (al-Fatihah) tujuh yg berulang, Qur:an yang agung, ummul Qur:an dan Pembuka al-kitab. [sahih, al-Baihaqi, sunan alkubra, 2/45)
هي أم القرآن ، وهي فاتحة الكتاب ، وهي السبع المثاني
terjemah:"dialah ummul Qur:an, pembuka Kitab, dan Tujuh yang berulang"
Tafsir Tabari dari Abu Hurayrah ra.
{ الحمد لله رب العالمين } أم القرآن وأم الكتاب والسبع المثاني

terjemah, dari Abu hurayrah ra: (sabda saw) " (al-Fatihah) dialah ummul Qur:an, ummul kitab dan tujuh yang berulang." [HR Bukhari, Abu Daud, Termidzi, Ahmad, al-Albani, sahih Abu Daud, 1457)
Inilah antara nama surah ini yang paling masyhur dan memadai kita tahu.
tbc
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: AQ 1.2: Tafsir ahkam cyber AFN-Surah al-Fatihah
Posted: Tue Jul 15, 2008 12:23 am
Reply with quote

Hukum fiqh pertama: al-Fatihah sebagai surah jampi (ruqyah)

al-Fatihah juga dikenali dgn nama ar-Ruqyah. Dalilnya:
وما أدراك أنها رقية (wama udrika* annahaa ruqyah?)
terjemahnya: Abu Sa'ied al-Khudry ra menceritakan perihal sekumpulan sahabat Nabi SAW (termasuk dirinya) pernah meruqyah seorang lelaki yang terkena sengatan binatang bisa dgn surah al-Fatihah, bila Nabi SAW mendapat tahu. baginda bersabda," Tahukah engkau bahawa ia (al-Fatihah) adalah ruqyah?" [sahih Bukhari, no 2276, sahih Muslim 2201 * ada dua lafaz, satu lagi dgn lafadz yudrika

Ruqyah (pluralnya ialah Ruqaa) ialah jampi mentera, jika dijampi seseorang secara masyru' (menepati syara'), maka insyaAllah sembuh.

Hukum jampian (ruqa) ialah harus mengikut ijma' ulama' dengan tiga syarat:
a. ramuan (matan) jampi ialah dari firman Allah, atau nama-namaNya
b. diutamakan dalam bahasa arab atau bahasa sendiri yang dimengerti oleh tukang jampi
c. meyakini jampi tidak mempengaruhi penyakit, namun dengan izin dan taqdir Allah jua (al-Hafiz asqolani, alFath, (10/195)
Ketika mentafsirkan hadith al-Fatihah sebagai jampi, al-Hafidz menjelaskan ia mengenai kisah sekumpulan sahabat yang singgah di satu wadi dan meminta di beri jamuan. Tapi ketua wadi (arab baduwi) enggan, maka dia ditimpa bala dgn disengat binatang bisa, maka para sahabat memberi syarat jika mereka di jamu, maka mereka boleh menjampinya sebagai balasan. Setelah mereka menjampi dan alhamdulillah sembuh. maka mereka diberi lagi upah beberapa ekor kambing. Maka hukumnya boleh menerima upah dari jampian (Fath alBari (4/457)
Komentar Ibn Qayyim, rahsia kenapa al-Fatihah bisa menjadi ayat2 jampi kerana ia mengandungi ajaran penting Islam terkandung di dalamnya. Pernah terjadi atas diriku, ketika aku menderita sakit sewaktu berada di kota Makkah, aku hanya mengambil air zam-zam dan menjampinya dgn surah al-Fatihah, aku lakukan berkali-kali dan sakitku hilang dengan sempurna. (alZaad, 4/178 (Tibb Nabawi) TBC
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: AQ 1.3: Tafsir ahkam cyber AFN-Surah al-Fatihah
Posted: Sat Jul 19, 2008 12:53 am
Reply with quote

Rangkuman Seputar al-Fatihah:

