Community Forums
Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Berkaitan hal-hal semasa dari politik hingga kepada hal-hal sekeliling kita
Go to page 1, 2  Next
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page     Forum IndexSembang-sembang umum dan Isu semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
iman_taqwa
Student L6



Joined: Aug 31, 2008
Posts: 1000
Location: Kampung Baru

PostPost subject: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 3:58 pm
Reply with quote

BESAR tanggungjawab untuk bergelar ikon kerana masyarakat memandang ikon itu merupakan satu ikutan, inspirasi dan semangat yang positif.

Seperti yang ditegaskan oleh selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.

Ini kerana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi ikutan masyarakat, luah Wardina dengan nada sedih.

“Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Wardina akan memberikan seminar mengenai ‘Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ yang akan diadakan di KB Mall, Kelantan pada 14 Februari ini bersama selebriti TV9 Farah Adeeba dan novelis Ayat-Ayat Cinta Habiburrahman El- Shirazy.

Dalam ‘menghentam’ selebriti Malaysia, Wardina tidak menafikan ada di kalangan mereka yang bijak.

“Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai skil body language yang baik.

“Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga... sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh.

“Jadi, saya nasihat kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.

"Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,” jelas pengacara Malaysia Hari Ini itu.

Wardina berkata, tidak salah sekiranya selebriti tempatan mahu menjadikan kreativiti yang ditonjolkan oleh Hollywood.

“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini.

"Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,” ujarnya lagi.

Lantaran daripada itu, ibu kepada tiga orang anak ini meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat.

“Saya kasihan kepada industri apabila cerita sensasi lebih diangkat. Biarlah orang kata kenyataan saya ini pedas dan mencetuskan kontroversi.

“Saya nak semua orang berfikir untuk perbaiki diri dan banyak membaca. Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal. Popular itu ‘ok’ tapi akan hilang juga.

“Saya tak nak orang hormat saya sebab popular dan seksi tetapi siapa diri saya. Saya sentiasa mahu belajar kerana inginkan hidup yang lebih bermakna.

“Matlamat saya menjadi pengacara hanya untuk memberikan inspirasi kepada orang lain, bukannya memberikan hiburan yang melalaikan,” beritahunya yang akan tampil dengan dua buah buku tidak lama lagi.

Buku tersebut adalah buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Melayu dan buku panduan ibu bapa untuk mengatasi masalah membesarkan anak-anak yang memfokuskan kepada pemakanan.

Selain sibuk membesarkan anak-anak, Wardina juga membahagikan masanya bagi mengikuti ijazah dalam bidang psikologi.

www.mstar.com.my/hibur...ar_hiburan

_________________
tajdid-dakwah.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Visit poster's website
Abu_Nashiruddin
Student L5



Joined: Nov 14, 2008
Posts: 953
Location: USM Penang

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 6:33 pm
Reply with quote

Assalamualaikum

Eh, eh, promosi kakak ipar sendiri nampak. Hehehe.... Very Happy


Apa-apa pun, secara ringkasnya ana bersetuju dengan pendapat kak Wardina.

_________________
Official Blog, purify-educate.blogspot.com

التوحيد أولاً يا دعــاة الإسلام

أقيموا دولة الإسلام في نفوسكم تقم لكم في أرضكم
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
newrehmi
Student L2



Joined: Aug 30, 2009
Posts: 378

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 6:39 pm
Reply with quote

so, suatu hari nanti jika ingin menjadi ustaz mahupun ulama', jadilah yang boleh menegur artis-artis kita ini... benarnya, mereka sudahpun menjadi ikon kepada rakyat-rakyat di Malaysia..

thumb up for Wardina!!

_________________
Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Karunia. Ar-Rahmaan, 78.
Back to top
View user's profile
iman_taqwa
Student L6



Joined: Aug 31, 2008
Posts: 1000
Location: Kampung Baru

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 6:44 pm
Reply with quote

Abu_Nashiruddin wrote:
:salam

Eh, eh, promosi kakak ipar sendiri nampak. Hehehe.... Very Happy


Apa-apa pun, secara ringkasnya ana bersetuju dengan pendapat kak Wardina.

Aish, enta ni..biarlah. Memang benar apa yang kakak ipar ana bagitau..hehe Very Happy

Apapun, ana paling setuju part beliau menyatakan bahawa ustaz pun tak nak tegur. Yelah, sebagai seorang berilmu dan berwawasan serta ada tugas terhadap misi dakwah, mereka antara kelompok yang wajib menasihati artis. Dahlah dikenali masyarakat, mesti kena tunjuk uswatun hasanah.

