
Oleh : Mohd Fikri Che Hussain
Sumber : Berita Harian, 30 June 2009
Entiti peringkat kebangsaan mampu selaras pentadbiran simpanan aset umat Islam
SARANAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memperkasakan peranan Baitulmal termasuk mewujudkan sebuah entiti pada peringkat kebangsaan bagi menyelaras simpanan aset umat Islam yang kini dikendalikan majlis agama Islam negeri perlu diberi sokongan padu.
Kewujudan entiti pada peringkat kebangsaan membolehkan pentadbiran simpanan aset umat Islam diurus lebih profesional. |
Read More... (5.42 KB) | (27 reads) comments? | | Score: 0 |
|

Oleh : Dr Juanda Jaya
E Mail : juanda72@hotmail.com
Sumber : Berita Harian, 30 June 2009
Meja rundingan ditolak, gelanggang debat dibuka serlah dendam politik tak berkesudahan
GAMAT dan gawat! Parti politik yang mewakili umat Islam saling tuduh-menuduh, menghina dan mengeji sesama sendiri, mengata tanpa batasan kerana berasa diri serta kumpulan mereka paling ikhlas berjuang untuk Islam, sedangkan parti lain munafik, fasik, bahkan difatwakan kafir. |
Read More... (7.35 KB) | (132 reads) 4 comments | | Score: 0 |
|

Oleh: Muhd Hilmi Ismail
Sumber: Berita Harian - 29 Jun 2009
PROMOSI pameran hantu secara besar-besaran di sebuah muzium tempatan pernah mendapat liputan luas media tahun lalu apabila ditegur secara lantang oleh tokoh agama, antaranya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Khuatir menjejaskan akidah, teguran itu tepat pada masanya supaya masyarakat Islam tidak keliru atau terpengaruh dengan kepercayaan khurafat, tahyul dan syirik. Penganjur akhirnya akur dengan tekanan, lalu menukar sebahagian program asal yang diatur.
Namun, unsur khurafat, mistik dan tahyul masih berlanjutan sehingga kini. Doktrin tidak sihat itu masih giat dipertontonkan menerusi slot drama tempatan dan filem tanah air. Pelbagai watak dan jenis makhluk hantu diketengahkan dengan memiliki kuasa tertentu yang boleh memberi mudarat.
Genre sebegini tidak harus dibiarkan berleluasa tanpa pemantauan. Isu pencemaran akidah bukanlah perkara ringan dalam syarak. Ideologi bercampur aduk dengan mistik, boleh menyebabkan seseorang terpengaruh lalu mempercayai ada kuasa selain Allah. |
Read More... (3.34 KB) | (178 reads) 4 comments | | Score: 5 |
|

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sumber: Tersiar Di Majalah Al-Islam keluaran Jun 2009
Ramai orang bercakap tentang politik atau pemikiran politik. Namun masih ramai yang melihat sesuatu pendapat atau idea dalam politik itu dari kacamata kepartian, bukan penilaian matang terhadap kebernasan hujah. Maka disokong sesuatu pandangan politik disebabkan pandangan itu ‘diterbitkan’ oleh partinya, bukan kerana hujah dan alasan yang diberikan. Dia akan bertungkus lumus mempertahankan sesuatu pandangan atau tindakan walaupun jiwanya yakin itu kurang tepat atau salah, hanya semata kerana partinya. |
Read More... (10.16 KB) | (100 reads) 1 comment | | Score: 0 |
|

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Kebangkitan rakyat Iran membantah keputusan pilihan raya mereka menjadi berita hangat di seluruh dunia. Anggapan bahawa pilihan raya mereka tidak telus dan adanya unsur penipuan dikongsi jutaan rakyat negara tersebut. Ini merupakan kebangkitan yang terbesar sejak revolusi negara clergy tersebut. Sudah pasti ada asas tertentu kepercayaan rakyat terhakis terhadap keputusan pilihan raya mereka, atau ada isu lain yang mendesak mereka bangkit, sama ada isu ekonomi, kezaliman, penindasan dan seumpamanya. |
Read More... (7.93 KB) | (104 reads) comments? | | Score: 0 |
|
|
Hadith Today |
Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.
-- HR. Bukari dan Muslim |
Dana IQ |
|
|
Main Menu |
Home Community Members options Forums Web Affiliates |
|