1. Di manakah turunnya surah al-Fatihah?

Ada tiga pendapat:
i) turunnya di Mekah. Ini pendapat Ibn Abbas dan Qatadah. Mereka menggunakan dalil Qur:an

وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعاً مِّنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ
terjemahnya: Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Qur'an yang agung [AQT 15: 87]
ii) turunnya di Madinah, ia merupakan pendapat Abu Hurairah, Mujahid dan 'Atha'.
iii) turunnya dua kali: di Mekah dan diturunkan sekali lagi di Madinah.
Pendapat yang rajih ialah ia surah Makkiah menurut jumhur mufassirin (syaikh arRifa'iy, KSA, Taysir al-Aliy alQadir)

2. Keutamaan surah al-Fatihah
a. Merupakan surah paling agung dalam al-Qur:an
Dalilnya: dari jalur Abi Sa'id bin al-Mu'alla ra, bahawa dia sedang solat dan RasuluLlah saw memanggilnya tapi beliau meneruskan solat hingga mendatangkan kemarahan Nabi saw. bila selesai solat, Abi Sa'iid meminta ma'af, selepas itu Nabi saw memberitahunya apakah dia surah yg paling agung dalam al-Qur:an, maka Nabi menjelaskan ianya adalah al-Fatihah (Musnad Ahmad, 17295), juga dalam sahih Bukhari 4474 tapi perawi terakhir ialah Ubay bin Ka'ab.
b. dua cahaya dari langit. Imam Muslim dalam sahihnya (807), Nasa'iy (sunan, 912) dari Ibn Abbas menceritakan ketika Nabi saw sedang duduk dgn Jibrail AS, terbuka pintu langit dan turun seorang Malaikat memberitahu bahawa surah al-Fatihah dan beberapa ayat akhir surah al-Baqarah adalah dua nur yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana Nabi sebelum baginda.
c. al-Fatihah menjadi salah satu rukun solat. Dalilnya: dari Abu Hurayrah ra, Nabi memerintahkan dibaca al-Fatihah bila mengerjakan soat kerana Allah membahagikan al-Fatihah menjadi dua bahagian, separuh untuk-Nya dan separuh untuk pesolat. " [Muslim: 395, al-Albani, sahih at-targhib , 1455)

Hukum fiqh kedua: Hukum membaca al-Fatihah dalam solat

1. al-Fatihah adalah rukun solat. Ini pendapat Jumhur kecuali Hanafiah yang hanya mengatakan al-fatihah adalah hukumnya wajib bukan rukun.Pendapat jumhur lebih kuat berdasarkan hadith Ubadah bin shomit ra, " Tidak ada solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah" muttafaq alaih (Bukhari 723)

2. Dalam solat berjama'ah ada tiga pendapat:

i) Imam, makmum dan pesolat munfarid (persendirian) wajib membaca al-Fatihah berdasarkan keumuman hadith Ubadah. Ini pilihan madzhab Syafi'iy
ii) makmum tidak wajib membaca Fatihah sama sekali baik dalam solat jama'ah yang jahar (bacaan nyaring) atau sirr (bacaan senyap) Ini pendapat madzhab hanafi
iii) makmum wajib membaca Fatihah dalam solat sir, tapi wajib diam dalam solat jahar. Ini pendapat malikiah dan hanabilah.

Tahqiq Syaikhul Islam Ibn Taymiyah: majoriti salaf menyatakan jika makmum mendengar bacaan Imam, maka dia harus diam, Jika dia tidak mendengar, hendaklah membaca sendiri. Alasan, " membaca sendiri lebih baik dari tidak mendengar apa-apa dan mendengar bacaan Imam lebih baik dari membaca sendiri. (Majmoo' Fatawa (23/270) Ini juga pilihan al-Muhaddith al-Albani dalam masterpiecenya, Sifat solat Nabi. TBC
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: AQ 1.4: Tafsir ahkam cyber AFN-Surah al-Fatihah
Posted: Wed Jul 23, 2008 12:57 am
Reply with quote