_________________
tajdid-dakwah.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Visit poster's website
iman_taqwa
Student L6



Joined: Aug 31, 2008
Posts: 1000
Location: Kampung Baru

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 6:46 pm
Reply with quote

Kalau lebih ramai artis seperti kakak ipar ana yang membuat kenyataan macam ini, maka insya allah akan ramai remaja akan menghantuk kepala mereka di dinding di atas kesilapan yang mereka lakukan mengagung-agungkan artis-artis Malaysia dengan berlebih-lebihan.
_________________
tajdid-dakwah.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Visit poster's website
Mohd.Ikram
Student L7



Joined: Sep 01, 2008
Posts: 1601
Location: Kubang Kerian, Kelantan

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 7:18 pm
Reply with quote

Ooo... wardina tu kakak ipar sedara iman taqwa ke?
_________________
“Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)."
Back to top
View user's profile Yahoo Messenger
fique
Student L7



Joined: Oct 07, 2009
Posts: 1578
Location: Shah Alam S.7

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 7:21 pm
Reply with quote

ini baru celebrity muslimah no.1.... Great
Back to top
View user's profile Send e-mail
null
Student L1



Joined: Nov 20, 2008
Posts: 197
Location: Tg Malim & Kuala Kangsar

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 8:14 pm
Reply with quote

banyak lagi yang perlu diperbetulkan.
_________________
"...Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?..."[39:9]
Back to top
View user's profile Visit poster's website
hajiustaz_drseiji
Ahli Setia



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 2305

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 8:23 pm
Reply with quote

artis ni kena belajar ilmu psikologi banyak2. Mcm mana nak memotivasikan peminat, sebagai perangsang utk terus giat bekerja, dan terus tidak sedih

Kalau dulu, sultanlah artis masyarakat. Manusia hakikatnya mmg memerlukan idola mereka. Sayangnya nabi kita telah meninggal dunia. Kalaulah kita dpt mencipta sebuah idola, yg mempunyai ciri2 islam, insya allah, amat berguna. Artis kalau dibekalkan ilmu agama dan yg sewajarnya insyaallah dapat menjadi idola berguna kepada masyarakat. Jgnlah jadikan lagu dan hiburan sebagai tujuan utama kehidupan. Gunakan ia pada jalan yg benar, yakni bila keadaan memenatkan serta sedih supaya kita tidak terus dlm kesedihan sebaliknya dlm keadaan sentiasa semangat waja dan terus maju. Lagu kalau boleh jgnlah hanya berkisarkan cinta sahaja, cubalah selitkan sedikit ilmu ttg cara2 menangani stress, cara2 utk bangkitkan semangat, cara2 berdisiplin dan mencerita kecantikan ujian Allah

_________________
drseijiseimura84.blogspot.com
Back to top
View user's profile
hajiustaz_drseiji
Ahli Setia



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 2305

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 8:25 pm
Reply with quote

Pemimpin pun boleh jadi artis,
salah satunya anwar ibrahim,
cukup memikat hati dan berkarisma,
Patutlah ramai percaya kat dia

_________________
drseijiseimura84.blogspot.com
Back to top
View user's profile
nawawi
Ahli Setia



Joined: Jun 27, 2008
Posts: 2621
Location: Shah Alam, Selangor

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 8:40 pm
Reply with quote

Sebenarnya masyarakat terlalu dikhayalkan dengan dunia artis. Sehingga mahu beragama pun, mahu menunggu artis.

Bukankah kita ada Nabi sebagai tokoh yang sangat hebat. Contoh teladan yang baik (Uswatun Hasanah).

Dan para ulama sebagai pewarisnya.

_________________
an-nawawi.blogspot.com | fiqh-sunnah.blogspot.com | bahaya-syirik.blogspot.com | aqidah-wa-manhaj.blogspot.com | galeriniaga.blogspot.com | atsarcom.blogspot.com
Back to top
View user's profile Visit poster's website Yahoo Messenger
null
Student L1



Joined: Nov 20, 2008
Posts: 197
Location: Tg Malim & Kuala Kangsar

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 8:47 pm
Reply with quote

nawawi wrote:
Sebenarnya masyarakat terlalu dikhayalkan dengan dunia artis. Sehingga mahu beragama pun, mahu menunggu artis.

Bukankah kita ada Nabi sebagai tokoh yang sangat hebat. Contoh teladan yang baik (Uswatun Hasanah).

Dan para ulama sebagai pewarisnya.

haah. tapi masih ramai lagi yang tak tahu dan tak mahu ambil tahu. yang penting keselesaannya tak tergugat.

manusia akan bagi respon apabila keselesaannya tergugat.