Rangkuman Seputar al-Fatihah:

3. Tafsir Isti'azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)

Isti'azah adalah kata singkatan dari lafadz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ), Basmallah adalah singkatan dari lafadz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Maksud kalimah isti'adzah ialah " Aku berlindung kpd Allah dari Syaithan yang direjam (terkutuk)"

Seputar anjuran membaca Isti'azah

Maksud isti'adzah (aku berlindung) menurut Imam Muhammad bin Abdul Wahab (w. 1206H) dalam tafsir beliau yang diterbitkan oleh Maktabah al-Ta'awon liDa'wah wal Irsyad, Riyadh, KSA adalah kita memohon perlindungan dari Allah, berpegang teguh pada ajaran-Nya, meminta perlindungan kepada-Nya dari kejahatan musuh yang akan memudharatkan kita dalam Din dan dunia. Kita memohon perlindungan dari halangan2 utk menta'ati-Nya juga sbg pendorong agar kita terhindar dari melakukan yang terlarang. Ini kerana syaithan paling suka mengganggu seseorang hamba ketika mana dia akan melakukan aktiviti kebaikan, misalnya membaca AQ, solat, berzikir dan semisalnya. Sementara itu kita tidak memiliki apapun kekuatan utk mengatasi godaan syetan tsb kecuali beristi'adzah kepada Allah SWT. Ini kerana sifat syaitan itu sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah SWT:

إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ
AQT 7:27 Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. (Imam Muhammad, Tafsir alFatihah)
Imam Ibn kathir pula menjelaskan maksud Syaitan dari kata dasar "syathana" yang bererti menjauh. Maksudnya ia adalah makhluk halus yang jauh dari sebarang kebaikan kerana tabi'at kejahatan dan kefasikannya. Manakala maksud "arRajiim" menurut al-hafidz Ibn Kathir lagi ialah bermaksud syaithan itu terkutuk dan terusir dari segala kebaikan. Dalil Qur:ani:
AQT67. 5. (Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan...)
Dalil2 anjuran membaca isti'adzah ialah (sebagaimana yang dikemukakan oleh alhafidz Ibn Kathir rh: antaranya
Firman Allah SWT:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
AQT7:200 (Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.)

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AQT 16:98(Apabila kamu membaca Al Qur'an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.)

Dalil hadith:
Dari Abi Sa'iid al-Khudry ra menceritakan, apabila Nabi SAW hendak mengerjakan solat malam, selepas takbir, baginda akan membaca do'a iftitah yang mengandungi lafadz ini:
ثم يقول : أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه
(aku berlindung kpd Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaithan yang terkutuk, dari godaan, tiupan dan hembusannya)
HR Ahmad (11081), dinilah sahih oleh syaikh Ahmad Syakir). TBC
Hukum Fiqh ahkamul Qur:an ke 3: hukum membaca isti'azah bagi qari
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: AQ 1.5: Tafsir ahkam cyber AFN-Surah al-Fatihah
Posted: Thu Jul 31, 2008 1:38 am
Reply with quote

Fiqh Ahkamul Qur:an ke 3: Hukum membaca Isti'azah bagi qari.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Ijma' menetapkan: lafadz Isti'azah tidak termasuk dalam ayat al-Qur:an; ijma' juga menetapkan setiap qari (pembaca AQ) hendaklah memulai pembacaan Kitab Allah dgn membaca lafadz Isti'adzah ini. memulai pembaca selain AQ tidak disyari'atkan membaca isti'azah, misalnya permulaan membaca hadith atau memulai sesuatu nasihat (tazkirah). Tujuan pembacaan isti'azah ialah supaya memberi indikasi bacaan selepas itu adalah AQ. Baik utk bacaan di khalayak umum atau sendirian. (Syaikh Bakar Abu Zayd, Tasysyhih ad-Du'aa/288; al-Hafidz Ibn Qayyim (Ighatsah al-Lahafan/92)

Ada beberapa pecahan hukum:
1. Hukum membaca isti'azah ketika ingin membaca AQ.
Jumhur (majoriti) fuqaha' menetapkan ianya adalah sunnah, kecuali madzhab Atha' (beliau ialah Abu Muhammad Atha' bin Abi Rabahal-Quraishi, w. 115H) merupakan qadhi besar Makkah, tabi'in yang hebat yg mengatakan hukumnya wajib bagi qari membacanya sebelum membaca ayat2 suci AQ (Musyanif Abdul Razzaq, 2/83)

2. Hukum membaca isti'azah dalam solat
a. Jumhur (Hanafi, Syafi'iy, Hanabilah, Thawri, Awza'iy dan Zahiri) sunat membaca isti'adzah sebelum al-Fatihah (al-Mughni, 1/555)
b. Maliki: tidak membaca kecuali solat tahajjud.
Pendapat yang rajih ialah jumhur. Dalilnya: AQT 16:98

3. Apakah perlu membaca isti'adzah bagi setiap raka'at?
Hanafi: sunat membaca isti'adzah pada raka'at pertama sahaja. ia juga salah satu pendapat Syafi'iyah dan Hanabilah. Ia diperkuat oleh al-Mubarakfuri, pensyarah sahih Termidzi.
Syafi'iyah, salah satu pendapat Hanabilah dan Zahiri: membaca setiap raka'at. Pendapat ini di perkuat oleh Imam Nawawi (alMajmu' 3/323), Ibn Hazm dan al-Muhaddith al-Albani (Tamam al-Minnah (177). Pendapat yg rajih: kedua-duanya sama kuat. [thtl lebih cenderong kpd pendapat yg kata baca sekali sahaja, kerana solat itu tidak terputus bahkan ia suatu yg bersifat berterusan hingga salam. Maka sekali saja membacanya sudah cukup buat satu solat.)

4. Apakah ia dibaca secara jahar (nyaring) atau sirr (perlahan)?
Juga khilaf:
Jumhur (Hanafi, Maliki, Hanabilah dan sebahgianSyafi'iyah), sunat membaca secara sir. Manakala salah satu pendapat Syafi'iyah, boleh membaca jahr. Tahqiq Imam Ibn Qudamah (al-Mughni, 1/554), pendapat jumhur lebih kuat.

Tambahan:

Selain membaca ketika hendak membaca al-Qur:an baik dalam solat atau di luar solat, isti'adzah juga sunat membacanya ketika seseorang merasa dirinya sedang dikuasai oleh kemarahan yang meluap-luap.
al-Bukhari meriwayatkan dari jalur Uthman bin Abi Syaibah dari Sulaiman bin Syurad, bahawa ada dua orang bergaduh di hadapan Nabi saw dan kelihatan kemarahan yg meluap-luap. Maka Nabi saw menegur keduanya dan bersabda, "aku mengetahui satu kalimah yang mana sesiapa yang membacanya maka hilanglah kemarahannya, yakni kalimah isti'adzah" Bukhari (6115), juga Muslim (2610) TBC
Back to top
View user's profile
muwahhid
Panel Aqidah



Joined: Aug 08, 2008
Posts: 557
Location: Jalan Elmu off Jalan Universiti

PostPost subject: Re: AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur:an
Posted: Wed Aug 13, 2008 3:22 pm
Reply with quote

salam, maaf mencelah, nak tanya sket

"6. tafsir Ayatul Ahkam oleh Dr Muhammad Ali al-Sais, w. 1976 setebal 1 jilid, mukasurat 814. Asalnya ia adalah teks kuliah fakulti syari'ah al-Azhar akhirnya diterbitkan dalam bentuk kitab."

beliau tu dr. muhammad ali as-sobuni ke? as-sobuni yg mengajar di ummul qura dan tulis sofwat at-tafaaseer dan mukhtasar tafsir ibn kathir tu? ke lain...? Arf
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: Re: AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur:an
Posted: Wed Aug 13, 2008 3:45 pm
Reply with quote

Mana pulak sama, family name pun dah lain, al-Sais dan al-Sabuni. al-Sais adalah prof al-Azhar, manakala al-Sabuni adalah prof Ummul Qura. al-Says berasal dari Mesir, al-Sobuni berasal dari Syria.