_________________
"...Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?..."[39:9]
Back to top
View user's profile Visit poster's website
hajiustaz_drseiji
Ahli Setia



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 2305

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 8:58 pm
Reply with quote

Nabi muhammad itulah "artis" terbaik
Opsss jgn salah fhm, definasi artis yg saya maksudkan di sini ialah kebolehan utk membangkitkan suara hati manusia secara beramai2, atau pun ada perkataan yg lebih sesuai

_________________
drseijiseimura84.blogspot.com
Back to top
View user's profile
AHA
Student L4



Joined: Sep 23, 2009
Posts: 750
Location: Golden Sand (Tempat paling Kaya)

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 9:06 pm
Reply with quote

hajiustaz_drseiji wrote:
Nabi muhammad itulah "artis" terbaik
Opsss jgn salah fhm, definasi artis yg saya maksudkan di sini ialah kebolehan utk membangkitkan suara hati manusia secara beramai2, atau pun ada perkataan yg lebih sesuai

saya rasa artis tu lebih baik tukar kepada selebriti..

_________________


Hidupku untuk Allah, Matiku untuk Allah

Mintak copyright untuk blog saya riwayathiduptsalab.blogspot.com
Back to top
View user's profile Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
hajiustaz_drseiji
Ahli Setia



Joined: Aug 14, 2009
Posts: 2305

PostPost subject: Re: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Posted: Tue Feb 09, 2010 9:11 pm
Reply with quote

Celebriti, elok jugak. Artis ni selalu kaitkan dgn nyanyi dan persembahan.
Sultan melaka dulu pun celebriti org dahulu kala. Sekarang ni celebrity hari ini, mgkin seperti nik aziz dan sebagainya

_________________
drseijiseimura84.blogspot.com
Back to top
View user's profile
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Printer Friendly Page    Forum Index Sembang-sembang umum dan Isu semasa
Page 1 of 2
All times are GMT + 8 Hours
Go to page 1, 2  Next



Jump to:  


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum


Toggle Content Hadith Today
Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)

-- HR. Bukari dan Muslim

Toggle Content Pautan Pilihan






Toggle Content Main Menu
 Home Community Members options Forums Web Affiliates

Toggle Content Top 10 Download
  1: Shahih Sunan Ibnu Majah, Jilid 3
  2: Tafsir Ibnu Katsir Juz 1
  3: Quran Flash (Tajweed)
  4: Al-Bidayah wa Nihayah, Masa Khulafaur Rasyidin
  5: Hadith E-Book
  6: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2
  7: Tafsir Ibnu Katsir Juz 4
  8: Quran Explorer
  9: Tafsir Ibnu Katsir Juz 3
  10: Al-Raheeq al-Makhtum

Toggle Content User Info

Welcome Anonymous

Nickname
Password

Membership:
Latest: an-nadim
New Today: 6
New Yesterday: 5
Overall: 4433

People Online:
Members: 7
Visitors: 13
Bots: 0
Total: 20
Who Is Where:
 Members:
01: ABU_MUAZ > Latest 100
02: abucempaka > Home
03: jihad4u > Home
05: olinuskap > Community Forums
06: redz_corp > Latest 100
Hidden: 2
Staff Online:

No staff members are online!

Toggle Content Top Posters
   thtl 
 Posts: 
 21711 

   abu_usamah 
 Posts: 
 4987 

   mfauzy 
 Posts: 
 4618 

   FATHI 
 Posts: 
 4596 

   abuirfan 
 Posts: 
 4393 

   cikgurahim 
 Posts: 
 4393 

   Arabian 
 Posts: 
 4357 

   abdullah_ameen 
 Posts: 
 3985 

   Muhammady7 
 Posts: 
 3873 

   ummimq 
 Posts: 
 3743 

   noorainiahmadz 
 Posts: 
 3700 

   shiha 
 Posts: 
 3446 

   ummu_wijdan 
 Posts: 
 3347 

   abulwafaa 
 Posts: 
 3285 

   Asy-Syafiie 
 Posts: 
 2872 

   nawawi 
 Posts: 
 2621 

   hakim_hulaimi 
 Posts: 
 2584 

   Abuputri2 
 Posts: 
 2506 

   peyoy 
 Posts: 
 2360 


   drmnmg84 
 Posts: 
 2213 

   ibnyaacob 
 Posts: 
 2153 

   ibnhussin 
 Posts: 
 1947 

   akmal 
 Posts: 
 1917 

   syahrezan 
 Posts: 
 1830 



The logos and trademarks used on this site are the property of their respective owners
We are not responsible for comments posted by our users, as they are the property of the poster