Jodol kitab Syaikh Muhammad Ali al-Says (al-Azhar: Fakulti Syari'ah wal Qanun) ialah " Tafsir Ayat al-Ahkam). satu jilid arab
Jodol kitab Syaikh Muhammad Ali al-Syabuni, Dekan, Fakulti Syari'ah, Uniersiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarammah, " Rawa'i'i al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam' (Pembagai kekaguman terhadap Tafsir Ayat2 Hukum) 2 jilid arab

_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
Back to top
View user's profile
muwahhid
Panel Aqidah



Joined: Aug 08, 2008
Posts: 557
Location: Jalan Elmu off Jalan Universiti

PostPost subject: Re: AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur:an
Posted: Wed Aug 13, 2008 3:57 pm
Reply with quote

barokallaahu fik ya syaikh...

kena cari nih kitab tuh..sbb ana x penah jmpa/dgr lg..

selama ni belek sobuni punye tafsir ayat ahkam je.. :tongue

'ala kulli hal syukran
Back to top
View user's profile
ikhwanmuslimin83
Student L2



Joined: Aug 29, 2008
Posts: 304

PostPost subject: Re: AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur:an
Posted: Tue Sep 09, 2008 4:00 pm
Reply with quote

dah tergendalo ko siri ni...seronok membaco eh
Back to top
View user's profile
thtl
Founder



Joined: Jun 24, 2008
Posts: 21758
Location: Sbg Jaya SEL

PostPost subject: Re: AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur:an
Posted: Tue Sep 09, 2008 4:08 pm
Reply with quote

Tergendalo, sebab sibuk dgn tadarrus. Bulan posa bulan tadarus maa...
sambung lepas Rayo.

_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*
Back to top
View user's profile
ikhwanmuslimin83
Student L2



Joined: Aug 29, 2008
Posts: 304

PostPost subject: Re: AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Qur:an
Posted: Tue Sep 09, 2008 4:12 pm
Reply with quote

ok...go go
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Al Qur'aan Al Kariim dan ilmu-ilmunya
Page 1 of 1
All times are GMT + 8 Hours



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam

-- HR. Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  2: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  5: Hadith E-Book
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Quran Explorer
  9: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: an-nadim
New Today: 0
New Yesterday: 6
Overall: 4433

People Online:
Members: 3
Visitors: 4
Bots: 0
Total: 7
Who Is Where:
 Members:
01: dramirullah > Community Forums
03: ibnumaskub > My Private Messages
Hidden: 1
Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 21758 

   abu_usamah 
 Posts: 
 4987 

   mfauzy 
 Posts: 
 4618 

   FATHI 
 Posts: 
 4609 

   abuirfan 
 Posts: 
 4393 

   cikgurahim 
 Posts: 
 4393 

   Arabian 
 Posts: 
 4359 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 3985 

   Muhammady7 
 Posts: 
 3873 

   ummimq 
 Posts: 
 3743 

   noorainiahmadz 
 Posts: 
 3705 

   shiha 
 Posts: 
 3446 

   ummu_wijdan 
 Posts: 
 3347 

   abulwafaa 
 Posts: 
 3285 

   Asy-Syafiie 
 Posts: 
 2872 

   nawawi 
 Posts: 
 2621 

   hakim_hulaimi 
 Posts: 
 2584 

   Abuputri2 
 Posts: 
 2507 

   peyoy 
 Posts: 
 2360 


   drmnmg84 
 Posts: 
 2213 

   ibnyaacob 
 Posts: 
 2153 

   ibnhussin 
 Posts: 
 1947 

   akmal 
 Posts: 
 1917 

   syahrezan 
 Posts: 
 1831 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster